Monday, September 26, 2011

APA IMPIAN ANDA

Apa impian anda? Tu la kan...sebenarnya kita sendiri tidak jelas dengan impian kita. Aku sendiri masih tercari-cari apa impian aku sebenarnya. Apabila dah tau impian, berani atau tidak kita berusaha mencapainya. Masa sekolah rendah, impian aku nak masuk universiti. Hmm..alhamdulillah...semasa di universiti, impian aku nak dapat kerja yang gaji lumayan... ok sekarang aku dah hampir lah kan walaupun gaji aku hanya cukup pakai makan dan bagi sikit kat mak. 

Dah hampir sebelas tahun kerja, aku mula renung kembali apa impian aku. Impian aku nak jadi kaya? Huh apa yang ditakrifkan sebagai kaya? Aku ingat nak berjinak dengan fotografi...tetapi kekangan masa dan kewangan. Ye la kan nak beli lense kamera punya lerr mahal...ribu-ribu... Kemudian aku terfikir...apa yang aku nak buat bila dah pencen. Harapkan duit EPF ...mungkin RM100,000 sekarang tidak sama RM100,000 dalam 20 tahun akan datang. Impian aku ... agar aku dapat menyara kehidupan aku semasa tua nanti...maknanya..aku kena ada sumber kewangan yang teguh, tubuh badan yang sihat dan,,,apa lagi...argh...aku masih belum jumpa impian aku...

Friday, September 9, 2011

AIR MATA KU MENITIS


Sedih dan sayu...walaupun aku tidak nampak secara visual...tetapi mendengar cerita sahaja telah membuat air mata aku menitis. Kenapa tergamak manusia ini...sanggup berlaku kejam. Kerana wang...semuanya sanggup. Malah ada yang sinis mengatakan apa yang nak dihairankan..kucing aje. Arghh..tak faham aku. Apa-apa pun kena ingat...haiwan ini juga makhluk Allah...yang dicipta untuk menetap di bumi ini. Namun, haiwan ini tidak mampu mengatakan apa yang mereka rasa dalam bahasa yang kita fahami. Sebab itu la, kita manusia ini berani buat apa sahaja sampai kadang kala rasa bangga .. sanggup menindaskan hak makhluk lain untuk hidup di bumi ini..

Kepada insan-insan yang telah berusaha menyelamatkan kucing-kucing ini...aku ucapkan syabas..dan Insya Allah..anda semua akan diberkati. Pada manusia yang berlaku kejam...ingatlah...anda juga akan mendapat balasan satu hari nanti..

Thursday, September 8, 2011

HAPPY BIRTHDAY ........


HAPPY BIRTHDAY......to me. Jangan marah sebab I wish kat diri I sendiri. Another year older huh..berapa? Hmm ..biarlah rahsia. Agaknya ..sape lagi yang sambut hari jadi seangkatan dengan I...Alecia Beth Moore atau lebih dikenali sebagai Pink. Hmm..ramai lagi yang lain tapi tak kenal....

Anyway, alhamdulillah...dan harapan semoga murah rezeki..sihat sentiasa dan panjang umur.....Amin

Monday, September 5, 2011

MAKAN TAK INGAT DUNIA

Salam semua...apa khabar hari ini? Hmm sudah mulai bekerja atau masih lagi cuti raya? Kepada yang telah bekerja..selamat kembali. Dan kepada yang masih bercuti...selamat bercuti. Hari ini ..hari Isnin. Dah tentu aku kena pergi kerja walaupun pagi tadi macam liat sikit nak bangun. Pagiku diceriakan dengan memasak nasi goreng berlada....memandangkan nasi malam tadi masih banyak. Nasi goreng ...pun banyak..so aku tinggalkan setengah untuk makan tengahari nanti memandangkan mungkin tuan kedai makan di kawasan ini masih bercuti.

Sampai di pejabat, aku membancuh secawan kopi O. Dan, member aku Miss F pula membawa nasi impit kuah kacang dan rendang. Arghh my favourite..how I can say NO...dah ler tengah rasa memang nak makan nasi impit kuah kacang sesangat. Apa lagi, sepinggan nasi impit kuah kacang jadi hidangan jam 10.00 pagi.

Khusyuk sangat dok buat keja...dah masa rehat. Ambil kunci kereta dan terus balik rumah...jangan jeles..memang rumah aku dekat dengan opis... Nasi goreng ..jadi santapan tengahari. Jam dah hampir pukul 2..terpaksa ler aku menutup TV yang ketika itu dok menayang citer Prebet Jamilah 2...sebelum ke kereta..sempat singgah di kedai..beli ais krim. Mak cik kedai siap promote kuih-kuih yang dijual..tetapi masih kuat iman di dada...sampai opis..ais krim aku korbankan.

Again dalam jam 2.30...baki nasi impit masih ada lagi...hmm aku tolong abiskan. Ditambah pulak kuih raya, kacang, kerepek...arghhhhhhhh ..abis. Kerisauan melanda..nasib baik selepas waktu pejabat ada orang ajak main ping pong...layan.

Maka, dinner aku malam ini...sandwhich telur sahaja + telur rebus sebiji. Insaf....sebab balik tadi timbang berat macam naik 1 kg...

Sunday, September 4, 2011

SELAMAT KEMBALI

Wah hari ini, ramai yang akan pulang ke rumah masing-masing setelah seminggu bercuti raya. Dan tentunya jalanraya dan lebuhraya sesak. Malah ada yang mengambil cuti sehingga esok untuk mengelakkan kesesakan. Tetapi selalunya, jika dilhat trend...hari Isnin memang selalu jem...agaknya ramai yang pulang dari kampung terus masuk pejabat. LLMinfotrafik juga melaporkan kesesakan bermula awal pagi..jam 2 pagi di sekitar tol Bentong..fuh..

Disebabkan takut turut terjebak dalam kesesakan jalanraya menyebabkan saya malas nak ke Mid Valley. Dah tentu jalanraya sibuk menerima warganya yang kembali ke KL dan juga yang sibuk beraya sana-sini. Makanya, pagi ini, saya meluangkan masa bersenam di Lake Valley. Dan sungguh tak sangka ..Lake Valley telah lengkap satu pusingan untuk laluan pelawat. Ramai juga yang berjogging hari ini.




Lepas itu, destinasi seterusnya Tesco Kajang...ermmm sampai sana baru tau Tesco dah jadi Tesco Extra. Wah..banyak yang telah berubah. Nak sarapan...satu kedai pun tak buka lagi..awal giler..belum jam 8.30 pagi dah sampai sana. Apa lagi..jalan-jalan sambil menikmati pemandangan baru di Tesco Extra. Al maklum dah lama saya tak ke sana. 

Sampai rumah...apa lagi terpaksa memulakan misi mengemas. Sebelum balik kampung tak sempat nak mengemas. Banyak sungguh kerja hari ini. ..penat...

Saturday, September 3, 2011

TEMPAT JATUH LAGI DIKENANG

Hari Jumaat lalu, seorang teman yang telah pun lama berhijrah bidang datang melawat kami. Tu lah..ingat juga dia kat kita orang. Siap bawa kuih raya. Nampaknya, penghijrahannya mendatangkan kesan yang baik. Semoga berjaya dengan bidang yang dipilih. Anyway, thanks for kuih..sedap...




Friday, September 2, 2011

KEMBALI KE PEJABAT

Hari ini saya dah mula bekerja. Biasalah...mood raya masih lagi menguasai fikiran. Tetapi, dapat juga menyiap kerja yang perlu dibuat. Malah siap mengemas workstation yang dah berserabut. Hanya saya dan seorang teman yang bekerja. Biasalah awal bulan. Banyak benda yang nak kena selesaikan sebab hari Isnin nanti pastinya hiruk-piruk. Dan, mungkin yang berbeza kami telah kehilangan seorang rakan yang telah memilih untuk berhijrah ke syarikat lain.

Sebentar tadi, baru sahaja mengemas telefon bimbit. Hampir penuh memori kad. SMS, lagu dan gambar yang tidak diingin harus dipadamkan. Tup-tup terpandang gambar ICT. Masa itu pun tak rancang nak pergi ICT. So, no camera..so terpaksa menggunakan kamera handphone yang tak seberapa...hmm better than nothing. 

Rupa-rupanya kali pertama ke ICT tahun lepas tak habis nak menjelajah. Rupanya ada rumah salji dan juga game house yang ala-ala funfair. Kebetulan sewaktu kami pergi ada macam pameran ekspo negara Timur Tengah..apa lagi layan ler...







Thursday, September 1, 2011

KEBAJIKAN YANG TAK BERAKHIR

Dah lama tak buka email. Penuh mailbox tetapi nasib baik lerr ruang mailbox gmail ini besar. Ada satu email yang saya terima dari seorang teman. Dia pun mungkin dapat daripada yang lain dan seterusnya. Dan elok saya kongsikan untuk anda semua...walaupun anda pernah membacanya tetapi tidak rugi anda membaca sekali lagi..

Rasulullah SAW bersabda, 'Bila seorang anak Adam wafat, maka amalnya terputus kecuali tiga hal iaitu:-
  • Shadaqah jariah
  • Ilmu yang bermanfaat 
  • Anak shalih yang mendoakannya
Antara shadaqah jariah yang kebajikannya tidak berakhir ialah:
  • Berikan al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca, anda mendapatkan hasanah
  • Sumbangkan kerusi roda ke hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, anda dapat hasanah
  • Berbahagi bacaan yang berfaedah dengan seseorang 
  • Bantu Pendidikan seorang anak
  • Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, anda dapat hasanah  
  • Berbahagi (kongsi) CD Quran atau Do'a
  • Libatkan dalam pembangunan sesebuah masjid melalui tenaga atau harta
  • Letakkan pendingin air di tempat umum
  • Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung dibawahnya, anda dapat hasanah
Atau banyak lagi yang boleh kita lakukan. Tetapi perlu diingat biarlah kita melakukannya dengan ikhlas.

ALREADY BACK TO KL

Hai semua..alhamdulillah...dah selamat kembali ke KL. Esok dah mula bekerja. Al maklumlah..cuti sikit so kenalah berjimat-jimat. Takut ada hal yang lebih penting. Bagaimana dengan raya anda semua? Hmm ..hari raya saya kali ini asyik berjalan dalam dua hari ini. Hari raya pertama, biasalah bawa mak balik kampung jumpa sanak-saudara sebelah mak. Adik dan isteri pula beraya di rumah mak ayah mentuanya. Biasalah bila balik kampung ramai ler sanak saudara. Sepupu semua bawa balik anak-anak. Saya? Bawa balik anak kucing jer... Oleh kerana masih membujang dalam seusia ini, saya telah menyediakan jawapan yang boombastik bila orang bertanya bab kahwin. Nasib baik tak banyak yang bertanya...

Hari kedua, saya, mak, adik dan isterinya beraya ke rumah kakak di Jengka 20. Dulu macam kejap jer dah sampai...tapi sejak ada lebuhraya pantai timur ni senang la...tak yah nak tempuh bandar. Kemudian pergi ke Felda Purun...ini lagi jauh. Penat juga...total hampir 500 km. 

So, hari saya dah balik KL. Esok kerja. Hmm...so kepada sesiapa balik KL hujung minggu ini berhati-hatilah..jalan kemungkinan sesak dan rancanglah perjalanan anda. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...