Sunday, April 24, 2011

KESINAMBUNGAN HUHA HUHA

Ingatkan hari ini nak rileks kat rumah...tapi lain jadinya. Sebab member aku ni bermalam ..so we all pergi breakfast sama-sama. Setelah dok fikir nak makan kat mana, akhirnya aku membawa member ke Lontong King. Kalau anda ke Hulu Langat jangan lupa singgah ke Lontong King. Eastern & Western...semua ada. Sebenarnya ini lah kali pertama aku breakfast di Lontong King. Sebelum ini aku hanya bungkus saje. Apa yang istimewa? Hmm tentulah lontong tapi hari ini aku makan bihun singapore dan kopi. Kopi self service dan baru tadi aku tahu tak kiralah berapa kali tambah ...tetap RM1.Tuh yang member aku kata...lain kali boleh datang lagi. Memang datang lagi...

Lepas tu kami terus drive ke Putrajaya Sentral. Tempat yang kami selalu parking kereta ...rupanya dah kena blok. Dulu free tapi la ni dah macam ada kena bayar je. Bayar tuh bukan masalahnya cuma kenapa kereta tak boleh masuk. Atau parking ni hanya untuk weekdays? Macam-macam persoalan. Nasib baik ada satu tanah lapang dan aku nampak banyak kereta parking kat sana....we all pun parked kereta kat sana, Tapi rasa nya tak lama lagi tempat parking tuh mesti jadi tempat parking sekarang. Kenapa kami parking kat Putrajaya Sentral ...sebab nak naik ERL ...dan lepas tu tukar LRT di Bandar Tasik Selatan...dan akhirnya ke PWTC... ada pameran buku 2011. Tu lah...kali ni nampak agak besar. Karangkraf siap ambil satu dewan...huh... Tapi ramai orang sangat...memang ramai giler...sampai nak pilih buku pun macam tak selesa. Selesa tak selesa...lebih RM50 ...abis ... tapi resit simpan...nanti leh claim....

Ok lah...esok aku sambung balik entry ini...sebab aku mengantuk, Nanti entah apa-apa aku taip...oklah selamat malam...

p/s: Tahniah ler kat Mr N sebab dah berumah tangga. Semoga bahagia ke akhir hayat.

SATURDAY HUHA..HUHA....

Wah semalam selepas kerja dan dengan minggu ini yang poketnya telah menipis, aku dan kawan aku (dah lama tak jumpe) telah pergi ke Mines Shopping Complex. Mines ni jarang sekali aku pergi ...kalau pergi pun tengok wayang...main boling. Itu jer...so aku tak le biasa sangat dengan layout Mines , but we finally managed. Sampai jer ...cari TGV. Dah lama tak datang..melilau gak. Selalu datang dengan orang yang memang expert but yesterday have to search on my own. Member aku beratur beli tiket dan aku membeli popcorn. Tengok tiket..wah barisan A. Fuh depan giler...member aku kata yang lain dah penuh. Dahsyat gak ...ramai yang berminat dengan cerita Roommate ni.

Dan dah masa, kita orang pun masuk. Memang kat depan giler..mendongak. Tengok seat belakang banyak yang kosong dan member kata nanti kita tukar lah...tapi bile movie dah nak start...ramainya. And guess what...ha ha rupanya seat row A pun penuh. So we not alone untuk sakit tengkuk..memang sakit pun.

Macam mana citer roommate ... hmm aku rasa citernya biasa jer macam citer psiko yang lain. Unsub (sebab selalu sangat tengok Criminal Minds) mula-mula tak tunjuk perangai. Nampak baik. Tapi lama-lama tunjuk taring. Selalunya sharing is caring ..tapi ni caring is not sharing. Unsub (sorry lupa..Unsub tu macam unknown suspect  ..tapi selalunya untuk suspect yang tidak tahu nama...tapi aku nak guna gak istilah ini) memang taksub dengan persahabatan dan dia tidak benarkan orang lain menjadi sahabat kepada roommatenya. Unsub dalam movie ini adalah Rebecca ... dan roommatenya, Sara. Sesiapa yang cuba mendajalkan, menyakitkan, menjadi kawan baik Sara...dia akan cuba usaha untuk berbuat sesuatu. Tapi macam cerita psiko yang lain...biasa la...ada gaduh-gaduh, tembak dan kematian. Jurukamera dalam citer ni suka shoot muka pelakon...hmm mungkin nak tonjol ekspresi muka kot. Dan satu lagi adegan dan ekspresi muka yang sedang 'kepuasan' patutnya boleh potong ... sebab tak menjejaskan jalan cerita pun...Berapa bintang? Daripada 5 bintang ...aku bagi  2 bintang jer lah..so korang boleh lah tengok sendiri ... 

Lepas movie ..konon-konon nak main boling...tapi dah pukul 7. Kita orang pi surau. Tuh la...nasib baik toilet dekat surau (lama ..sebab  ada notis yang surau baru dekat Body Shop) tuh ada hos air. Yang lain semuanya main tembak air. Aku memang berbulu dengan toilet species itu. Nape ler dia orang suka design toilet macam tuh...Lepas asar terus tunggu Maghrib. Ok boling here we come? Tak...akhirnya kita orang ke karaoke. Weekend RM30 sejam. Ok la ..not bad. Apa lagi...sebenarnya ini lah kali pertama aku nyanyi betul-betul semasa karaoke...ye le nih pun kali kedua aku pi. Memang aku melontarkan suara..praktis...nanti nak bagi training senang...biasa le...lagu aku semua lagu rancak...nasib baik tekak ok lagi. Yang gilernya..tambah lagi satu jam...memang huha huha ...

Thursday, April 14, 2011

UBI KAYU REBUS CICAH SAMBAL

First time in my life, aku makan ubi kayu rebus cicah dengan sambal ikan bilis. Tima kacih lerr kepada teman yang bawa hidangan ni ke opis. Selalunya aku selalu cicah dengan kelapa yang digaul dengan gula. Hmm...lazatnye. Dah lama tak makan ubi kayu ni...hingga menjilat jari...yummy!


BURGER

Hari ini aku nak bercerita tentang burger. Burger dan aku ... Pertama kali aku makan burger ... aku tak ingat masa tuh umur aku berapa. Tapi memori lucu dan kejakunan aku melihat burger kali pertama masih terpahat dalam ingatan aku. Masa tu aku sekolah rendah. Ada satu malam tuh, arwah bapak aku membeli sesuatu untuk kami sekeluarga. Kalau ikut sejarahnya selalu dia beli mee goreng, roti canai...al maklumlah...dia tau anak-anak dia ni suka makan. Buka bungkusan .. aku dan adik aku tertanya-tanya ..apakah gerangannya ini? Ye la dulu bukan macam sekarang..rasa pelik...ada daging..ada sayur, bawang, sos cili ...hmmm sebab tak pernah jumpa ..kita orang makan setakat merasa je la... tak habis. Mak aku cakap dengan bapak aku..hmm lain kali tak yah beli la..bukannya makan budak-budak ni. Sejak itu, bapak aku tidak lagi membeli burger.

Hari berganti hari tahun berganti tahun, kami membesar dan balik sekolah dah pandai naik bas sendiri...keluar dengan kekawan, baru ler kami berkenalan dengan burger. Masa sekolah menengah, ada seorang pakcik dan makcik ni ..menjual burger di pekan sehari (ala-ala pasar malam tapi pasar ni beroperasi pagi) setiap Ahad. Fuh...menu burger dia macam-macam...burger goreng, double special (daging dua beb! letak telur lagi...), burger special, burger ada cheese ..tapi favourite aku  ...double special ayam. Mak ai...terasa nikmatnya. Dengan mayo...dan sos cili memang best.....sampai aku masuk Universiti..tiap kali balik kampung memang tak miss...sehinggalah satu hari ...agak lama juga gerai pakcik dan makcik tuh tidak kelihatan....lepas tu hanya makcik dan anaknya...dan sekarang anak-anaknya pulak...Al-fatihah..

Tapi sekarang ni...aku tak kemaruk burger lagi...tapi once in a blue moon ..terasa nak makan burger... aku pergi yang berdekatan dengan rumah aku...tapi memang susah ler nak cari yang setanding dengan pakcik dan makcik tuh ...hmm rindu lak dengan burger dia orang 


Tuesday, April 12, 2011

WAH..MAHALNYA

Pagi ini masa kawan aku masuk opis sambil membawa ubi kayu rebus dan sambal bilis dok sibuk bercerita pasal ikan patin mahal...sampai harga mencecah RM13,000. Fuh...aku pun terus menggoggle mencari cerita yang tersangat mengejutkan...terkezut...mak aii...dahsyat giler...kalau hari-hari masyukkkkk...tokey kedai. Pakai Ferrari pun buleh. Setakat yang biasa awak dengar adaler sekitar RM25 seketul...dulu ada gak sampai bergadai barang berharga. Nih RM13,000 ...ngalah katering kenduri kahwin. Aku pun baru jer beli patin tak sampai RM20 ..saiz ikan sederhana...dua ekor lak tuh. Patin sangkar pun sangkar la...tapi sedap. Agaknya sure lazat giler kalau patin sungai...tapi macam tak berbaloi lak...

Cerita pasal patin mahal ni teringat satu kes nasi dagang yang mahal yang sibuk diperkatakan suatu masa dulu...huh...

Sunday, April 10, 2011

MARI MEMASAK GULAI IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK

Akhirnya, hari ini aku mempunyai masa nak memasak gulai masak tempoyak ikan patin. Ikannya dah seminggu dalam peti ais. Kesian kawan aku, mak buyung. Nasib baik dia tak bersalin lagi. 

Bahan-bahannya:
2 ekor ikan patin yang telah disiang dan dikerat-kerat... ikan ini memang khas didatangkan dari Temerloh
5 ulas cili padi .. takut mak buyung tak tahan lak pedas
3 sudu besar tempoyak ...bekalan tempoyak dah nak abis...mak..tolong bawa tempoyak yerrr bila datang nanti
Kunyit ... nak pakai segar ok...nak pakai yang jadi serbuk pun boleh.
Garam kasar ..ikut kesesuaian 
Daun kesum dan asam keping
Cara:
Basuh ikan dan bilas dengan air dan asam keping. Kisarkan atau blend cili api, kunyit, garam dan tempoyak supaya teksturnya nampak sebati gitu. Pastu masukkan bahan-bahan yang dikisar ke dalam periuk dan tambah air. Masukkan ikan dan tambah air hingga ikan agak-agak tenggelam. Jangan terlalu banyak air nanti tak best. Ada orang masakkan kuahnya baru letak ikan. Tapi aku tak suka sebab masak sekali baru le bercampur rasa ikannya. Masukkan asam keping ..sikit jer tau..nanti masam gilerr. Biarlah hingga mendidih dan masukkan daun kesum. Macam dalam rancangan Masterchef....taste your cooking ...rasalah...dan tambah la garam ke apa-apa ke...sesuai dengan selera anda. Senang jerr kan...

Selalunya aku makan lauk ni dengan nasi. Tapi hari ini malas lak nak masak nasi. Aku pun potong terung dan lumur dengan garam dan lada hitam. Goreng dalam minyak jagung yang sikit. Sedap lak...lemak-lemak gitu.

Saturday, April 9, 2011

SALAM MALAM SABTU

Sejak semalam lagi aku dok menonton video motivasi dan inspirasi tentang berfikiran positif. Ye la..sejak dua menjak ni banyak betul pertuduhan yang aku rasa tak patut betul telah dilemparkan ke arah kami. Dammm...ni konflik dalaman ... tak tahu mana yang betul dan apa silapnya. Malas nak fikir. Tuh yang mencari video yang positif jek...so aku kena berfikir tentang sesuatu yang positif tentang insiden tersebut. Mungkin satu wake up call untuk kami semua..

Lepas tu lak fikiran aku melayang...oppss teringat boyfren lama... well nak buat macam mana dah tak de jodoh..dan mungkin mereka bukan pasangan terbaik untukku. Rasanya memang betul...mereka semua (amboi ramainye...he he ..aku tak curang ek...lepas putus..berkenalan dengan yang lain) dah berkeluarga pun. Dah daripada yang aku tengok ..memang aku tak sesuai ler untuk mereka. Aku bukan calon terbaik dari ladang untuk mereka.

Tapi tak mengapa. Tidak salah berkahwin lewat...jika anda telah mendapat kerja yang baik. Aku rasa satu hari nanti I will meet my Prince Charming...wait and see...fuhh..touching lak aku malam ni :)

Tuesday, April 5, 2011

YAHOOO....STREAMYX AKU DAH UPGRADE

Today is the day...akaun streamyx aku yang dulu 512kbps telah diupgrade ke 1 Mbps. Macam mana? Well...ini pun belum satu hari. So far so good tapi mamat tmnet cakap aku punya laptop kena upgrade RAM...kalau nak rasa kepowerannya...ha..ha....aku guna netbook aku ni ok la...laju sikit daripada biasa...but too early to comment. So, after lepas satu bulan baru aku leh collect telepon tanpa wayar. Katanya lagi..call ke fixed line under Telekom free...handphone ke handphone kena rm0.10 per minit. Kire aku terima tawarannya...ye la awok pun tiap bulan dah bayar lebih rm110 sebulan...kira ok la tuh... tapi macam biasa...aku kena guna selama setahun...kalau tak aku kena bayar penalti...nampaknya tertangguh ler aku nak guna portable broadband...

Sunday, April 3, 2011

KEMAS RUMAH

Hmm ingatkan, pagi ini nak bangun awal...pergi jogging...kononnya lepas tu nak pergi tengok Merong Mahawangsa...nak bersantai di Thai Oddessy..tapi lain pulak jadinya. Bangun pagi, lepas Subuh...baring balik...ntah macam mana terlelap..bangun-bangun dah 8.30 pagi. Lepas tuh tak de bangunnya...golek-golek menikmati keindahan di atas katil...malas. Ye lah..dah dua minggu aku kerja tanpa rest..so today is the day. Jam 9.00 pagi baru bangun ...kemas tempat kucing aku dulu...lepas tu baru fikir nak sarapan apa...lastly...aku buat goreng roti sikaya...minum air masak mati jer.. 

Ingatkan nak keluar awal..tapi lastly cancel gak..sebabnya rumah aku dah macam tongkang pecah. Ceh..tak leh jadi. Ambil kain buruk dan pengilap. Lap almari, tingkap. Kemas bilik...vakum karpet...sapu lantai lastly..mop..huh..banyak kalori hilang.... sampah jer masih ada kat depan rumah. Nantilah..jap lagi aku nak keluar gak untuk lunch..tunggu hari tak panas sangat...al maklumlah...nak jadi puteri lilin ..mana leh kena jemur sangat...nanti cair.

Misi aku nak buat karamel tak pasti lagi. Sebab bila aku buka kabinet..periuk kukus aku dah balut dengan plastik...malasnya nak buka lepas tu kemas balik...tapi tak tau le...tengok macam mana dulu. Nih kalau sempat nak wat foot massage...ok la..kena bersiap-siap. Lambat sangat nanti susah lak....

Saturday, April 2, 2011

CABARAN MEMASAK

Demi mak buyung, kawan ku...aku akan masak ikan patin tempoyak untuk dia minggu depan. Kenapa minggu depan? Sebab ikan patinnya belum sampai lagi...originally beli from Temerloh...so sabar ye kawanku. Minggu ini kalau aku rajin..kononnya nak masak Karamel. Tengok resepi macam senang jer...ha ha tak tau la jadi ke tidak. Apa-apa pun kena tunggu esok. Tunggguuuuuuuu

Bryan Adams - I Still Miss You...A Little Bit



Hmm ...inilah artis antarabangsa yang pertama aku beli kasetnya...masa tuh aku masih belajar...Everything I Do..I Do It For You...Bryan Adam..suaranya memang memikat..suka tengok live video yang dirakam di konsertnya... persembahannya memang memikat...dan tak hairan la...sampai sekarang Bryan Adams masih menjadi artis pujaanku..

TERIMA KASIH KAWAN



Thank you to all my dear friends...ucapan terima kasih untuk insan yang bergelar kawan. Kawan ini macam-macam jenis. Ada kawan sebab kita kaya...ada kawan sebab kita cantik....ada kawan sebab kita suka menolong....tapi kawan yang sejati memang susah nak cari. 

Aku juga nak terima kasih kepada member chat aku. Nama penuh aku tak tahu. Rupa paras pun aku tak pernah tengok. Memang dah nama member chat. Kita orang kenal since tahun 2000...dan cuma talian telefon dan internet menjadi penghubung. Tapi sekarang dah jarang call sebab aku sibuk dan dia tentu lagi sibuk sebab dengar dah ada girlfriend. Tapi aku berterima kasih sebab dia menghormati permintaan aku. Terima kasih juga atas nasihatnya menjadikan aku seorang yang bersistematik. Mengajar aku tentang mengendalikan pergaulan dengan rakan sekerja dan bercerita tentang bab pengurusan. Itu lah gunanya kawan...bukan setakat nak bersuka-suka...tapi menjadi pendengar setia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...