Friday, August 13, 2010

3 RAMADHAN

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Pagi ini, langit terbentang luas dan sinaran matahari pagi menyuluh bumi ditemani tiupan sang bayu pagi. Mungkin macam semalam, cuaca cerah dan agak panas. Anggaplah ini suatu dugaan kita dalam berpuasa. 

Semalam aku berbuka dengan menu nasi briani daging dan popiah basah. Semuanya aku 'masak' di Pasar Ramadhan. Memang tergoda habis kalau ke Pasar Ramadhan. Pelbagai juadah dan yang paling banyak ialah juadah berasaskan ayam. Harga ayam telah naik tetapi ramai juga penjual menjual ayam bakar, ayam rempah, ayam percik, ayam golek .. huh.. Ayam percik memang tidak dapat dipisahkan ketika berbuka puasa bagi sesetengah orang. Hmm tak hairan la sesapa yang jual ayam percik akan mendapat pulangan lumayan. 

Menu sahur aku pagi ini macam semalam...burger ayam. Minuman hanyalah milo 3 in one. Memang simple aku punya menu. Kalau boleh, menu berbuka pun aku nak simple tapi .. biasalah..bila dah ke Pasar Ramadhan..semua benda nak beli... :). Tapi azam aku kali ini nak cuba jimat cermat...yakin boleh !

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...