Sunday, February 5, 2012

SALAM MAULIDUR RASUL

Salam Maulidur Rasul... tapi kekadang ada yang keliru dengan Maal Hijrah. Sedihkan? Maulidur Rasul adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad s.a.w iaitu pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada 12 Rabiul Awal Tahun Gajah. Maal Hijarah pula adalah permulaan Tahun Baru bagi kalendar Islam. Semoga, sempena Maulidur Rasul kali ini, kita dapat mengubah sikap kita dan mencontohi sikap Baginda. 

Bercerita pasal sikap, semalam usaha aku mula menampak hasil walau pun agak sedikit tapi hati aku macam rasa puas. Mencungkil kreativiti di kalangan pekerja ..dan mereka nampaknya sudah mula mendapat idea..perlaksanaan masih dalam progress. Tapi tak pe...sekurang-kurangnya mereka pula cuba mencari jalan untuk menyelesaikan masalah secara berkumpulan. Yang penting aku kena beri mereka semangat dan hargai usaha mereka.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...