Monday, July 25, 2011

JANGAN MARAH KALAU ORANG BUAT BODOH JER

Jangan marah kalau orang buat 'bodoh' jer dengan anda. Buat tak tau apabila anda inginkan pertolongan. Acuh tak acuh apabila anda bertanya. Kenapa tak boleh marah? Cuba anda renung dan tenung. Mungkin anda pernah berbuat demikian. Tidak mahu memberi pertolongan apabila diminta. Buat tak reti apabila orang meluahkan perasaan mereka. Bukan susah pun..cuma jadi pendengar setia. Meminta maaf dengan anda tetapi anda sebaliknya mempersendakan maaf mereka ketika bersama orang lain. Bayangkan anda juga dilayan sebegitu rupa..anda mula menarik muka masam. Terus tak bertegur sapa. Ingatlah..dunia ini hanya pinjaman dan segala apa yang anda lakukan akan dihitung kelak walaupun anda tidak pernah lalai melakukan suruhan Nya.

Kita hidup perlu saling tolong menolong tanpa mengira jawatan, bangsa, agama dan sebagainya. Permudahkan kerja orang lain...InsyaAllah..kerja anda juga akan jadi lebih mudah. Lemparkan senyuman dan berikan salam ketika bertemu terutama anda melangkah masuk ke pejabat supaya agar memberi keceriaan kepada suasana pejabat. Jika anda masam...suasana pejabat akan menjadi negatif dan kerja pun tidak produktif sebab rakan-rakan anda turut merasakan aura anda yang negatif itu. Oleh itu, lakukan kerja anda dengan ceria, ceriakan hidup rakan anda dengan membantu...walaupun hanya sekuntum senyuman...

Sunday, July 24, 2011

DUA MINGGU BERLALU CUMA 1 KG JER

Hu hu cuma 1 kg jer selama dua minggu ini. Frust...tapi kena kuatkan semangat. Tiada sapa yang perlu dipersalahkan cuma diri sendiri. Mana taknya..minggu lepas tiga hari menghadiri kursus dan makanannya sungguh enak-enak belaka. Sarapan sehingga minum petang dan tiga hari itu juga la aku tak boleh nak main ping-pong. 

Minggu ini pun macam sama jerk...sebab dah macam tak boleh nak kawal. Kalau dua minggu lepas boleh makan separuh tapi mak ai..penuh pinggan. Tolong-tolong..Nasib baik hari-hari yang berlalu aku masih cergas bermain ping-pong di samping melakukan kerja harian yang aktif. Minggu ini aku kena jaga balik sistem pemakanan aku. 
Hari ini dan juga hari sebelum-belumnya aku cukup malas. Nak kemas rumah pun malas. Nak basuh baju pun malas. Yang tak malas...window shopping. Ok ler..aku nak merancang aktiviti aku untuk next week.

Sunday, July 17, 2011

HARRY POTTER - FINAL MOVIE & KEMARUK ANGRY BIRD

Hari ini aku sempat menonton filem terbaru Harry Potter and The Deathly Hallows..Part 2. Memang puas,,dan teringin nak menontonnya sekali lagi. Episod kali ini membongkarkan siapa Severus Snape yang selalunya dikatakan jahat..dan kenapa Harry Potter perlu dibunuh oleh Lord Voldemort. Anda perlu menontonnya sendiri di pawagam untuk mengetahui kisah selanjutnya.

Lain-lain aktiviti aku...asyik main game Angry Bird. Sampai aku pun leh angy jadinyer. Aku bukan main di telefon atau Ipad. Cuma di dalam laptop secara online. Anda boleh klik DI SINI.

Saturday, July 9, 2011

HUJUNG MINGGU YANG SESAK

Hari ini seperti sedia maklum...hari demo BERSIH yang pada mulanya untuk menyuarakan hasrat hati agar pilihanraya yang akan datang memenuhi kehendak yang telah ditetapkan oleh BERSIH. Menyuarakan hak rakyat katanya. Tapi bagi aku banyak lagi cara lain yang boleh digunakan. Bukan dengan cara berdemo di jalan raya...dan yang pasti menyusahkan orang lain. Ada yang mengambil kesempatan untuk mencetus huru-hara. Dan akhirnya, insan-insan seperti aku yang mengalami kesusahan. Ingat yer...tidak semua orang bercuti pada hari Sabtu. Aku kerja tau... pagi perjalanan cukup lancar tetapi perjalanan pulang....sampai ada yang terpaksa berpatah-balik ke pejabat kerana terlalu sesak sehingga membazir minyak kereta. Terpaksa le melepak di pejabat sementara keluarga di rumah tertunggu-tunggu.

Kemudian, ada pula yang buat kenduri. Tak kisah lah kenduri apa tetapi yang pasti kenduri perkahwinan pasti yang mengalami kerugian besar. Tetamu yang diundang tidak dikunjung tiba. Sudah pasti ini menjadi kenangan 'terindah' mereka. Abis tu, kos yang dah dilaburkan untuk menjamu tetamu siapa nak tanggung. Sesapa yang membuat kenduri hari ini, bersabarlah...

Bagaimana pula dengan nasib peniaga di kawasan terbabit? Sudah tentu mereka terpaksa menutup perniagaan kerana sudah pasti kujungan ke sana. Sepatutnya, malam ini ada pasar malam tetapi aku rasa tak ramai yang pergi... bersabarlah..

Aku tidak salahkan pihak PDRM dan memang tugas mereka menjaga keamanan. Jika mereka tidak melakukan apa yang mereka lakukan pada hari ini, aku rasa ada yang lebih dahsyat. Mana yang tercedera jangan letak kesalahan ke atas orang lain. Anda yang pilih untuk menghadiri demo ini sedangkan anda ada pilihan untuk duduk di rumah. Ungkap lah sejarah....kenang kembali perjuangan nenek moyang kita yang berusaha untuk memastikan kita hidup dalam suasana aman dan damai ini. Jangan lah menang sorak..kampung tergadai...apabila dah huru hara..baru lah kita menyesal ..menangis...ingatlah keluarga kita..ingatlah anak-anak yang tidak mengerti apa-apa. Adakah kita hendak menyediakan masa depan yang tidak tentu arah kepada keturunan kita...fikirkan lah...


Friday, July 8, 2011

MISI YANG TELAH LAMA HILANG

Hmm misi apa yerk? Ha ha biasa ler misi kaum hawa ...apa lagi kalau tak menguruskan badan. Misi aku yang satu ini asyik tenggelam timbul jerk. Mungkin tidak sabar nak tengok hasilnya, aku dok mengamalkan diet ketat...dan lama-lama...seluar baju aku yang ketat sebab aku jadi give-up... Tapi kali ini aku menggunakan pendekatan yang berlainan. Aku tetap makan macam biasa...makan apa yang aku teringin (tapi bukan selalu) tetapi aku hadkan kuantiti. Selalunya, pagi kalau beli breakfast..aku suka makanan berat dan letak banyak-banyak..tambah telur goreng dan sambal. Siap bungkus air manis lagi. Tapi sejak dua minggu lalu, aku still ambil breakfast berat tetapi kuantiti jadi setengah, telur tetap ambil dan sambal...tapi air manis aku dah tak ambil. Minum air masak mati jer...

Tengahari pun sama, still makan nasi tetapi..nasi setengah dan lauk, sayur dan kuah dikurangkan. Tiada minuman manis. Malam pula...aku makan roti..kadang-kadang telur goreng ... hasilnya...selepas dua minggu...from 95 kg aku turun 93 kg. Wah...lagi bersemangat dan start minggu ini aku mula aktif membuat latihan fizikal. So dah bersemangat giler...aku telah membuat weight loss tracker .. free jerrr..klik Myfitnesspal nanti aku akan ambil gambar apa yang patut..doakan aku berjaya mencapai 60 kg before end of the year..Amin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...