Tuesday, May 22, 2012

HYUN BIN LAGI?????

Kredit to Wikipedia
Semalam CikHan berjaya meluang masa dok menonton Millionaire's First Love...kat channel mana? Ermm nih CikHan beli DVD ..hari Jumaat lalu kat Speedy Video Giant Shah Alam....dan citer nih masih lagi mampu membuat CikHan menangis..dan rasa nak menonton sekali lagi..bukan setakat nak tengok wajah ensem Hyun Bin jer tau...citer dia pun ok..touching ..sedey...

Walau apa pun...misi CikHan nak mengumpul cerita lakonan Hyun Bin is in progress...di samping beberapa cerita Korea yang CikHan rasa nak menonton...he he...oh tidak..CikHan dah jadi peminat KDrama pula...

Kalau lah dibuka semula lembaran sejarah..CikHan ni memang minat cerita drama-drama ala-ala Chinese look ni...masa sekolah dulu, CikHan memang penonton setia drama-drama Hong Kong jam 6 petang. Sampai tak nak pergi tuisyen...sanggup berhenti tuisyen. Masa tu la kan zaman era Leslie Cheung, Leon Lai, Anita Mui...ramai lagi la...kenal muka tetapi nama tak tau... citer paling best ialah Breaking Point. Lepas tu mula beralih drama Jepun lak..termasuk lah animasi. He he sebab kegilaan ini juga lah CikHan tak mau pergi sekolah asrama penuh walaupun SRP cemerlang. Mak CikHan membebel jer..tapi arwah Ayah CikHan memang rileks..tak de nak paksa anak dia pi asrama penuh. Biasa la mak bapak mana tak nak yang terbaik untuk anaknya kan...

Tapi .. abis SPM..CikHan terpaksa say bye bye kat my TV..kali ini tak leh nak menolak dah...demi masa depan..kena juga la kan melanjutkan pelajaran ke Asasi Sains..kalau tak ..nak jadi apa lak.. so sejak itu CikHan dah tak ikuti sangat drama HK dan Jepun. TV asrama memang ada tetapi kan kena tengok ramai-ramai...masa tu la zaman X-Files tengah glamer...Anyway lepas kerja ...dah boleh beli TV ..pun masih tidak dapat menyambung gak..masa lak jadi masalah. Kerja banyak...anyway thanks to technology...now boleh menonton di online...tetapi macam tak puas...skrin kecik ...tuh yang mana-mana citer best..CikHan beli ajer DVD...senang kan... mmmm tak sabar nak tunggu drama lakonan Hyun Bin seterusnya ...miss him.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...