Sunday, July 24, 2011

DUA MINGGU BERLALU CUMA 1 KG JER

Hu hu cuma 1 kg jer selama dua minggu ini. Frust...tapi kena kuatkan semangat. Tiada sapa yang perlu dipersalahkan cuma diri sendiri. Mana taknya..minggu lepas tiga hari menghadiri kursus dan makanannya sungguh enak-enak belaka. Sarapan sehingga minum petang dan tiga hari itu juga la aku tak boleh nak main ping-pong. 

Minggu ini pun macam sama jerk...sebab dah macam tak boleh nak kawal. Kalau dua minggu lepas boleh makan separuh tapi mak ai..penuh pinggan. Tolong-tolong..Nasib baik hari-hari yang berlalu aku masih cergas bermain ping-pong di samping melakukan kerja harian yang aktif. Minggu ini aku kena jaga balik sistem pemakanan aku. 
Hari ini dan juga hari sebelum-belumnya aku cukup malas. Nak kemas rumah pun malas. Nak basuh baju pun malas. Yang tak malas...window shopping. Ok ler..aku nak merancang aktiviti aku untuk next week.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...