Sunday, January 22, 2012

SEMAKIN PELIK

Aku semakin pelik dengan Streamyx..ntah di mana silapnya. Sejak 17 Jan lalu...selepas aku menulis post di blog..Streamyx aku terganggu..tak boleh nak masuk Internet langsung. Aku dah mula fed-up nak call 100 nak buat report sehingga hari ini memang perasaan aku tak dapat dibendung lagi..akhirnya aku call. Aku ceritakan sejak bila masalah ini berlaku dan apa tindakan yang telah dibuat. Mula-mula tenang tetapi aku dah jadi panas jer..dengan pertanyaan berulang. Nasib ler customer service tuh nada dia OK ..seolah memahami akan masalah aku (memang dia orang ni dilatih untuk tahan dengan makian pengguna).. tapi Internet masih tidak dapat masuk lagi. Kemudian aku terima call daripada operator tersebut..dia maklumkan akaun Internet aku tidak aktif..mungkin disebabkan bayaran. APA??? Temperature aku terus naik ler...macam mana pula ada masalah bayaran. Sejak aku melanggan pakej Streamyx ni, setiap bulan aku bayar...sama jer kitarannya. Kalau ada masalah bayaran, kenapa tak cakap masa aku buat laporan terdahulu. Dengan nada perlahan, dia nasihatkan aku call bahagian bil dan minta aktifkan kembali akaun. MAKNANYA AKU KENA TUNGGU HARI RABU. Arghh ....bengang ler...dah bayar kata ada masalah bayaran. Masa buat laporan yang dulu, tak de lak cakap pasal tak aktif sebab masalah bayaran. Technician sampai datang rumah...kata lak modem aku rosak. Macam mana ni??? Macam-macam alasan tapi sebab utama masih lagi jadi tanda tanya....memang aku semakin pelik...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...