Wednesday, February 23, 2011

DAH LAMA TAK BAGI KURSUS

Hari ini, hari pertama dalam tahun 2011 aku mengadakan kursus dalaman untuk kakitangan di tempat aku. Dah lama tak bagi kursus, semuanya sudah berkarat dan perlu diasah semula ingatan diaorang ni. Ada orang anggap kursus ini tak penting tapi dalam kerja dan dalam usaha untuk mendapatkan hasil produktiviti yang optima dan berdayasaing...kursus adalah penting. Setiap orang mempunyai daya penerimaan ilmu tersendiri. Ada yang memang cepat tangkap...ada yang lambat tangkap. Ada yang masih di tengah-tengah highway sedangkan ada yang lain dah sampai destinasi.

Kalau aku nak anjurkan kursus, aku mesti kena sediakan notanya sendiri. Sebab inilah caranya nak bagi aku faham supaya aku dengan memahamkan orang lain. Aku memang ada beberapa siri nota yang terdahulu tetapi aku akan mengeditkannya kembali supaya sesuai dengan keadaan semasa.

Masa memberikan kursus, tumpuan peserta amat diperlukan dan dengan itu, aku lebih suka kursus secara komunikasi dua hala. Dan, aku suka ingat dan panggil nama peserta. Dan suka bertanya faham ke tidak? Laju sangat ke saya bercakap? Dan paling ngeri..setiap kursus aku mesti ada TEST...ni memang ler bebudak tak suka. Sebab markah nanti bos-bos dia orang tengok...TEST ni penting nak tengok sejauh mana pemahaman dia orang..kan...kan....


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...