Wednesday, August 24, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Wah tentu semua sedang senyum ..panjang ke telinga. Sebab tak lama lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Cuti panjang pulak tuh...seminggu. Yang pasti KL pasti sunyi. Jalan raya lenggang ..boleh bergolek-golek lah kepada sapa yang berani. Tetapi bermula Jumaat hingga Isnin pastinya jalan raya utara selatan timur barat pasti sesak sebab semua nak balik kampung. Anda bila agaknya bertolak? Saya pun tengah dok fikir ni nak keluar pukul berapa jika balik pada Ahad pagi. Kenapa tak balik Jumaat atau Sabtu? Huh...jangan lupa masih ada spesies yang kena kerja pada hari Sabtu termasuk saya. Ingat nak balik petang sabtu tapi bila fikir balik...ohh tidak sanggup untuk menempuhi kesesakan dengan kereta manual saya yang comel itu. Silap-silap sampai pagi Ahad. Lagipun I kan balik sorang so kena berhati-hati la..

So sempena Hari Raya tahun ini, apa yang anda beli untuk anda dan keluarga anda? Saya masih tercari-cari baju kurung yang sesuai...tudung yang sesuai. Lagipun harga baju kurung pun agak mahal so tunggu dah dekat nak raya...mesti harga potong habis derr. Kuih? Hmm..tahun ini saya malas nak beli kuih atau buat kuih. Sebab, emak saya memang terer bab-bab membeli kuih. Untuk elak pembaziran kuih selepas raya..baik saya jangan beli apa-apa. 

So,,selamat memandu kepada yang memandu dan ingat diri ingat keluarga. Biarlah hari raya ini kita dapat meraikannya dengan penuh rasa kesyukuran dan gembira. Amin

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...