Saturday, August 7, 2010

RAMADHAN KINI TIBA

Begitu pantas masa berlalu. Minggu depan kita akan menyambut kedatangan Ramadhan. Bagaimana Ramadhan nan lalu? Sudah kita menggantikan puasa yang lalu? Aku? Alhamdulillah...aku berpuasa penuh pada Ramadhan yang lalu. Mesti ada yang tak percayakan? Mana mungkin seorang wanita boleh berpuasa penuh dalam bulan Ramadhan kecuali telah menopause. Tapi aku bukan lagi menopause. Cuma Jun 2009 telah menyaksikan aku telah kehilangan darah yang amat banyak melalui kitaran haid. Kitaran haid aku memang tidak normal sejak tahun lalu dan bulan Jun aku datang bulan. Aku ingatkan macam biasa tetapi agak luar biasa sampai muka aku pucat lesi dan pitam. Akhirnya aku dibawa ke hospital. Apabila pemeriksaan rahim, doktor kata rahim aku normal. Aku diberi ubat tahan darah dan ubat hormon. Tiga bulan sekali aku kena jumpa doktor. Lepas keluar hospital, darah masih keluar tapi sikit kemudian terus berhenti sehingga selepas raya baru aku datang bulan semula. Itulah ceritanya...

Apabila bercerita tentang Ramadhan, sepatutnya kita kena ingat tentang berpuasa tetapi ramai yang lebih suka bercerita tentang hari raya. Malah aku sendiri pun dah dapat beberapa sampel kuih raya..ahakss..bukan aku minta..dia orang yang sukarela nak bagi. Aku ambil je la. Selain itu, ada pula yang sibuk pasal menu berbuka puasa, bufet Ramadhan... itu lah kita..

Apa-apa pun, aku ingin ucapkan selamat berpuasa dan berpuasa biarlah ikhlas ye...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...