Thursday, December 30, 2010

TAHNIAH KEPADA HARIMAU MALAYSIA

Sekalung tahniah la diucapkan kepada skuad bolasepak Malaysia yang telah menjuarai Piala Suzuki AFF 2010. Tahniah kepada Rajagopal dan barisan jurulatih yang telah mendidik pasukan Malaysia menjadi satu pasukan dan bukan menjadi individu. Dan tahniah kepada kita juga sebab PM kita telah maklumkan esok 31 Disember 2010 sebagai cuti umum sempena kemenangan pasukan Malaysia. Boleh lah aku balik kampung lagi awal he he he...

Walaupun Indonesia memenangi pusingan kedua..tetapi kita adalah JUARA. Berbekalkan pendahuluan 3 gol pada pusingan pertama memberikan pasukan kita kelebihan. Namun tahniah juga menjaga pintu gol Malaysia daripada dibolosi dengan gol yang banyak. Sempena kemenangan ini, janganlah kita leka....ini adalah permulaan bagi pasukan Malaysia untuk meningkatkan kembali prestasi kita di Asia dan kalau boleh setanding dengan Brazil ke, Argentina ke...huh melampau betul aku punya impian. 

Apa-apa pun Malaysia dah menang. Esok cuti umum....dan Tahniah Untuk Semua....

Wednesday, December 29, 2010

PINJAMAN PERIBADI

Aduhh...sekarang ni ramai orang yang buat pinjaman peribadi. Kat tempat kerja aku ni berlambak. Ada yang buat pinjaman sebab nak bernikah, ada nak ubahsuai rumah, ada yang nak bayar hutang kad kredit. Bagi aku terpulang kepada diri masing-masing sebab korang yang bayar. Tapi jangan lerr lepas pinjam, dapat duit...terus joli katak bagai nak rak...sedar-sedar duit dah habis. Kemudian baru lerr sedar...tapi dah terlambat beb! Pening kepala kalau dok hutang banyak ni..kalau aku memang tak tido lena punya. Korang boleh ke tido lena? 

Lagi satu, ada yang suka buat pinjaman banyak dan ambil masa berpuluh-puluh tahun. Pendek kata dah dekat nak pencen, baru abis bayor...huh. Sakit jiwa beb! Yang peliknya orang-orang muda yang baru kerja ni nak meminjam. Ambil pinjaman RM50k...itu pun terhad sebab gaji...kalau gaji banyak..lagi banyak nak ambil. Katalah faedahnya 5% (andai kata) dan ambil masa 15 tahun (ada ke yang lama lagi?) ..total yang korang bayor sebenar-benarnya kat bank RM87,500 selepas 15 tahun (kalau aku salah kire..tolong bagitau). Banyak giler beb?

Bukan aku membangkang korang nak buat pinjaman tetapi kena fikir balik. Aku pun penah buat pinjaman peribadi sebab nak bayor hutang kad kredit aku dan memang aku bayor lepas dapat duit tuh. Kalau nak pinjam sekadar nak joli-joli atau beli benda yang tak de faedahnya...lupekan ajer lerr...

Thursday, December 23, 2010

AKU SUKA AMBIL GAMBAR LANGIT

Hmm aper punya tajuk entry aku kali ini. Aku tak tahu...sejak dua menjak ini aku suka merakamkan gambar langit dan awan. Sungguh indah dan mendamaikan. Aku rasa aku nak mulakan koleksi gambar langit la...





JALAN-JALAN KE MIDVALLEY

Kalau dulu, setiap minggu aku bersiar-siar di Mid Valley. Ketika itu, rumah aku memang dekat. Menetap di Vista Angkasa. Memang dekat la. Sekarang, aku dah menetap di Hulu Langat. Hmm..nak ke Mid Valley pun dah malas. Malas nak bersesak-sesak di jalan raya. Tapi hari itu sempena nak mengambil adik aku di tol Gombak, aku pun pergilah ke Mid Valley. Kena keluar awal. Kalau jam 10.00 pagi tuh kira ok lagi...parking pun banyak. Kalau lambat, huh...letih la nak merayau cari parking. Tujuannya...hmm tak de apa pun.  Kebetulan lak masa tu, ada pameran Modern Home. Aku pun ambil kesempatan lah meninjau-ninjau apa yang ada dalam pameran ini. Selain tuh, aku memang nak tengok dekorasi Mid Valley sempena Krismas...selalunya dekorasi depa ni ketika Krismas nih teramatlah boombastik berbanding perayaan lain. Kenapa? Aku pun tak tahu...tapi tahun ini Mid Valley guna tema anak patung. Fuhh...besar gilerr patung bear...best kalau dijadikan bantal peluk.

Mukadimah Modern Home Fair

Semua orang sibuk nak bergambar
Cuba mendapat shot yang baik..sebab guna handphone jer
Terlalu ramai orang...
Hiasan pokok Krismas
Besar betul bear nih...
Lagi bear besar
Iskh..comeynyerrrr
Pandangan jauh jerr
Tolong berikan bear itu
Nih bukan hiasan Krismas..nih kaki aku yang dah letih
Nih pun patung kucing kat kedai...

Kemudian, aku berjalan ke Garden. Hiasannya tak semeriah dan sewarna-warni macam di Mid Valley. Banyak bunga dan daun jer...tapi kira macam lebih dewasa la hiasannya...

Gardern
Lagi juntaian bunga-bunga
Macam hiasan pelamin pun ada

Friday, December 10, 2010

DAH LAMA

Wah dah lama aku tak mengemaskini a.k.a update blog aku ini. Sibuk sangat dan semakin malas nak menghadap laptop, lebih-lebih lagi aku kini sedang dilanda kesengauan akibat selsema dan batuk. Ubat? Huh..aku ni dah masuk dua hari demam. Setakat bertahan dengan panadol soluble dan ubat batuk cap Ibu & Anak. Kononnya, hari ini aku nak pergi ke klinik memandangkan waktu rehat yang agak panjang. Sampai jerk...

Pembantu klinik: Kak...saya tanya doktor dulu. Sebab skang solat Jumaat awal.
Aku : Hmm ... (sambil mengisi borang pendaftaran)
Pembantu klinik: Doktor dah nak keluar
Aku: Tak de doktor pompuan ke? (senyum sinis)
Pembantu klinik: Tak de. Akak datang pukul 2 la...
Aku: Tak pe la...akak datang petang je la (dalam hati: Ingat aku leh suka hati mak bapak aku ke nak keluar jer dari opis)

Aku pun terus drive ke Carefour ...baik aku pi makan....

Saturday, December 4, 2010

RON 95 DAN GULA PULA NAIK HARGA

Semalam dah dapat info dari member..katanya RON 95 naik harga. Isi minyak cepat-cepat...hmm aku senyap jerk. Sekadar nak elak beberapa sen, tak yah la nak menyusahkan diri terperangkap dalam kesesakan di stesen minyak. Bukannya harga naik cuma satu hari.... Selain RON 95, turut naik harga ialah gula dah jadi RM2.10. Bab gula, aku tak heran sangat sebab 1 kg gula yang aku beli enam bulan lalu masih banyak lagi. Dan yang satu perkara akan naik lagi ialah komen-komen rakyat Malaysia yang akan dok bercerita pasal kenaikan dan kemudian dikaitkan dengan politik. Iskhh tak gemor teman nak dengar benda-benda macam ini. Nampaknya adakah kenaikan harga minyak akan mengurangkan jumlah kenderaan di jalan raya atau kenaikan harga gula mengurangkan bilangan pesakit kencing manis? Kita tunggu.....

Saturday, November 27, 2010

AKU DAN FOTOGRAFI 2

Ha...biasalah tajuk aku apabila ingin berkongsi foto-foto yang aku ambil. Kali ini cerita tentang alam...opppss..bukan dua alam . 

 
MALAM SUDAH TIBA
BERBILANG BANGSA
TEGUH
SEKADAR DI PINGGIRAN
ANGGUN
JUNTAIAN
RUMPUN

Wednesday, November 24, 2010

MAHA DATANG LAGI...

MAHA 2010 ..ekspo pertanian terbesar di Malaysia akan berlangsung selama 10 hari bermula 26 November ini. Apa yang ada? Huh..memang banyak yang ada di MAHA. Paling tentu ada produk berasaskan pertanian. Biji benih, anak pokok, bunga, kambing dan macam-macam lah. Dua tahun lepas, aku pernah pergi MAHA. Kira malas nak pandu kereta, maka aku dan kawan aku, Yus, naik komuter dan shuttle bas yang ke MAHA. Penat gak la jalan-jalan...berposing ambil gambar ..sedar-sedar dah malam. Kita orang kena naik bas untuk stesen komuter...tapi mak aii...bas datang jer..penuh.. Aku dah tensen ..sebab nanti stesen komuter tutup . Nasib baik kawan aku, Cik Mala masa tuh tengah free..dia lah yang datang jemput kita orang dan hantar kita orang ke stesen lrt. Tahun ini macam nak pergi lagi..tapi kena pandu kereta la jawapnya :). Jom ramai-ramai memeriahkan MAHA kali ini...

Sunday, November 21, 2010

LEMBUTNYA DONUT ITU

JCO .. kedai donut yang baru buka di Jaya Jusco Cheras Selatan. Masa aku pergi hari itu...rasanya 6/11/2010 ..ramai juga orang..sampai kena beratur...atau aku tersalah waktu ? Tapi tak pe..aku pun beli la dua donut...jenis apa...aku pun main tunjuk jer..sebab banyak sangat jenis sampai aku keliru. Kemudian aku beli hazelnut coffee....ermmm...sedapnya bila aku makan donut itu. Lembutnya...memang sedap...

APA ADA DALAM KOTAK ITU
TADAAA...DONUT YANG LEMBUT ITU..
MAKAN MALAM AKU PADA HARI ITU

Saturday, November 20, 2010

ADA KER PATUT ATAU PELANGAN SELALU BETUL?

Petang tadi aku sempat ler makan malam di sebuah restoran. Kosong .. mungkin tak ramai orang atau orang masih sibuk bercuti di kampung. Sambil menunggu makanan, masuk satu famili .. tak silap aku ada la 6-7 orang sehingga dua meja terpaksa dicantumkan. Pelayan si cantik manis pun datang mengambil pesanan dan berlalu meninggal keluarga tersebut. Kemudian, telefon si bapa berbunyi. Aku bukan curi dengar tetapi kejadian memang di hadapan mata aku. Aku dengar si bapa suruh pemanggil tuh tunggu dan dia akan kembali ke rumah. Kemudian si bapa mengajak si ibu turut sama pergi. Ibu pun menyuruh anaknya bungkuskan apa yang ayah dan ibunya dah pesankan tadi. Tak lama selepas itu, si abang (aku rasa yang sulung kottt) pergi mendapatkan pelayan tadi di meja cashier dan meminta batalkan pesanan tadi. Huh..berlari pelayan itu menyuruh bahagian dapur membatalkan pesanan tersebut. Apabila dah konfirm pesanan boleh dibatalkan , mereka pun blah..hmmm. Memang la pelanggan selalu betul tapi bagi aku ini dah menyusahkan restoran tersebut. Nasib baiklah masakan semua yang dah ready made..kalau jenis macam kedai tomyam tak ke haru biru...aku nasihatkan walaupun kita pelanggan tapi kita kena lah betul-betul buat keputusan sebelum memesan atau membeli makanan mahupun barang...jangan menyusahkan orang lain...bayangkan kalau kita di tempat pekerja restoran tuh...

IKAN KURUNG

Ikan kurung... aku mula tertanya-tanya bile uncle kedai kat rumah aku memanggil ikan kurung apabila aku ambil ikan sardin. Aku sengih jerk...sebab tak paham. Lepas tu, uncle itu pun bercerita semasa zaman mudanya. Ketika dia dan kawan-kawannya bekerja out station di N9. Oleh kerana nak balik KL dah tak sempat, kawannya ajak dia dan yang lain bermalam rumah orang tuanya. Sampai di rumahnya, kawannya telah meminta ibunya untuk menyediakan makan malam kerana mereka belum makan lagi. Mak kawannya berkata, hanya ada ikan kurung jer... uncle nih pun bertanya apa ikan kurung tuh? Kawannya kata..nanti kau tengok la...jum mandi dulu baru makan... Lepas mandi, mereka bersiap untuk makan... uncle pun gelak sebab ikan kurung tuh adalah...

Hmm...rupanye ikan kurung ialah ikan sardin...sebab ikan tuh terkurung dalam tin... macam-macam kan?

Friday, November 12, 2010

AKU DAN FOTOGRAFI

Ha ha...macam bunyi taraf profesional jerk...padahal taraf amatur pun belum boleh lepas. Minat aku dalam fotografi ni memang sejak aku sekolah lagi. Kamera pertama aku beli berharga RM60 pada masa itu. Semua gambar aku ambil tapi biasa lah..analog..so banyak duit perlu dihabiskan untuk cuci gambar. Maka minat aku terhenti seketika sebab masih belajar..duit belanja pun mak bapak yang beri. Lepas dah keje setahun, aku pun beli kamera digital Minolta. Masa ni kamera digital kira baru nak naik. Masa tu kamera aku cuma 2.0 megapixel. Lepas tu rosak...gambar dah tak boleh nak ambil...may be asyik terbiar dalam kereta ketika cuaca panas. Masa tu aku beli guna easy payment. Ngam-ngam abis bayar, kamera pun KO. Setahun berlalu hidup tanpa kamera, aku beli dengan menggunakan easy payment 0% Panasonic 6 megapixel. Ni masih ok lagi tapi kebelakangan ini gambar asyik macam kabur sebab gegar. Dan tahun ini, aku nekad nak beli DLSR sebab boleh tukar-tukar lense....dan akhirnya dapat la...tapi macam biasa guna easy payment...so kira  boleh la..for beginner...ni aku nak kongsikan gambar-gambar dengan DLSR. Tu la DLSR nih susah nak bawak saja-saja sebab terlalu besar...bila ada event jerk baru aku bawa..

DI BELAKANG RUMAH KU

LUAS LANGIT TERBENTANG

SAYUP MATA MEMANDANG

ABSTRAK  
DI CELAH-CELAH KEHIDUPAN

Wednesday, November 10, 2010

JANGAN PARKING MACAM INI

Entry aku kali ini..pasal parking a.k.a meletak kereta di dalam kompleks. Aku paling tak suka bila orang parking kereta di tempat yang sepatutnya bukan ruang untuk tempat letak kereta. Aku pernah kena dengan manusia jenis ini.. aku punya lah baik letak kereta dalam ruang yang disediakan dan sebelah sisi pemandu memang ada ruang kosong tetapi bukan untuk letak kereta. Alih-alih insan yang penting diri sendiri letak kereta dia sebelah kereta aku. Maka, tak ada ruang aku nak masuk kereta melalui pintu pemandu...terpaksa ikut pintu sebelah penumpang nak masuk...hangin jerrrrrr ...

KERETA KELABU TELAH MELETAK KERETA BUKAN DI RUANG UNTUK PARK KERETA

Tuesday, November 9, 2010

JOM JOGGING DI LAKE VALLEY


SELAMAT DATANG KE LAKE VALLEY

Wah sungguh tak sangka..rupanya dah masuk kali ketiga aku berjogging di Lake Valley dalam tempoh dua (2) minggu ini. Rasa segar badan. Kat mana Lake Valley? Huh..senang sahaja. Sesapa yang pernah ke Carrefour Bandar Tun Hussien Onn pasti tau di mana terletaknya Lake Valley. Di sana terdapat tasik buatan yang dilengkapi dengan laluan pejalan kaki dan peralatan senaman. Tempat letak kereta yang agak luas serta tempat permainan kanak-kanak memang menjadikan Lake Valley tempat beriadah yang sesuai untuk sekeluarga. 

PEMANDANGAN DI WAKTU PAGI
LAGI PEMANDANGAN DI WAKTU PAGI
KEDAMAIAN
SEJUK MATA MEMANDANG
Lake Valley dibuka bermula 7.00am hingga 7.00malam. Dan yang pasti..banyak ikan di dalam tasik tersebut. Malah ada pengunjung yang membawa makanan ikan. Tak hairanlah saiz ikan semuanya XXXL. Tapi..ANDA DI LARANG MEMANCING.

BANYAKNYA IKAN


PANTANG LARANG KETIKA BERADA DI LAKE VALLEY

Walaupun memang seronok dapat beriadah tetapi masih ada pengunjung yang tidak menghargai kemudahan yang disediakan. Terutama sampah dan puntung rokok yang dibuang sesuka hati. Bayangkanlah kalau kawasan tersebut telah dikotori, sudah pasti tidak selesa untuk dikunjungi. Siapa yang rugi..kita juga...

INIKAH MASYARAKAT KITA

KATAKAN TAKNAK
BAGI IKAN MAKAN NAK..BUANG SAMPAH MERATA-RATA

Sunday, October 31, 2010

HIDUP MESTI DITERUSKAN

Betapa buruknya satu peristiwa yang menimpa kita, kita harus tabah dalam menghadapi qada dan qadarnya. Mungkin itu lah yang terbaik untuk kita pada ketika itu dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui kenapa dan mengapa terjadinya peristiwa itu. Hari esok bermula satu situasi yang baru yang akan aku tempuhi. Berlainan dengan hari-hari semalam yang telah aku tinggalkan. Mungkin ia membawa kebaikannya tersendiri.

Sunday, October 24, 2010

TERSELIT KETEGASAN DALAM KELEMBUTAN

Seperti biasa, hari sabtu jam 1000pm aku akan menonton Cerekarama. Hari ini kisah SELAMAT DATANG ANAK-ANAK SUAMIKU. Kisah bermula dengan adegan Maya sedang menziarahi kubur arwah suaminya, Johan. Pulang dari kubur, dia dikunjungi oleh orang kepercayaan suaminya lakonan Fizz Fairuz. Maya bersetuju menyerahkan syarikat suaminya kepada Fizz. Dan pada masa yang sama, Maya tertanya-tanya kehadiran seorang wanita lakonan Noor Khiriah dengan dua orang kanak-kanak perempuan, Hana dan Hani. Akhirnya Maya menjemput mereka ke rumah dan akhirnya terbongkar misteri bahawa mereka sebenarnya keluarga kedua Johan. Maya dapat menerima kehadiran mereka dengan baik dan mengajak tiga beranak tinggal bersamanya. Rupa-rupanya Noor adalah kekasih Fizz. Agenda berkahwin dengan Johan adalah rancangan mereka berdua selama 12 tahun dalam usaha mengikis harta kekayaan Johan. Sedikit demi sedikit mereka mengikis duit Maya dan beranggapan Maya seorang yang cantik, lemah-lembut tetapi bodoh. Tapi Maya lakonan Rita Rudaini adalah seorang yang tegas dan bijak telah memaklumkan kepada pegawai penyiasat mengenai kegiatan Fizz dan Noor. Akhir Noor dan Fizz ditangkap ketika mereka merancang untuk melarikan diri ke Brazil. Mereka dikenakan tuduhan memilik dadah. Maya telah dimaklumkan penangkapan tersebut. Dia ke bilik Hana & Hani sambil mengucapkan SELAMAT DATANG ANAK-ANAK SUAMIKU.

Saturday, October 23, 2010

PENYAKIT SUSAH NAK BANGUN PAGI

Dua tiga hari lepas, aku sempat berbual-bual dengan rakan-rakan sekerja mengenai isu datang lambat ke tempat kerja. Kebanyakan isu kedatangan lambat adalah dilakukan oleh orang yang sama. Pelbagai alasan yang diberi dan paling teruk terus mengambil cuti sakit. Ini memang dah melampau. Tapi kalau dilihat balik kenapa selalu datang lambat..dah tentu berpunca daripada bangun lewat. Spesies yang bangun lewat ini memang susah. Bagi nasihat pun masuk kiri keluar kanan. Tapi sampai bila nak macam ni. Anda kenalah membuat pilihan untuk mengubah sikap anda. 

Maka, dengan rela hatinya, aku ingin memberi tips-tips macam mana nak bangun awal. Sila ambil pen dan kertas atau anda print aje lah...

  1. Dapatkan tidur secukupnya. Maknanya anda harus memastikan anda mendapat tidur sekurang-kurangnya 6-7 jam. Mulai saat ini, anda harus menjadualkan diri anda untuk masuk tidur. Misalnya anda hendak bangun seawal 6.00 pagi, bermakna jam 11.00 malam anda perlu berangkat ke bilik tidur anda. Kalau ada kekawan yang ajak anda ke kedai mamak ... say to them...Sorry beb...gua nak tidur.
  2. Dapatkan rentak. Bukan rentak juara tetapi rentak tidur anda. Dalam tubuh badan kita ini, ada jam yang dikenali sebagai jam biologi yang mengikut rentak seharian kita. Jika kita mempunyai jadual tidur yang tetap, jam biologi akan mengejutkan kita bangun daripada tidur tanpa jam loceng. Segar pulak tuh. Sebab itu, kalau boleh pada hari cuti, kita bangun pada waktu yang sama kita bangun ketika hari bekerja. Lagipun, sebagai umat Islam, kenalah bangun awal untuk solat Subuh kecuali ........(lu pikir sendiri).
  3. Dapatkan tidur berkualiti. Jika anda tidur lebih lapan jam pun tak guna jika tidur anda tidak berkualiti. Kenalpasti dan kurangkan gangguan yang boleh mengganggu kelenaan tidur anda. Antaranya gangguan nyamuk, gangguan TV (dinasihatkan jangan meletakkan TV anda dalam bilik tidur), jangan mengambil kafien sekurang-kurangnya enam jam sebelum waktu tidur, padamkan lampu dan gunakan dim light jika anda penakut dalam gelap macam saya :P.
  4. Sebelum tidur, ambil wuduk dan bacalah surah Al-Fatihah, Ayat 3 Qul dan Ayat Kursi.
  5.  Pilih jam loceng yang boleh mengejut anda dari tidur dan letak jauh daripada katil anda. Maknanya anda terpaksa bangun untuk menghentikan bunyi jam loceng.
  6. Mandi segera selepas bangun...nih sesuai jika anda bangun dalam keadaan lemau dan mamai...pilihlah shower cream yang mempunyai bau-bauan yang menyegarkan. Kalau ada unsur-unsur aromaterapi lagi bagus.
Aku rasa itu je la yang mampu aku kongsikan. Ini apa yang aku praktikkan. Sebab jika kita datang lambat ke tempat kerja adalah sesuatu yang tidak bagus untuk kerjaya kita. Rekod kedatangan yang tidak elok bagi sesetengah syarikat amat dititikberat. Janganlah kita dibuang kerja kerana sebab yang remeh temeh ini. Tidur berkualiti meningkatkan prestasi...

Tuesday, October 19, 2010

BONUS OH BONUS

Bajet 2011 telah pun dibentangkan pada Jumaat lalu. Antara isu yang ditunggu adalah mengenai bonus. Akhirnya bonus tiada dan cuma imbuhan RM500 untuk setiap kakitangan. Alhamdulillah... dan jangan lah kita terus marah apabila tidak dapat bonus. Semua orang nak bonus tetapi kalau perbelanjaan dah melebihi pendapatan..macam mana nak bagi bonus. Renungkan balik...banyak kemudahan menjadi penjawat awam terutama faedah kesihatan termasuk mak bapak sekali boleh menikmati perubatan di hospital kerajaan dengan percuma. Pekerja swasta pula ... memang lah gaji besar sikit tapi jangan lupa ada juga yang masih bergaji kecil. Malah ada juga yang tak dapat bonus. 

Bila tak dapat bonus..mula dok risau macam mana nak siapkan sekolah anak, macamana nak itu ini. Sebenarnya tak susah. Setiap tahun kita sendiri tahu ada bulan tertentu yang kita akan berbelanja lebih untuk menyambut hari raya...persiapan sekolah anak dan macam-macam. Apa kata kita simpan sedikit duit gaji kita setiap bulan untuk benda macam-macam ni. Mesti korang bagi alasan gaji kecil la...mana cukup nak simpan. Kaji la balik perbelanjaan seharian anda..potonglah mana-mana perbelanjaan yang tak penting ..cuba teliti baik-baik. Setiap bulan bila terima gaji...terus potong untuk simpanan. Kemudian, baru lah bakinya untuk berbelanja. Kalau ada kad kredit..jangan guna kalau tak terdesak. Nanti duit anda habis dok bayar faedah je tapi baki hutang tak luak-luak. Kalau yang selalu makan kat kedai..hmm belajar la bawa bekal. So macam mana...mungkin tahun 2011 adalah detik permulaan anda untuk mula berjimat...dan INGAT ye..kerja kena ikhlas..InsyaAllah...

Monday, October 18, 2010

BOLEH PANDANG-PANDANG

"Boleh pandang-pandang....Jangan pegang-pegang....Duduk renggang-renggang...Bertambah sayang...Biar malu-malu....Biar segan-segan....Kerna malu itu......Perisai orang beriman" Begitulah antara bait-bait lirik lagu nyanyian Sohaimi Meor Hassan dan Ana Rafali. Memang best. Mula-mula aku dengar lagu ini terus melekat. Muziknya jenis muzik lagu lama tetapi memang sesuai . Kalau diikuti lagu ini sepenuhnya..ada pengajaran dan ada nasihat yang hendak dipersembahkan. Dan, aku rasa lagu ini sesuai untuk kempen memerangi gejala sosial khalwat & zina.

Saturday, October 16, 2010

BERDOSAKAH AKU?

Saat jari jemari aku meniti keyboard ini, mata aku sedang tertumpu menonton cerekarama di TV3. Tajuknya Berdosakah Aku? Cerita ini mengisahkan sebuah keluarga yang berkomunikasi dengan menggunakan loghat utara. Kisah bermula, nenek kepada Yani meninggal dunia. Akhirnya Yani kembali menetap dengan ibubapanya setelah sekian lama dijagai oleh neneknya. Yani juga mempunyai seorang abang dan seorang adik perempuan yang dibesarkan oleh ibu dan ayahnya. Sebuah keluarga sederhana tetapi kasih sayang ibunya lebih kepada adik perempuannya yang bakal menduduki SPM. Namun, adiknya akhirnya didapati mengandung dan ini telah menghancurkan hati ibunya. Yani pada mula mengambil keputusan untuk menetap di rumah neneknya terpaksa kembali ke rumah ibu bapanya dengan tujuan untuk membantu keluarganya semula. Ibunya masih melayan dengan cara kasar terhadap Yani tetapi Yani tetap bersabar...bagaimana kesudahannya? Marilah kita tonton hingga ke akhirnya.

ADUH...PC AKU KENA SECURITY TOOL

Arghh tensionnya. PC aku kena Security Tool. Tak tahu macam mana boleh kena. Apa benda lak Security Tool ni? Aku pun tak tahu sangat. Tadi aku sibuk dok cari jalan macam mana nak singkirkan benda ni. Susah nak buat kerja pasal asyik keluar pop-up yang kata PC aku ada malware yang boleh memberikan negatif pada PC aku. Akhirnya aku dapat cari serba sikit maklumat pasal Security Tool. Security Tool ini yang kononnya mendakwa ia adalah program anti-spyware padahal ia adalah program ala-ala spyware / malware yang boleh menjahanamkan PC kita. Pendek kata macam virus la. Aku tengah cari penyelesaian macam mana nak buang ni... tak tahu la cara yang aku dapat ini berkesan sebab tengah scan. Harap-harap dapatlah buang Security Tool ni...

Thursday, October 14, 2010

WOW! KATANYA HARGA GETAH NAIK

RM11.90! Harga getah sekilo pada hari ini menurut Utusan. Hmm senyum lebar la pekebun getah kita. Apa-apa pun..jangan lupa kita bersyukur kepada Allah kerana telah memberikan rezeki yang lebih untuk kita. Tapi, ramai juga yang tak boleh nak tenang..pasal risaukan jumlah getah yang bakal dikutip nanti. Ye lah..penat-penat bangun awal pagi pergi menoreh..alih-alih ada pengambil tak bergaji yang sibuk kutip getah beku. Haru-biru dibuatnya. Pengambil tak bergaji tu pun ingat-ingat lah...tak berkat tau rezeki haram. Haram lah sebab ambil tanpa kebenaran a.k.a mencuri. Tak baik tau..ingat-ingat la ye.

Kepada pekebun-pekebun getah lak..hmm dah dapat duit banyak..hmm jangan la lupa simpan. Harga getah ni bukan macam harga emas...yang hari-hari naik. Simpan la. Belanja ala kadar je. Tak yah lah nak tukar itu ini..apa-apa pun SENTIASA BERINGAT..

Tuesday, October 12, 2010

TRAGEDI 10.10.10

Aku dah tak tahu berapakah kemalangan maut tahap ngeri yang sampai mengorbankan ramai nyawa. Dan setiap kali kemalangan seperti ini, masing-masing berapi memperkatakan salah orang itu, salah orang ini. Bermacam-macam siasatan dilakukan dan pelbagai kempen diadakan tetapi masih kadar kemalangan di Malaysia masih tinggi. Terbaru, kemalangan ngeri di antara bas ekspress Delima, bas JKM, tiga buah kereta dan sebuah van di km 223, Lebuhraya Utara-Selatan pada Ahad (10.10.10) petang. Ketika orang lain memahatkan 10.10.10 kenangan indah...ada pula yang terpaksa memahat kenangan sedih dan tragis pada tarikh tersebut.

Salah siapa? Rata-rata pendapat bahawa pemandu bas ekspress Delima membawa bas dengan agak laju lalu terbabas dan merempuh masuk ke lorong bertentangan dan menghempap tiga buah kereta dan van. Bas JKM cuba mengelak...katanya tetapi masih terkena. Apa yang aku lihat, bahagian pemandu bas JKM agak teruk. Nasib kereta-kereta dan van yang dihempap...sudah pasti teruk. Siapa yang bersalah biarlah ditentukan oleh pakar yang menyiasat. Apa yang perlu..ialah apa yang kita perlu pelajari daripada insiden-insiden ini. Bagi sesiapa yang masih suka bawa kenderaan laju-laju...tak kiralah korang semua bawa kereta, lori , motor...sentiasa ingat....apakah kesannya akibat daripada tindakan anda. Kalau anda sorang yang mati...lantak korang. Tetapi ingatlah orang lain..orang yang korang langgar....anak-anak mereka, ibubapa mereka... INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG.

Thursday, October 7, 2010

10.10.10

TEN TEN TEN... atau 10.10.10 adalah hari yang memang aku pasti ramai orang ingin abadikan peristiwa-peristiwa hidup mereka. Terpulang kepada masing-masing punya selera untuk mencoretkan peristiwa penting dalam hidup mereka...dan nasihat aku biarlah sesuatu yang baik. Yang pasti...jemputan kenduri kahwin memang banyak pada 10.10.10. Semestinya, perkahwinan angkasawan kita turut melangsungkan hari bersejarahnya pada tarikh tersebut. SELAMAT PENGANTIN BARU kepada semua yang akan mendirikan rumah tangga pada minggu ini....

KENAPA AKU TAK NAK TUKAR KERETA

Apa benda tajuk entri aku kali ni..tapi aku rasa inilah soalan yang paling banyak aku terima berbanding soalan BILA AKU NAK KAHWIN.... Siapa yang tanya? Hmm..kawan-kawan aku, kawan-kawan lama.....termasuklah saudara-mara. Siapa yang tak nak memiliki sebuah kereta baru yang menjadi trend terkini. Aku pun mau tetapi aku kena simpan dulu niat aku sehingga waktu yang sesuai. Buat masa ini, aku masih tak nampak keperluan untuk memiliki kereta baru kerana:

Aku baru aje habis bayar kereta aku kat bank setahun yang lepas. Masa itu, aku terasa macam beban terlepas daripada bahu aku. Itu yang menyebabkan aku malas nak memiliki kereta baru..sebab banyak benda yang aku kena selesaikan dulu. Nak bayar duit rumah, duit maintenance, duit pinjaman, duit kad kredit...banyaknya tak terkira...

Situasi dan cara aku kerja sekarang memang tak sesuai aku nak beli kereta baru. Sebabnya, aku selalu gak keluar pergi site..hu hu ..ada jalan yang ok...ada jalan yang KO...yang lubang-lubang sana, lecak sana-sini. Tuh belum lalu jalan yang banyak lori besar-besar lalu...sakit hati kalau batu halus jatuh atas cermin....

Kereta aku masih elok. Sejak aku beli pada akhir tahun 2000, kereta aku tidak mempunyai masalah yang besar sehingga merabakkan poket aku. Enjin masih sihat dan memang aku hantar ke kedai servis setiap 3 bulan sekali.. Banyak betul pengalaman kereta ini dengan aku...sesat jalan, salah parking, naik Genting Highland...pi Port Dickson makan burger dengan member....

Hendak tak nak memang aku akan tukar kereta tapi TIDAK pada masa sekarang. Kereta aku masih baik dan tidak ada banyak masalah. So bukan masanya untuk aku tukar kereta sekarang ni...

Friday, October 1, 2010

RUMAH TERBUKA

Aura Syawal masih lagi terasa. Apabila hujung minggu, ramai orang buat rumah terbuka. Sesak juga jalanraya sebab masing-masing ingin memenuhi jemputan. Aku? Aku memang tak pernah nak buat rumah terbuka. Sebab leceh la..tetapi kalau nak datang dipersilakan. Tetapi..kena call dulu...sebab konon-konon nak buat surprise kat aku...kang korang lak yang kena surprise. Kenapa? Well...orang bujang...dah tentu aku keluar jalan-jalan. Jalan-jalan seorang diri... ikut hati mana nak pergi...window shopping ke...bowling ke...photography ke (nih hobi baru) atau memanjakan diri di spa...

Oppss..dah tersasar objektif aku nak bercerita tentang rumah terbuka. Ramai orang suka mengadakan rumah terbuka dengan tujuan-tujuan tertentu. Ada yang bertujuan memang ikhlas nak bagi kawan-kawan, sahabat handai dan saudara-saudara makan....dan juga untuk mengeratkan  hubungan sesama kita...alhamduilillah. Ada pula buat rumah terbuka sebab hendak menunjuk-nunjuk...tak tau la aku apa yang dia orang nak tunjuk...tunjuk rumah dia yang lawa ke, tunjuk dia ramai kekawan yang hadir kat jiran-jiran ke, ada yang nak tunjuk koleksi kereta ke.....mmm untuk yang ini bawa-bawa la bertaubat. Tak elok ... riak namanya. Dan yang paling sadis dan paling aku geram...buat rumah terbuka lepas tuh dok cerita pasal projek MLM ... sampai lewat malam...orang dah menguap-nguap...tak faham-faham.

Apa pun...ini hanya sekadar pendapat dan pengalaman aku. Bukan aku nak memperlekehkan acara rumah terbuka. Aku suka rumah terbuka nih...banyak makanan sedap-sedap tapi cuma biarlah kena caranya.... Ok....selamat menghadiri rumah terbuka semua....

Thursday, September 23, 2010

HARI AKU BERSANTAI

Hari ini aku ambil cuti separuh aku...sebab semalam Audit ISO aku telah berjalan dengan lancar dan tanpa sebarang masalah. Selaku QMR...kerja-kerja aku sebelum audit terlalu banyak..sampai aku terpaksa mengorbankan cuti untuk beraya sakan. 

Kenapa aku tak ambil satu hari cuti? Huh...sememangnya aku memang nak ambil satu hari tetapi pagi ini aku ada mesyuarat kat HQ. Alhamdulillah...kali ini mesyuarat berjalan dengan lancar tanpa aku berasa pening sebab bertikam lidah...so hari ini kira 'gencatan senjata'...hua hua. Mesyuarat habis hampir jam 1.00 petang. Aku pun memandu dengan kelajuan yang cukup berhemah dan memilih untuk melalui Lebuhraya Persekutuan yang sememangnya terkenal dengan kesesakannya.

Oleh kerana aku bercuti separuh hari..aku terus menuju ke Jaya Jusco Cheras Selatan. Foot massage for one hour + urutan di bahu. Best giler....cuma tukang urut tuh suruh aku buat full massage lain kali sebab bahu aku 'keras'. Memang pun...sebab ketensionan aku...memang tahap maksima.
Lepas urut kaki..aku makan dulu sebab aku lapar. Lepas tu aku solat Zohor di surau JJ. Sebab itu aku suka pergi ke JJ...ada surau bersih dan luas. Kemudian aku menuju ke TGV...apalagi tengok wayang. Kali ini aku nak menonton MAGIKA ...sebab hari ini opening...dan genrenya dari lain yang lain. Fuh tayang jam 4.15pm. Jam handset aku 4.00pm...aku beratur dan iskhh lama lak mamat kat depan aku nih kat kaunter. Sibuk tanya itu ini...cepat..akhirnya giliran aku. Hmm dah naik harga tiket RM11....aku pilih seat tepi....dah rasanya tak ramai orang sebab ye lah hari bekerja.

Sambil menunggu tayangan...biasalah promo movie.. The Chronicles of Narnia yang terbaru....Jangan Pandang Belakang Congkak 2 dan Cuti-Cuti Cinta...hmm macam best jerr...lepas tu Margika pun bermula...macam mana ceritanya..hmmm..sesuai untuk orang yang sukakan cerita imaginasi dan  tidak untuk orang yang sentiasa ingin kelogikan..for me...i like...walaupun permulaannya macam terlampau kelam-kabut sikit. Pada pendapat aku, kekuatan cerita ini adalah pada muziknya (of course muzikal kan...) dan pemandangannya. Watak nenek kebayan, puteri gunung ledang dan memanda menterinya, bawang putih-bawang merah serta penunggu tasik Chini...adalah watak yang aku suka. Suara Ning , M.Nasir, Ziana memang mantap ketika menyanyi...So..aku rasa tak rugi la kalau nak menonton...sesuai untuk kanak-kanak..dan sebagai peringatan jangan nakal dan jangan suka nak merayau ketika nak Maghrib he he..sebab air yang tenang jangan sangka tiada NAGA...


Wednesday, September 15, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Selamat hari raya aidilfitri... wah sekejap je rasanya .. Ramdhan telah berlalu. Ramadhan kali ini telah mengajar aku untuk berdisiplin tentang makanan. Menu sahur dan berbuka yang ala kadar, minum susu Omega setiap hari dan kurang mengambil makanan manis. Alhamdulillah...berat badan aku berkurang sedikit...tetapi selepas beberapa hari menyambut Aidilfitri....arghhh....

Macamana sambutan hari raya korang kali ini. Aku cuma bersederhana sahaja. Hari raya pertama, aku memakai baju kurung hijau...(baju kurung tiga tahun lepas). Pagi raya...agenda pertama aku dan mak aku...(adik aku tentulah beraya di rumah mentuanya) menziarahi kubur arwah bapa aku di Kampung Ajai (tempat lahirnya arwah bapa aku). Macam biasa, kononnya nak menziarahi adik arwah bapa ..makcik aku tetapi rumah kelihatan sunyi sepi..sah..dia tidak beraya di kampung. Kenalah aku mengundur kenderaan dalam jalan yang muat-muat satu kereta...

Kemudian, kami menuju ke rumah makcik aku...kali ini adik mak aku. Sunyi jerk...kereta ada. Buat muka sardin dan bagi salam...rupanya satu famili tengah melepak tengok TV. He he sorry ... tapi tak pe..hari raya maa... Akhir sekali kami menuju rumah dua pupu.. hmm well... bapa aku dengan bapa dia sepupu..so aku kira dua pupu la... Lokasi rumah dia memang menarik...atas bukit dan luas pemandangan...

Lepas dah makan, kami mohon diri..pasal mata aku dah mengantuk tahap gaban. Sampai rumah, buka TV..dan layannnzzzz...

Hari kedua pula...balik kampung mak aku. Macam biasa hanya aku dan mak. Adik aku dan isterinya menyusul kemudian. Sampai kampung..hanya mak saudara aku yang dua orang ajer yang ada. Yang lain-lain dah balik... Agenda kali ini...ha ha..pergi kutip buah...buah rambai..buah duku..buah rambutan...buah langsat...dan buah yang pertama kali aku lihat dan dengar .. buah mencupu... rupanya macam pisang kaki tetapi bukan...rasanya macam manggis... iskhhh memang aku baru pertama kali melihat buah ni...

Pokok duku .. boleh tahan sakitnya apabila terkena buah duku
Ini buah mencupu .. rasa macam buah manggis laa
Banyak betul buah rampai..semua tinggi...dan pokok ini berusia berpuluh tahun..sebab dari aku kecik hingga sekarang
Kacang botol (betul ke ejaan ni?)..besar dan nampak menarik jer untuk dibuat ulam



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...