Saturday, July 9, 2011

HUJUNG MINGGU YANG SESAK

Hari ini seperti sedia maklum...hari demo BERSIH yang pada mulanya untuk menyuarakan hasrat hati agar pilihanraya yang akan datang memenuhi kehendak yang telah ditetapkan oleh BERSIH. Menyuarakan hak rakyat katanya. Tapi bagi aku banyak lagi cara lain yang boleh digunakan. Bukan dengan cara berdemo di jalan raya...dan yang pasti menyusahkan orang lain. Ada yang mengambil kesempatan untuk mencetus huru-hara. Dan akhirnya, insan-insan seperti aku yang mengalami kesusahan. Ingat yer...tidak semua orang bercuti pada hari Sabtu. Aku kerja tau... pagi perjalanan cukup lancar tetapi perjalanan pulang....sampai ada yang terpaksa berpatah-balik ke pejabat kerana terlalu sesak sehingga membazir minyak kereta. Terpaksa le melepak di pejabat sementara keluarga di rumah tertunggu-tunggu.

Kemudian, ada pula yang buat kenduri. Tak kisah lah kenduri apa tetapi yang pasti kenduri perkahwinan pasti yang mengalami kerugian besar. Tetamu yang diundang tidak dikunjung tiba. Sudah pasti ini menjadi kenangan 'terindah' mereka. Abis tu, kos yang dah dilaburkan untuk menjamu tetamu siapa nak tanggung. Sesapa yang membuat kenduri hari ini, bersabarlah...

Bagaimana pula dengan nasib peniaga di kawasan terbabit? Sudah tentu mereka terpaksa menutup perniagaan kerana sudah pasti kujungan ke sana. Sepatutnya, malam ini ada pasar malam tetapi aku rasa tak ramai yang pergi... bersabarlah..

Aku tidak salahkan pihak PDRM dan memang tugas mereka menjaga keamanan. Jika mereka tidak melakukan apa yang mereka lakukan pada hari ini, aku rasa ada yang lebih dahsyat. Mana yang tercedera jangan letak kesalahan ke atas orang lain. Anda yang pilih untuk menghadiri demo ini sedangkan anda ada pilihan untuk duduk di rumah. Ungkap lah sejarah....kenang kembali perjuangan nenek moyang kita yang berusaha untuk memastikan kita hidup dalam suasana aman dan damai ini. Jangan lah menang sorak..kampung tergadai...apabila dah huru hara..baru lah kita menyesal ..menangis...ingatlah keluarga kita..ingatlah anak-anak yang tidak mengerti apa-apa. Adakah kita hendak menyediakan masa depan yang tidak tentu arah kepada keturunan kita...fikirkan lah...


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...