Sunday, February 5, 2012

SALAM MAULIDUR RASUL

Salam Maulidur Rasul... tapi kekadang ada yang keliru dengan Maal Hijrah. Sedihkan? Maulidur Rasul adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad s.a.w iaitu pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada 12 Rabiul Awal Tahun Gajah. Maal Hijarah pula adalah permulaan Tahun Baru bagi kalendar Islam. Semoga, sempena Maulidur Rasul kali ini, kita dapat mengubah sikap kita dan mencontohi sikap Baginda. 

Bercerita pasal sikap, semalam usaha aku mula menampak hasil walau pun agak sedikit tapi hati aku macam rasa puas. Mencungkil kreativiti di kalangan pekerja ..dan mereka nampaknya sudah mula mendapat idea..perlaksanaan masih dalam progress. Tapi tak pe...sekurang-kurangnya mereka pula cuba mencari jalan untuk menyelesaikan masalah secara berkumpulan. Yang penting aku kena beri mereka semangat dan hargai usaha mereka.


Friday, February 3, 2012

AKHIRNYA ...

Hi semua...akhirnya dapat juga aku menulis blog aku. Ye la..Streamyx line aku masih bermasalah. Ya..ya ..I know hari Sabtu dah OK even hari Ahad..one whole day aku dapat berinternet tetapi hari Isnin, masalah masih timbul. Macam chipsmore...kejap ada kejap tak de. Tiba-tiba aku terfikir..ker ada orang yang mencuri line aku ke? Atau pun memang streamyx sudah mula lembap? Ntahlah..aku pun dah naik menyampah nak call TM. Asyik benda yang sama. Tu la ..nak terminate..akaun yang kononnya 1.0Mpbs ni belum cukup setahun. So kalau aku nak terminate..aku lak kena bayar...tapi tu ler akaun dah tak bagus..tak guna pun ..kena bayar gak. 

Aku bertekad untuk tamatkan akaun streamyx aku ni gak nanti...so aku dah membeli Celcom Broadband. Yes..sebab mobile broadband ini lah aku boleh menyambung sesi luah rasa....Lepas ni..tak de ler korang membaca luahan rasa pasal streamyx dari ku lagi...Ok la..aku ingin belayar lagi...see U next time and take care..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...