Tuesday, August 10, 2010

MENU SAHUR HARI PERTAMA BERPUASA

Hmm..esok kita semua wajib berpuasa. Malam ni jer dah kena pergi solat terawih. Kawasan rumah aku ini, tempat biasa adalah di tempat letak kerta yang telah dikosongkan. Surau di sini agak kecil dan tidak mampu untuk memuatkan jemaah yang ramai.

Dalam kepala otak aku ini sedang bermain-main menu sahur pagi esok. Kalau aku nak bangun jam 5 pagi tentu tak sempat nak masak nasi. Ingatkan nak buat jer chicken mayo sandwhich tapi malas la pulak. Jadi aku masak nasi malam ni dan lauknya aku masak semasa nak bersahur. Agak-agak tak sempat, nampaknya aku terpaksa goreng telur dan makan dengan kicap. Apa-apa pun kita harus bersyukur kerana masih ada rezeki untuk kita bersahur dan berbuka. Elakkan pembaziran. Al maklumlah esok hari pertama pasar Ramadhan bermula. Perut kosong akan mengundang pelbagai nafsu nak makan itu ini. Bukan apa...apabila dah berbuka nanti...semua pun dah tak boleh masuk....

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...