Friday, May 28, 2010

AKU & STRESS

Semua orang pernah stress...orang gila jer yang mengaku dia tak pernah stress..huh...ye ke? Aku pun tak tahu. Banyak punca yang menyebabkan kita stress. Stress ini ada yang baik dan ada yang buruk. Stress yang baik... hmm contohnya stress sebab nak kena hantar laporan sebelum dateline...huh masa tu semua idea melimpah ruah sampai tak terkejar jari jemari menari di atas keyboard. Stress yang tak elok..huh lagi la banyak puncanya. Masalah kerja, masalah keluarga, masalah duit, masalah itu ini..hmm sampai 1000 tahun pun tidak habis nak cerita pasal stress

Tak kira anda stress sebab apa pun janji anda tahu macam mana nak kendalikan stress anda. Jangan bendung stress anda sampai ke tahap yang anda mungkin tidak kenal lagi sapa anda. Banyak cara tetapi selalunya kalau aku stress...inilah cara aku:
  1. Aku akan cari kawan yang boleh dipercayai ... luar dan dalam. Ini penting sebab kalau kawan kita katogeri mulut tempayan..huh lagi stress dibuatnya. Aku akan bercerita la pada kawan aku masalah aku bla..bla..bla... Kekadang bukan hendak penyelesaian...cuma hanya bercerita sahaja tentang masalah. Inilah kaum Hawa yang suka bercerita masalah dengan kawan-kawannya...need somebody to listen. 
  2. Aku akan baca surah Yassin...ini adalah cara yang aku praktikkan juga sambil berdoa.
  3. Aku main boling... rasa lega setiap kali baling bola boling dan STRIKE.
  4. Aku bersenam...tak kira la aerobik ke ... menari-nari ke (dalam umah jerr).
  5. Aku pi SPA...huh cari ni mahal sikit... tapi aku memang rasa feel so good....
Itu lah cara aku untuk kendalikan stress... Anda macam mana pula...lain orang lain caranya. Tak kisah apa pun cara anda..biarlah ia cara yang ke arah kehidupan yang lebih positif....jangan ke arah negatif...nanti anda juga yang rugi..

Monday, May 24, 2010

AKU DI I-CITY

Macam yang telah aku ceritakan..Sabtu lalu aku dan Sab sempat menjenggah di I-City. Pagi tadi baru dapat gambar sebab guna kamera Sab. Memang indah sungguh..rasa nak pergi lagi,... hmm..


MONDAY OH MONDAY

Monday Blues...ha ha..hari Isnin selalunya orang malas nak pergi kerja sebab dah cuti Sabtu dan Ahad..kecuali aku. Aku bekerja 6 hari seminggu...tapi aku tak kisah sangat sebab tempat kerja dan rumah tidak jauh. Tapi, kalau rumah aku jauh dari tempat kerja..hmm mungkin aku juga dilanda Monday Blues. Hari Jumaat..ramai orang suka sebab Sabtu dan Ahad dah nak cuti...(hanya boleh digunapakai untuk negeri yang cuti umun pada Sabtu dan Ahad jerr). 

Hari ini, aku pergi kerja macam biasa. Tapi yang peliknya aku awal sedikit daripada biasa. Selalu 7.30 pagi baru keluar rumah. Tapi hari ini 7.10 pagi dah dok tekan alarm kereta yang baru dibaikpulih semalam. Pagi lagi, hati dah berbunga-bunga dan tidak sabar untuk ambil gambar I-City daripada Sab. Wah memang best gilerrzzz...nampak macam fotogenik gak aku..ha ha ...fotogenik kah aku??? Ha ha...siapa lagi nak puji....


Sunday, May 23, 2010

SINAR FM KINI NO. 1

Sekalung tahniah kepada stesen radio kegemaran aku..SINAR FM telah ditabalkan No. 1. Sebut pasal SINAR FM, aku paling suka mendengar SINAR PAGI. Tak kering gusi mendengar Krill, KE dan SY. Paling best apabila trio ini baca SMS. Ada sahaja jawapannya. Aku harap trio ini tidak berpecah la... keep it up!! Tahniah sekali lagi SINAR FM.

INGIN BELI KONDOMINIUM?

Dua minggu lepas aku menemani seorang teman untuk melihat show unit sebuah kondominium di Hulu Langat. Harganya telah melebihi RM100 ribu dan unit yang tinggal hanya dari tingkat 7 ke atas. Tingkat 7 pun sudah tinggal satu unit sahaja. Sempat juga aku mengambil gambar sekitar kondo dan yang pasti ada kolam renang. Kondo ini hanya ada dua blok sahaja dan ruang tempat letak kereta pun agak luas. Bagi sesiapa yang membeli tingkat atas...pemandangan memang menakjubkan. Lagipun, Hulu Langat sekarang makin membangun. Banyak kawasan perumahan telah naik dan sedang naik. Malah senang menuju kawasan rekreasi seperti Sg. Congkak, Kolam Air Panas Sg. Serai. Selain itu berdekatan dengan sekolah rendah, Masterskil. Bagi yang malas masak, kedai pun dekat aje.. :)


KAD UNDANGAN MAJLIS PERKAHWINAN

Zaman sekarang terdapat pelbagai jenis rekabentuk kad undangan majlis perkahwinan. Ada yang bersaiz besar. Ada yang mempunyai bau-bauan dan macam-macam lagi. Janji ada duit dan terpulang kepada selera masing-masing. 

Dalam banyak-banyak kad jemputan yang aku dapat, ada satu kad yang menarik perhatian. Kad ini ringkas tetapi menarik. Sepanjang hidup aku, inilah kali pertama aku dapat kad ini. 



ADUHAI MALASNYA...

Pagi ini aku bangun awal macam biasa. Macam nak pergi kerja. Orang kata kita perlu bangun awal setiap hari supaya sentiasa rasa segar. Aku memang rancang nak hantar kereta untuk diserviskan. Tetapi macam malas jer. Sebab semalam dah ke Shah Alam. Kedai servis kereta yang menjadi favourite aku pulak terletak di Subang sedangkan aku di Cheras. Huh..tentu korang kata aku giler...kenapa tak hantar ke kedai berdekatan. Sebabnya...aku memang dah lama jadi pelanggan tetap kat kedai ini sejak tahun 2002. Servisnya selalu tak menghampakan dan harganya berpatutan. 

Apabila memikirkan minggu depan aku nak balik kampung...aku mesti servis kereta hari ini juga. Aku mesti sampai sebelum jam 9.00 pagi kalau tidak..fuh beratur la nak menunggu. Alhamdulillah, sampai je...aku la pelanggan pertama untuk hari ni. Selepas daftar kereta, macam biasa aku melangkah ke Restoran Syed. Apa lagi sarapan pagi. Perut aku pun dah mendendangkan lagu keroncong. Masa perjalanan ke sana, ada satu kereta dipandu berlawanan arah. Hello....jalan sehala daa. Hmm itu lah...macam mana lah kadar kematian akibat kemalangan di Malaysia tinggi. Memang betul la kata trainer untuk kursus sistem pengurusan keselamatan yang aku hadiri bermula bulan lepas. Kes kematian kemalangan tetap tinggi kalau tiada usaha untuk menguruskan perkara-perkara yang dianggap sebagai kelakuan dan keadaan tidak selamat. Jika bilangan kelakukan dan keadaan tidak selamat ini dapat dikurangkan, insya Allah kadar kematian akibat kemalangan jalan raya dapat dikurangkan. Apa lagi..mulai hari ini kita mesti PILIH untuk menjadi pemandu yang lebih berhemah...



Saturday, May 22, 2010

BERSIAR-SIAR DI I-CITY

Selesai kursus di Hotel Concorde pada petang ini menyebabkan kepala rasa berserabut memikirkan banyak kerja yang perlu dibuat. Biasalah selepas menghadiri kursus baru lah kita tahu apa yang masih kurang. I-City tiba-tiba munculdalam fikiranku. Aku bertanya kepada Sab adakah dia berminat untuk ke sana. Sab kata OK je..fuh nasib baik Sab bawa kamera....aku sedikit rasa menyesal kerana tidak membawa kamera DSLR...tapi itu tidak mematahkan semangat kami untuk terus beraksi...

Apabila senja menjelma, lampu mulai menyala. Apa lagi kami berposing la... kehadiran sang pelangi menambahkan lagi keindahan suasana di I-City pada hari ini. Masa telah menghampiri jam 8.00 malam. Huh..kena beredar. Perlahan-lahan kereta kami menyusuri laluan yang telah ditetapkan. Wah..rupanya banyak lagi yang kami belum jajahi..pokok krismas, tanglung... huh...konsep 1 Malaysia ke bandar I-City ini? Mungkin satu hari nanti akan ku jejaki semula I-City tapi ketika itu aku akan bawa kamera DSLR ku...

Saturday, May 1, 2010

SELAMAT HARI BURUH

Selamat hari buruh kepada semua pekerja di Malaysia. Tak kira apa pun jawatan korang...selagi makan gaji...marilah kita meraikan hari buruh. Kenapa perlu ada hari buruh? Semasa aku melayari Wikipedia..hari buruh ini adalah hasil daripada pergerakan kesatuan pekerja yang meraikan pencapaian ekonomi dan sosial pekerja. Apa-apa pun, kita semua sepatutnya bersyukur kerana masih lagi mempunyai pekerjaan dan boleh bekerja di dalam keadaan yang aman dan damai. Pekerjaan kita adalah satu amanah dan seharusnya kita harus bekerja dengan mematuhi arahan yang telah ditetapkan. Kalau tak nak ikut...senang saje. Berhenti je kerja. Buka bisnes sendiri dan secara tak langsung kita juga akan menetapkan arahan yang sama untuk kakitangan kita bagi memastikan bisnes maju ke hadapan. 

Tak kira lah macam mana cara sekalipun korang meraikan hari buruh pada 1 Mei ni...aku doakan korang semua sukses selalu...adiossss....



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...