Thursday, September 1, 2011

ALREADY BACK TO KL

Hai semua..alhamdulillah...dah selamat kembali ke KL. Esok dah mula bekerja. Al maklumlah..cuti sikit so kenalah berjimat-jimat. Takut ada hal yang lebih penting. Bagaimana dengan raya anda semua? Hmm ..hari raya saya kali ini asyik berjalan dalam dua hari ini. Hari raya pertama, biasalah bawa mak balik kampung jumpa sanak-saudara sebelah mak. Adik dan isteri pula beraya di rumah mak ayah mentuanya. Biasalah bila balik kampung ramai ler sanak saudara. Sepupu semua bawa balik anak-anak. Saya? Bawa balik anak kucing jer... Oleh kerana masih membujang dalam seusia ini, saya telah menyediakan jawapan yang boombastik bila orang bertanya bab kahwin. Nasib baik tak banyak yang bertanya...

Hari kedua, saya, mak, adik dan isterinya beraya ke rumah kakak di Jengka 20. Dulu macam kejap jer dah sampai...tapi sejak ada lebuhraya pantai timur ni senang la...tak yah nak tempuh bandar. Kemudian pergi ke Felda Purun...ini lagi jauh. Penat juga...total hampir 500 km. 

So, hari saya dah balik KL. Esok kerja. Hmm...so kepada sesiapa balik KL hujung minggu ini berhati-hatilah..jalan kemungkinan sesak dan rancanglah perjalanan anda. :)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...