Thursday, March 24, 2011

A DOCTOR IN THE HOUSE

Sejak pelancaran buku  A Doctor In The House karangan  Tun Mahathir, aku memang nak beli sebab aku memang kagum dengan cara pemerintahannya. Aku tahu ada yang tak suka ...tapi peduli apa aku. Sebab aku membesar dalam era zaman pemerintahannya dan memang aku kagum dengan pemodenannya. Banyak idea dan wawasan. Sama ler apa yang aku belajar tentang pengurusan .. kena ada wawasan, perancangan, perlaksanaan dan susulan dalam mengukur sama ada kejayaan merealisasikan setiap wawasan berjaya atau tidak. Kalau berjaya kena ada penambahbaikan dan kalau tak berjaya kenalah siasat kenapa ianya gagal dan ambil tindakan pembetulan sewajarnya.

Wednesday, March 23, 2011

TAK TAU NAK TULIS APA

Sengal ...aku le tuh. Siang tadi otak aku ini banyak betul idea nak kongsikan dengan pembaca (ada ker?)..masa tengah drive siap rangka nak tulis apa. Bila dah depan laptop...tak de la pulak. Huh...idea ..mana kau. Aku tengok orang tulis blog macam best jerk...sedap jer membaca. Aku nye hmmm...idea cepat ler kau datang. Yes! Sambil menonton aku berjaya gak menyiapkan satu laporan audit...he he

Monday, March 21, 2011

AKU TAK DE MASA


Aku tak de masa...semua orang cakap macam tuh. Termasuk aku. Kalau difikirkan balik salah siapa? Diri sendiri agaknye...atau orang lain. Sekarang, aku cabar diri aku sendiri. Untuk mengubah "aku tak de masa" kepada "aku ada masa". Ha ha memang gila...sebenarnya apa yang aku ingin cerita ialah tentang merancangkan kerja anda. Itu lah ceritanya.

Aku bekerja makan gaji dan hendak tak nak aku kenalah kerja apa yang majikan suruh. Kalau aku tak nak ikut..baik aku berhenti kerja. Tapi nak cari kerja sekarang ini bukannya senang. Kena hantar surat, kena hadiri temuduga dan aku rasa belum masanya lagi. 

Kala ini, aku cuba menganggap apa kerja yang datang sebagai cabaran dan juga salah satu pembelajaran. Mungkin susah untuk kali pertama tetapi apabila dah biasa, semuanya di hujung jari. Aku cuba merancang kerja aku sebaik mungkin...dan kini aku ada planner aku sendiri. Aku juga cuba untuk mengelakkan penangguhan kerja. Ini perlu sebab aku dah serik...asyik tangguh kerja dan bila nak buat kerja tuh ada lak masuk kerja lain yang tersangat urgent...masa tu aku rasa tangan kaki semua dah tak cukup...

Ok la itu jer luahan aku hari ini...rasa tenang sikit..memang aku tengah tension sekarang...uwaaaaaa

Monday, March 14, 2011

PENAT, INSURANS DAN ROAD TAX

Hari aku mengambil cuti..kononnya nak renew road tax....puas lerr satu Kajang mencari agen UniAsia..berdasarkan maklumat daripada internet. Sebelum ini, aku terpaksa berurusan dengan agen di Bangsar. Jauh dan susah pulak nak cari parking kat Bangsar. Dah puas mencari akhirnya aku call juga agen di Bangsar. Hmm.. tahun ini kereta aku berusia 10 tahun. Dan tahun lepas jumlah yang diinsurankan adalah RM9000...tapi kali ini UniAsia menetapkan jumlah minima nak diinsurankan adalah RM12000...hmm nak ke depa bayar jumlah itu kalau anything happens to my car...iskhh... Aku ingat nak tukar insuran tapi dah macam tak sempat...lain kali je la...dan tahun depan, syarikat insuran menetapkan kena bayar insuran untuk penumpang...kalau tak silap aku..alasan kereta telah berusia lebih 10 tahun. Hmm nak kemalangan tak kira kereta tuh lama atau baru. Yang pentingnya sikap pemandu dan penjagaan kereta. Tak pernah miss servis..dan kereta aku masih di tahap terbaik walaupun dah berusia....

Sunday, March 13, 2011

TSUNAMI KEMBALI KE JEPUN

Aku memang jarang menonton rancangan berita. Setiap malam dok menghabiskan masa menonton siaran FOX 710 Warehouse Season 2. Sehinggalah Jumaat lalu...kawan aku memaklumkan Google memaklumkan amaran tsunami setelah Jepun digegarkan dengan gempa bumi 8.6 skala Ritcher...Aku pun dok sibuk ler menggogglekan isu tsunami ni...hmm dalam hati aku hanya mendoakan agar Malaysia dijauhi dari dugaan sebesar itu. Aku juga berdoa agar rakyat Jepun tabah dalam menghadapi cabaran sehebat itu. Apa yang mampu hanya doa dan kata-kata semangat untuk mereka.

Wednesday, March 9, 2011

AKU KE KLCC DAN PANTAI MORIB

Wah dah lamanya aku tidak mengemaskini blog aku nan satu ni. Banyak kerja beb...semua kena buat. Tangan cuma ada dua...otak ada satu...tapi yang penting aku dapat release tension aku yang tahap gaban ni dengan photography outing...sorry le ..aku ni baru je nak berjinak-jinak dengan dunia photography...so silakan menatap le foto-foto..hmm banyak gambar awan...he he I like...



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...