Thursday, September 1, 2011

KEBAJIKAN YANG TAK BERAKHIR

Dah lama tak buka email. Penuh mailbox tetapi nasib baik lerr ruang mailbox gmail ini besar. Ada satu email yang saya terima dari seorang teman. Dia pun mungkin dapat daripada yang lain dan seterusnya. Dan elok saya kongsikan untuk anda semua...walaupun anda pernah membacanya tetapi tidak rugi anda membaca sekali lagi..

Rasulullah SAW bersabda, 'Bila seorang anak Adam wafat, maka amalnya terputus kecuali tiga hal iaitu:-
  • Shadaqah jariah
  • Ilmu yang bermanfaat 
  • Anak shalih yang mendoakannya
Antara shadaqah jariah yang kebajikannya tidak berakhir ialah:
  • Berikan al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca, anda mendapatkan hasanah
  • Sumbangkan kerusi roda ke hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, anda dapat hasanah
  • Berbahagi bacaan yang berfaedah dengan seseorang 
  • Bantu Pendidikan seorang anak
  • Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, anda dapat hasanah  
  • Berbahagi (kongsi) CD Quran atau Do'a
  • Libatkan dalam pembangunan sesebuah masjid melalui tenaga atau harta
  • Letakkan pendingin air di tempat umum
  • Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung dibawahnya, anda dapat hasanah
Atau banyak lagi yang boleh kita lakukan. Tetapi perlu diingat biarlah kita melakukannya dengan ikhlas.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...