Sunday, March 18, 2012

SECRET GARDEN ..

Hello..lama betul dah menulis blog ni. Sorry guys..sibuk dengan tugas harian .. dan macam-macam berlaku dalam sebulan ni..tapi apa yang penting...arghh aku telah dilanda demam Secret Garden. Yeah..drama Korea la... I know..citer ni dah lama tapi aku baru tahu... itu pun lepas dok tengok promo di Astro Prima. Masa tayangan lak jam 1.00 pm hingga 2.30pm. Susah nak tengok ler..sebab kerja daa...so aku sibuk ler cari dalam internet..akhirnya...20 episod dalam 3 hari. Secret Garden..lakonan Hyun Bin dan Ha Ji Won...memang serasi betul lakonan mereka termasuklah pelakon-pelakon yang lain.

 
Memang aku dapat rasakan keikhlasan cinta di antara Kim Joo Won dan Gil Ra Im...hmm ada ke lelaki yang macam Kim Joo Won yang sanggup berkorban untuk seorang wanita yang dicintainya...apa yang menyebabkan dia jatuh cinta dengan Gil Ra Im sedangkan wanita ini memang tidak memenuhi kriteria calon untuk dijadikan isterinya..ha..itu anda kena tengok sendiri..

Secret Garden juga membuat aku gelak, ketawa, sedih, kagum dan semuanya indah...sesapa yang belum tengok...sila la menonton...misi aku pulak..nak beli koleksi DVD Secret Garden...dan aku akan tengok berulang-ulang kali sebab drama ini memang BESTTTTTTTT!!!

Dalam SG..Hyun Bin nampak kurus sikit..tetapi still hensem :). Ok la..itu aje untuk hari ini...tak lupe..kredit gambar untuk En Goggle..and Secret Garden KD

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...