Monday, April 30, 2012

APA RM2++

Wah hari ini cuti..bukan public holiday ...annual leave. Ingatkan nak balik kampung tetapi my family lak yang datang KL. Tetapi dia orang balik gak hari ni...sebab katanya nak balik kampung esok. Well, aku pun penuhi cuti aku hari ini dengan berjalan-jalan ke KL. Tempat pertama dah tentu PWTC..Pesta Buku 2012. Memang dah budget nak beli buku...something about my work, management...so since hari ini hari bekerja...aku menjangkakan tak ramai berbanding esok yang sudah pasti sesak. 

Aku mulakan perjalanan dengan mengambil ERL..dari Putrajaya. TQ to our government..sebab menyediakan perkhidmatan yang selesa...mmm rasanya idea Tun M. So, aku ambil sampai Bandar Tasik Selatan dan tukar ke LRT untuk ke PWTC. Masih lagi sibuk dengan kerja penambahbaikan....suasana menanti LRT agak tidak selesa. Sampai PWTC..aku mengatur langkah...terus ke PWTC...wah ramai gak pengunjung...terutama budak sekolah...adeh...aku pun mula dengan tingkat atas...then jumpa satu booth yang menjual buku ilmiah..aku tertarik nak beli buku ilmiah ini...kecik jer bukunya..so aku expect dalam RM80 - 100 sebab takde tanda harga pun. Tetiba nak bayar..RM2++ ..itu selepas diskaun. 


Macam tak percaya pun ada...nasib baik tak ambil buku yang tebal. Aku pun tertanya-tanya...mana la tau ada ambil kesempatan...tapi lain kali penganjur PESTA BUKU perlu mewajibkan meletak harga dalam RM la....senang. Tak semua orang suka nak bertanya di kaunter ...So since aku boleh claim semasa penjelasan cukai pendapatan..aku pun beli ajer la...lagipun susah nak dapat buku ni kat kedai-kedai biasa aku pergi...

Buku apa lagi aku beli? Hmm itu jer...macam tak de mood...lagipun terlalu ramai orang dan susah nak cari publisher yang aku nak. So aku pun ambil LRT ke Masjid Jamek. Then dari situ baru ler aku ke KL Sentral. Al maklumlah dah lama tak naik LRT ..rupanya aku boleh terus je beli tiket ke KL Sentral tanpa keluar...ha ha..tapi tak pe la...pengalaman.

Dari KL Sentral terus ke Putrajaya...dan akhirnya ke Tesco Kajang. Ahaks...masa pergi Pesta Buku tak de teringin nak beli majalah..tetapi kat Tesco..leh lah beli majalah..salah satunya Mastika yang telah lama aku tinggalkan...

Petang sampai rumah...penat..dan sambung layan Secret Garden...rindunya kat HB..ahaksss

 

Saturday, April 28, 2012

KONONNYA BANTAH DAN DUDUK JER

Hari ni 28 April 2012..ada demo Bersih 3.0 di Dataran Merdeka. Kononnya kali ni cuma Bantah dan Duduk tapi wall FB aku penuh dengan insiden yang sepatutnya tidak berlaku. Semuanya memang telah dijangkakan oleh pihak polis..sebab itu polis ambil tindakan tutup beberapa jalan ke bandaraya. Lepas tu salahkan lak Polis. Polis dah tentu menjalankan tugas untuk menjaga keamanan.

Aku bersyukur dilahirkan di Malaysia. Aman, Damai. Korang tak suka ke? Ingatlah..jangan sampai jadi macam beberapa negara di timur tengah. Ingat...ada orang suka tengok kita tidak aman..ada orang suka tengok kita tidak bersatu. Apabila kita tidak bersatu, tidak aman...kita mulai lemah dan pada masa itu lah..orang ini akan menonjolkan belangnya. Ingatlah...banyak kisah dan sejarah yang seharusnya kita jadikan teladan. Ingatlah keluarga kita,,,kalau tak aman..macam mana kita nak cari rezeki...macam mana keluarga kita, anak-anak kita..jangan lah kedegilan kita memusnahkan impian mereka...sorry lah CikHan emo sikit hari ini...

Friday, April 27, 2012

KEKAL MUDA

Seorang teman telah menghantar email How To Stay Young ..

Throw out nonessential numbers. This includes age, weight and height. Let the doctors worry about them. That is why you pay 'them'

Keep only cheerful friends. The grouches pull you down.

Keep learning. Learn more about the computer, crafts, gardening, whatever. Never let the brain idle. 'An idle mind is the devil's workshop.' And the devil's name is Alzheimer's.

Enjoy the simple things.

Laugh often, long and loud. Laugh until you gasp for breath.

The tears happen. Endure, grieve, and move on. The only person, who is with us our entire life, is ourselves. Be ALIVE while you are alive.

Surround yourself with what you love , whether it's family, pets, keepsakes, music, plants, hobbies, whatever. Your home is your refuge.

Cherish your health: If it is good, preserve it. If it is unstable, improve it. If it is beyond what you can improve, get help.

Don't take guilt trips. Take a trip to the mall, even to the next county; to a foreign country but NOT to where the guilt is. 

Tell the people you love that you love them, at every opportunity. AND ALWAYS REMEMBER :
Life is not measured by the number of breaths we take, but  by the moments that take our breath away.

LOVE HIS SMILE...

Semalam aku telah menulis entry baru tetapi apabila tekan UPDATE...rupanya tak update. Penat aku dok cerita pasal Hyun Bin...rupanya tak keluar post...By the way jika anda peminat Hyun Bin jangan lupa vote Hyun Bin di Top Hallyu Star Lagi satu..ada aku terjumpa FB Secret Garden KD..wah lagi ler menjadi-jadi kegilaan aku..lebih-lebih bila lihat gambar dia senyum...CAIR ..








Wednesday, April 25, 2012

MEETING...CANCEL...SHORT NOTICE

Ha ha..hari ini macam kelam kabut jer hidup aku...meeting pagi dan petang...pada masa yang sama ada juga meeting yang melibatkan aku di tempat yang lain. Abis? Aku bukan ler bakteria yang boleh membahagi dua dalam masa beberapa jam. So, terpaksa korbankan salah satu...dan menghantar wakil yang lain. Itu pun wakil tuh dok sibuk suruh aku pergi..apsal dia tak faham ker...apa yang nak ditakutkan dengan meeting itu...aku tak de pun ..tiada apa yang perlu dirisaukan jika kita tahu kita telah melakukan yang terbaik...

Meeting pagi berjalan dengan lancar...dan quite positive and ada hala tuju. Meeting petang pun berjalan dengan baik...tetapi kena abis awal sebab ada short notice meeting di tempat lain...semua kena hadir. Sedang meeting petang berlangsung...aku telah dimaklumkan meeting yang wakil itu pergi ditunda...wahal...dia orang dah dalam perjalanan...arghhh..errr tak faham? Tak per...tak penting pun..janji meeting yang aku hadiri berjalan dengan baik.. :)

 


Sunday, April 22, 2012

WORKING ON SUNDAY

Ha ah...yes..hari ini aku bekerja. Terlalu banyak kerja dan dateline yang kena penuhi bermula hari esok. Pagi Ahad ku bermula dengan beriadah di Lake Valley. Dan tak sangka...selalu satu pusingan jer..but today...aku berjaya membuat dua pusingan. Kenapa? Sebab kali ini aku berjogging sambil mendengar lagu dari Secret Garden. Seolah-olah macam Hyun Bin tengah jogging dengan aku sekali.. jangan marah ek... 

Lepas jogging, beli sarapan dan makan di pejabat. Kemudian terus siapkan minit mesyuarat dan signage location. Ingatkan nak tolong bebudak finalize presentation diaorang..tapi tak siap lagi. Maknanya esok jer la aku buat selepas kursus. 

Jam 1 lebih, aku start merayau ke AEON...then finally tersadai di Thai Odyssey...urut kaki dan bahu. Fuh lepas tu macam ringan jer.. kemudian ke Carrefour .. beli barang...tapi abis masa dok beratur nak bayar. Nape ler tak buka kaunter banyak sikit. Sampai rumah..he he ..layan Secret Garden.. hmm episod 5 & 6 jer.. 

Tapi hari ini...walaupun aku banyak kerja tetapi aku rasa macam happy jer.. rasa tenang..so alhamdulillah..harap berterusan so I can be a cool and positive person .. Amin. Ok lah..sekarang tengah menonton citer Killers...see you all another time.

SECRET GARDEN,,,,,

 

 Kredit to SG

Yes... I watch it again...Secret Garden...for fourth times... I also don't know how I can become like this...or may I choose to be like this??? Who's care..as long I feel happy and energetic after watch this drama..luv Hyun Bin..luv Ha Ji Won...

Sunday, April 15, 2012

LANDASAN CINTA

Sebenarnya CikHan ni tak de le minat dengan Shah Jazle dan Tasha Shila (ni pun CikHan kenal sebab gossip dan menang anugerah bintang popular)..tapi malam tadi selepas menonton cerekarama LANDASAN CINTA ...macam tetiba suke kat both of them (ermmm Hyun Bin macam mana? arghh still the man in my heart)..macam serasi dia orang berdua..best sesangat..dan jalan cerita yang menggunakan pendekatan yang berbeza. Antara scene yang CikHan suka bila Nisha berlanggar dengan Umar dan tetiba jer jumpa Kak Kathy & Hubby...si Umar terus jer berlakon jadi tunang Nisha.... 


Antara dialog yang terpahat.. "Tak salahkan berangan...bukan kena bayar pun." Apabila dah abis percutian Nisha di Perth, mereka terpaksa akur yang mereka mungkin tak de jodoh sebab mak Si Umar ni dah ada calon...dan Umar pun ikut jer sebab dia tak pasti potensi hubungan dengan Nisha...tapi akhirnya..impian Nisha jadi kenyataan...nak cari husband keje PILOT ... nice story,..kredit dekat penulis jalan cerita dan skrip...serta seluruh produksi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...