Thursday, August 19, 2010

SELAMAT PAGI

Hmm..dah beberapa hari aku tak menulis blog ni. Sibuk dengan kerja-kerja pejabat yang perlu disiapkan sebelum dateline. Petang pula sibuk nak siapkan juadah berbuka .. tak sibuk memasak..sibuk membeli di Pasar Ramadhan. Apabila balik dari Pasar Ramadhan..perjalanan yang hanya 15 minit telah jadi hampir satu jam...sebabnya...jalan sesak. Dua lorong jadi satu lorong ... lagi kalut ada yang dari kiri nak masuk ke simpang kanan. Masing-masing lak tuh nak cepat. Tetapi semalam aku kesian la dengan budak yang baru belajar memandu yang terpaksa menempuh dugaan. Tapi tak pa...good for her... pengalaman beb!

Pagi ini, macam biasa aku akan lawat web surat khabar..hmm cerita politik. Tak habis-habis. Aku dah bosan. Kenapa tak boleh kita hidup dalam suasana harmoni. Malaysia ini bukannya besar sangat dan kita harus menjaga tanahair kita supaya sentiasa aman dan damai. Kita masing-masing ada keluarga, kena bekerja mencari rezeki dan alhamdulillah, kita masih menikmati kedamaian. Kita harus belajar daripada apa yang telah terjadi di luar negara. Sayangilah negara kita dan SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 53..

Friday, August 13, 2010

3 RAMADHAN

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Pagi ini, langit terbentang luas dan sinaran matahari pagi menyuluh bumi ditemani tiupan sang bayu pagi. Mungkin macam semalam, cuaca cerah dan agak panas. Anggaplah ini suatu dugaan kita dalam berpuasa. 

Semalam aku berbuka dengan menu nasi briani daging dan popiah basah. Semuanya aku 'masak' di Pasar Ramadhan. Memang tergoda habis kalau ke Pasar Ramadhan. Pelbagai juadah dan yang paling banyak ialah juadah berasaskan ayam. Harga ayam telah naik tetapi ramai juga penjual menjual ayam bakar, ayam rempah, ayam percik, ayam golek .. huh.. Ayam percik memang tidak dapat dipisahkan ketika berbuka puasa bagi sesetengah orang. Hmm tak hairan la sesapa yang jual ayam percik akan mendapat pulangan lumayan. 

Menu sahur aku pagi ini macam semalam...burger ayam. Minuman hanyalah milo 3 in one. Memang simple aku punya menu. Kalau boleh, menu berbuka pun aku nak simple tapi .. biasalah..bila dah ke Pasar Ramadhan..semua benda nak beli... :). Tapi azam aku kali ini nak cuba jimat cermat...yakin boleh !

Thursday, August 12, 2010

2 RAMADHAN

Semalam menyaksikan beberapa keadaan kelam kabut dalam hidup aku. Ianya bermula 4.15 petang. Selepas aku keluar dari pejabat, aku memandu menuju ke sebuah pasaraya di Kajang. Aku fikirkan alang-alang membeli barang sambil terus ke Pasar Ramadhan di sebelahnya..macam tahun lepas. Sampai sahaja, jalan tidak sesak sangat berbanding tahun lepas memang sesak lah nak masuk ke pasaraya tersebut. Ceh...rupa-rupanya tahun ini tidak ada Pasar Ramadhan kat situ. Aku pun turun lah untuk beli barang yang aku telah rancang untuk dimasak waktu berbuka minggu ini kecuali hari semalam. Tapi banyak barang dah abis stok. Kalau ada pun yang dah macam 'hidup segan mati tak mau'. Ikan pun nampak macam tak mengiurkan. Ikan terubuk...sedap gak kalau dibakar...tapi nak bakar macam mana sebab aku tidak ada oven atau microwave. Akhirnya, aku pun membeli udang. Kemudian aku merayau-rayau mencari barang lain. Sirap kordial F&N pun tak de. Dalam hati aku berkata...mungkin aku kena kurangkan pengambilan makanan manis :).

Kemudian beratur nak buat pembayaran. Tiba giliran aku. Tet..tet..bunyi mesin cashier mengesan tanda harga. Aku ambil la barang masuk plastik. Tiba-tiba hati aku jadi panas...sebab cashier tu main tolak je makanan tin aku beli sampai keluar bunyi. Nih dah kunjungan beratus kali...baru ini aku kena. Bayangkan kalau dia tertolak kuat dan terkena tangan aku....ha..sape nak jawab. Lagi satu, tin tuh kemek...tak elok tau untuk kualiti makanan dalam tin nak simpan lama sikit. Masa tu tiba-tiba menjelma dalam fikiran aku. Kenapa aku pergi pasaraya lain, cashier yang masukkan dalam plastik walaupun barang tuh banyak. Hmm...entahlah tepuk dada tanya selera. Strategi pemasaran yang memenangi hati pelanggan...and please...sila senyum kat pelanggan anda !

Panas punya panas...aku ingatkan dah masukkan udang ke beg plastik lagi satu..bila balik jerr aku perasan udang tak de. Periksa dalam kereta tak de. Sah tertinggal dalam troli atau ??? Mungkin hari semalam bukan rezeki aku nak makan udang...atau aku kena kurangkan pengambilan makanan yang meningkatkan kolestrol...mungkin. 

Hari ini, aku harapkan lebih baik....


Tuesday, August 10, 2010

MENU SAHUR HARI PERTAMA BERPUASA

Hmm..esok kita semua wajib berpuasa. Malam ni jer dah kena pergi solat terawih. Kawasan rumah aku ini, tempat biasa adalah di tempat letak kerta yang telah dikosongkan. Surau di sini agak kecil dan tidak mampu untuk memuatkan jemaah yang ramai.

Dalam kepala otak aku ini sedang bermain-main menu sahur pagi esok. Kalau aku nak bangun jam 5 pagi tentu tak sempat nak masak nasi. Ingatkan nak buat jer chicken mayo sandwhich tapi malas la pulak. Jadi aku masak nasi malam ni dan lauknya aku masak semasa nak bersahur. Agak-agak tak sempat, nampaknya aku terpaksa goreng telur dan makan dengan kicap. Apa-apa pun kita harus bersyukur kerana masih ada rezeki untuk kita bersahur dan berbuka. Elakkan pembaziran. Al maklumlah esok hari pertama pasar Ramadhan bermula. Perut kosong akan mengundang pelbagai nafsu nak makan itu ini. Bukan apa...apabila dah berbuka nanti...semua pun dah tak boleh masuk....

IKLAN DI TANDAS?


Aku tak tahu la..sama ada aku ketinggalan atau memang perkara baru di Malaysia. Maaflah jika sebenarnya aku yang ketinggalan...sebab aku pun bukan bekerja di bidang iklan. Semalam selepas aku selesai mengurangkan stress (huh bukan apa tau..aku cuma buat foot massage jerr), aku pun pi la ke tandas di sebuah kompleks membeli-belah kegemaran aku.. wuish..tutup jer pintu...ada satu ruang iklan. Hmm .. bagi aku ini sesuatu yang baru. Betapa kreatif dan inovatifnyer... tapi yang ini cuma ditampal pada pintu tandas sahaja. So, nanti sambil anda menunaikan hajat..hmm boleh la...baca iklan di hadapan anda. Dan, tak mustahil juga satu hari nanti mangkuk tandas pun ada iklan...sure warna-warni... i like ;)

ADAKAH AKU TELAH JADI PENGGEMAR LANGSAT?

 
Kenalkah anda buah dalam gambar di atas? Lansium domesticum Jack .. Nama lain untuk buah langsat. Warnanya nak kata kuning cair pun boleh...coklat pun boleh. Terpulang kepada mata memandang. Aku bukan penggemar langsat. Sejak zaman belum akil baligh lagi aku memang tak suka makan langsat. Kalau dulu manis macam mana pun aku memang tak makan. Tapi, dua tiga hari ini, teman sepejabat telah membawa langsat ke pejabat. Biasala aku buat tak tau jer...tapi member kata manis. Sebab dia orang tahu aku memang tak suka makan benda masam. Aku pun makan sebiji...lepas tu lagi dan lagi... hari ini pun dia bawa lagi langsat...sedap lak rasanya... Langsat oh langsat..

Monday, August 9, 2010

KOLEKSI GAMBAR SEMASA FLORA 2010

Seperti yang aku janjikan, ini adalah sebahagian gambar yang aku ambil semasa pesta flora di Putrajaya. Ada banyak lagi tapi dengan kelajuan broadband aku yang tak berapa laju ini..faham-faham je la...






























































LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...