Saturday, February 20, 2010

SCARPETTA

SCARPETTA.. aku rasa ini novel siri jenayah yang pertama aku baca selain Nancy Drew zaman kecik-kecik dulu. Kalau sebelum ini, aku banyak baca novel cinta. Ingat lagi kali pertama membaca novel cinta. Ketika itu masih belajar di Asasi Sains. Huh memang tak boleh dipisahkan. Pagi petang malam ..pantang masa terluang. Novel setia disamping aku ketika itu. Masa tu aku bukan ada duit sangat. Ye la setakat bergantung dengan pinjaman dan FAMA (Father & Mother). Harga novel paling kurang pun dalam likungan RM30 ke atas. Tapi tu la...nasib baik ada kedai yang sewa novel. Tak silap masa tuh kedai tu di Kotaraya, Jalan Silang. Jimat la sikit. Ketika itu aku mula mengenali Judith Mc Naught, Virgina Andrews, Johanna dan Jude Devaroux. Tapi demam novel tidak lama. Aku pula kembali sibuk apabila diterima dalam bidang kejuruteraan. Dah kerja lagi la...banyak sangat komitmen. Kadang-kadang balik kerja aku lebih suka duduk rileks. Masa itu demam internet telah rancak bermula. Banyak masa dihabiskan menghadap komputer.

Zaman berlalu dan kini deman Facebook mula melanda. Aku pun dah mula jemu untuk mengadap komputer lama sangat. Aku mula mengisi masa lapang dengan membaca. Aku mula berjinak dengan novel melayu. Ada dua tiga yang aku beli..ceritanya tidak sesedap mana. Dan kemudian terdapat pengulangan perkataan yang sama dengan kerap. Kemudian entah macam mana aku terbeli novel melayu. Pengarang Damya Hanna. Aku tak ingat tajuk novel itu sebab aku tak ingat sapa pinjam. Buat kali pertama aku menjiwai novel melayu sehingga aku menitis air mata. Dahsyat.

Terlalu bosan dengan novel cinta dan keseronokan menonton cerita siasatan seperti CSI, aku terdorong membeli novel jenayah. Atas saranan member, aku beli SCARPETTA. Baru setengah jalan. Ceritanya membuat fikiran aku berlegar-legar mencari penjenayah. Sama macam ketika aku menonton CSI. Huh..

Monday, February 15, 2010

GONG XI FA CAI !!!

HAPPY CHINESE NEW YEAR to all Malaysian and HAPPY HOLIDAY..but not for me. Cuma hari ini dan may be esok, aku berpeluang untuk berehat. Rehat minda, rehat fizikal. Hari ini, aku telah merehatkan minda aku di Mid Valley. Ingatkan ada persembahan Tarian Singa...rupa-rupanya esok. Aku bersiar-siar di shopping compleks sambil mata melilau-lilau. Aku memang dalam proses untuk membeli microwave. Kalau boleh aku hendak yang 3 dalam 1 - steam, grill & convection. Nanti tak perlulah aku memenuhi ruang dapur aku dengan barang yang banyak. Sedang melilau...oppss...aku ternampak satu ketuhar. Hmm mesti korang ingat aku nak beli ketuhar tu. Taklah... sebenarnya aku terkejut melihat ketuhar tu diletakkan atas susunan kotak yang melebihi ketinggian aku. Dah tu, kedudukan ketuhar atas kotak tu macam tak stabil jer...huh sungguh bahaya. Kalau ada budak-budak berlari-lari dan terlanggar ke..tak ke haru-biru. Aku tercari-cari gak tadi pekerja sekitar seksyen tu...tak de pun. Bukan ke lebih baik, letakkan rak dan susun di atas rak nicely...huh ..safety officer dia orang ni kena buat HIRAC....sebelum kemalangan berlaku.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...