Sunday, June 19, 2011

SELAMAT HARI BAPA

Selamat Hari Bapa...untuk semua yang bergelar bapa. Tentu ramai yang merancang untuk membawa bapa masing-masing meraikan hari ini. Ada yang belanja makan, ada yang masak masakan special...tapi aku? Hmm..hanya sedekah Al-Fatihah dan doa sahaja yang aku berikan. Ayahku sudah meninggal lebih kurang 11 tahun. Perginya seolah-olah dia telah menyempurnakan tugasnya. Mendidik aku dan adik aku menjadi orang yang berguna. Masa itu, aku baru sahaja mendapat kerja. Tidak sempat untuk aku menyempurnakan kesenangan untuknya. Walapun dia dah tiada, tetapi dia tetap tersemat dalam jiwa aku setiap hari dan sentiasa ingat kepada pesanannya seolah-olah dia masih di sisi ku. Al Fatihah...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...