Sunday, April 24, 2011

SATURDAY HUHA..HUHA....

Wah semalam selepas kerja dan dengan minggu ini yang poketnya telah menipis, aku dan kawan aku (dah lama tak jumpe) telah pergi ke Mines Shopping Complex. Mines ni jarang sekali aku pergi ...kalau pergi pun tengok wayang...main boling. Itu jer...so aku tak le biasa sangat dengan layout Mines , but we finally managed. Sampai jer ...cari TGV. Dah lama tak datang..melilau gak. Selalu datang dengan orang yang memang expert but yesterday have to search on my own. Member aku beratur beli tiket dan aku membeli popcorn. Tengok tiket..wah barisan A. Fuh depan giler...member aku kata yang lain dah penuh. Dahsyat gak ...ramai yang berminat dengan cerita Roommate ni.

Dan dah masa, kita orang pun masuk. Memang kat depan giler..mendongak. Tengok seat belakang banyak yang kosong dan member kata nanti kita tukar lah...tapi bile movie dah nak start...ramainya. And guess what...ha ha rupanya seat row A pun penuh. So we not alone untuk sakit tengkuk..memang sakit pun.

Macam mana citer roommate ... hmm aku rasa citernya biasa jer macam citer psiko yang lain. Unsub (sebab selalu sangat tengok Criminal Minds) mula-mula tak tunjuk perangai. Nampak baik. Tapi lama-lama tunjuk taring. Selalunya sharing is caring ..tapi ni caring is not sharing. Unsub (sorry lupa..Unsub tu macam unknown suspect  ..tapi selalunya untuk suspect yang tidak tahu nama...tapi aku nak guna gak istilah ini) memang taksub dengan persahabatan dan dia tidak benarkan orang lain menjadi sahabat kepada roommatenya. Unsub dalam movie ini adalah Rebecca ... dan roommatenya, Sara. Sesiapa yang cuba mendajalkan, menyakitkan, menjadi kawan baik Sara...dia akan cuba usaha untuk berbuat sesuatu. Tapi macam cerita psiko yang lain...biasa la...ada gaduh-gaduh, tembak dan kematian. Jurukamera dalam citer ni suka shoot muka pelakon...hmm mungkin nak tonjol ekspresi muka kot. Dan satu lagi adegan dan ekspresi muka yang sedang 'kepuasan' patutnya boleh potong ... sebab tak menjejaskan jalan cerita pun...Berapa bintang? Daripada 5 bintang ...aku bagi  2 bintang jer lah..so korang boleh lah tengok sendiri ... 

Lepas movie ..konon-konon nak main boling...tapi dah pukul 7. Kita orang pi surau. Tuh la...nasib baik toilet dekat surau (lama ..sebab  ada notis yang surau baru dekat Body Shop) tuh ada hos air. Yang lain semuanya main tembak air. Aku memang berbulu dengan toilet species itu. Nape ler dia orang suka design toilet macam tuh...Lepas asar terus tunggu Maghrib. Ok boling here we come? Tak...akhirnya kita orang ke karaoke. Weekend RM30 sejam. Ok la ..not bad. Apa lagi...sebenarnya ini lah kali pertama aku nyanyi betul-betul semasa karaoke...ye le nih pun kali kedua aku pi. Memang aku melontarkan suara..praktis...nanti nak bagi training senang...biasa le...lagu aku semua lagu rancak...nasib baik tekak ok lagi. Yang gilernya..tambah lagi satu jam...memang huha huha ...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...