Friday, June 29, 2012

SUPER JUNIOR NEW ALBUM

                                Yep...Album Super Junior yang baru akan keluar. 1 July 2012. Yang CikHan kongsikan ini teaser untuk album terbaru mereka..hu hu...sama-sama kita tunggu..ok la CikHan nak sambung citer Oh My Lady lagi...hu hu..

Friday, June 22, 2012

MR SIMPLE ...SUPER JUNIOR

Haaa..inilah video Mr Simple...nyayian Super Junior...best gak..lagu catchy dan tarian dia orang memang best. Mana lah CikHan tak terpaut...lagi satu memang berbeza dengan lagu mereka mula-mula penubuhan SuJu..mungkin mereka kan dah jadi 'man'...dan bukan 'boy'..ok la..nih nak layan video dia orang yang lain lak...Enjoy..

Thursday, June 21, 2012

TERMINAT SUPER JUNIOR

Super Junior..? Ha ha..tu la kan...dan lebih lima tahun Super Junior ditubuhkan ..tetiba CikHan terminat lak kumpulan ni atau juga dipanggil dengan SuJu. Seingat CikHan pernah terdengar lagu Korea di radio...masa tu belum bertemu SeGa. Kebetulan soalan yang terkeluar..lagu sapa ni? Anak kawan CikHan jawab...SuJu. SuJu? Super Junior... masa tuh mulut CikHan cuma terkeluar OOOOO. Masa tu nama Super Junior memang ler CikHan tau...salah satu kumpulan terkenal dari Korea.
So macam mana terminat? Hmm semuanya bermula dengan Skip Beat ... ye la kan Siwon dan Donghae berlakon. Kebetulan lagu intro, SOLO nyanyian Super Junior M (baru tau Super Junior nih banyak sub group). Best la pulak dengar walaupun dalam bahasa Mandarin, Dok cari kat Internet pasal Siwon dan SOLO...tangan pun gatal klik kat video Mr Simple...wah...tergoda...dah lagu catchy lepas tu tarian dia orang memang superb...klik video lain lak..Sorry, Sorry,Sorry...No others....hmm melekat ler...hari-hari nak tengok...satu lagu satu tarian. Huh macam mana la dia orang boleh ingat steps tarian tuh. Ok la...CikHan nak layan lagu SuJu lak...nanti CikHan kongsikan dalam blog ni..


Sunday, June 17, 2012

SKIP BEAT TETAPI SEGA TETAP DI HATI

Salam Ahad semua..ha ha akhirnya Secret Garden yang ditayang di 8TV telahpun tamat...dan seperti biasa..dan yang ke enam kalinya CikHan tetap tersenyum puas. Dan terbaru...jeng..jeng... SKIP BEAT ..cerita Taiwan + Korea..sedang ditayangkan di 8TV setiap Sabtu 6.30 pm. 

Kredit to Google

Minggu depan ni baru nak masuk episod 5. Ceritanya mengisah seorang gadis yang telah bersusah payah menyara BF nyer telah ditinggalkan oleh BFnya setelah popular jadi penyanyi. Dia berazam untuk menjadi artis dan dia juga bertemu dengan pelakon lelaki popular yang mengajarnya untuk menjadi artis terkenal....adakah mereka jatuh cinta? Adakah mereka pernah kenal sebelum dewasa? Itu antara persoalan yang bermain difikiran CikHan...semuanya ada 15 episod...maknanya CikHan perlu bersabar lah...nak tau endingnya. Harap jangan ending tergantung...arghhh tension lak CikHan nanti...atau CikHan tak sabar...nonton kat online atau beli DVD...ha..ha sama-sama kita nantikan. 

Dan heronya, 
Kredit to Google
Choi Si Won...rupanya salah satu anggota Super Junior ha ha...lepas ini jangan mare kalau CikHan jadi peminat Super Junior lak...hensem dowh... dan sebenarnya koleksi drama & filem Hyun Bin masih belum mencukupi tetapi terlalu banyak lah agenda nak beli drama lain.. Lie to Me, My Lady, Skip Beat....hu hu...bonus...bonus...bila nak masuk ni....dan alamak..CikHan dah alami KDrama fever lah...

Monday, June 11, 2012

Hyun Bin (Version) "그남자 (That Man)" Secret Garden OST Part 5

Dah menonton banyak kali pun ..hati CikHan masih tersentuh ... lebih-lebih lagi bila adegan Kim Joo Won ..menulis surat untuk Gil Ra Im ..memang ler jejaka idaman gadis...sanggup korbankan segala-galanya demi gadis yang dicintai ...surat KJW yang telah diterjemahkan 

I’m letting you know beforehand that you are the first and last “poor neglected neighbor” to ever get a letter from society’s leader, Kim Joo Won. So be proud of yourself. 
It is an afternoon when the wind shakes the branches of the trees. I hope that when you read this letter, it is the same kind of afternoon. I hope that you are able to see what I saw. If you stand by the window where I stood, sleep on the bed where I slept, and read the books that I read, with that, let’s say that we are together. Let’s say that we are happy like other lovers..
Finally now I think that perhaps the magical spell we are under is a gift from the heavens. So laugh like a person who received an unexpected gift; if you laugh with your heart, I’ll hear that laughter. Because I am a more able person than you think.
So.. shave my face nicely, and dress in the clothes that I like. With that, let’s say that we are together. Let’s just pretend that we are happy.. just like the other lovers. 
-Kim Joo Won-
Secret Garden (kredit to Secret Garden)

FENOMENA KDRAMA & KPOP

Semalam terbaca artikel dalam Harian Metro .. tentang kalau dah suka KPop dan KDrama. Memang...memang sanggup bersekang mata...macam CikHan terkena tempias Secret Garden .. 20 episod dalam tiga hari...perghh..memang ler sanggup bersekang mata kerana ingin tahu apa yang berlaku seterusnya. Sekarang ni dah masuk 6 kali menonton SeGa....pelikkan?

Seingat CikHan ..masa CikHan muda remaja .. orang tak tahu apa itu Kpop...apa itu KDrama..tetapi sekarang muzik dan drama Korea mulai menguasa dunia termasuk Malaysia. Rasanya ramai peminat drama dan muzik Korea di Malaysia ini..dan dah beberapa kumpulan / penyanyi Korea telah mengadakan persembahan di negara ini termasuk kumpulan BigBang yang dengarnya akan mengadakan persembahan di sini. Terlalu ramai sampai menimbul kerisauan di kalangan penggiat seni tanah air. Tetapi tu la...kekadang kita kena kaji bagaimana mereka ini boleh menguasai dunia dalam bidang hiburan...dan mungkin kita boleh belajar yang positif untuk mengetengahkan seni Malaysia ke mata dunia. Siapa nak kaji ??? hmmmm ... tapi apa yang CikHan suka gaya dan penampilan mereka yang kemas, kalau menari lincah dan ada gaya, kalau drama .. penghayatan pelakonnya menghayati watak..sampai boleh buat orang menangis kalau ceritanya sedih..walaupun cuma menonton video muzik, lokasi penggambaran..cantik...sampai ramai ler yang nak pergi Korea ...tu la kan melalui drama pun kita boleh mempromosi pelancongan negara...so kita kena lah buat drama kita dipasarkan ke luar negara...bahasa bukan satu masalah...cuma kita kena kuatkan semangat dan berfikiran positif... fikirkan BOLEH dan MALAYSIA BOLEH!!!!

Saturday, June 9, 2012

Study Music Project - Snowflake Sonata (Music for Studying)

                              Something to share...semalam CikHan sedang sangat tension nak menyiapkan laporan demi laporan..tapi idea tak de langsung... so CikHan pu layari YouTube... then jumpa koleksi Study Music Project...wah best ler muziknye..serasi dengan jiwa CikHan...makanya dua hari ni dok layan muzik ni semasa nak menulis report..tadi siap dah laporan audit dalaman....tapi email lak tak leh nak bukak.....why?why? ..saat genting ni la email tak leh buka...

Wednesday, June 6, 2012

APA PUN TAK BOLEH

Hari ini temperature CikHan naik..bukan demam tetapi darjah kemarahan dan kebengangan. Tu lah..kekadang buat kerja ..tinggal sana-sini lepas tu hilang ..semua tak tau. Sana tunjuk situ, situ tunjuk sana. Arghhh...tension tol...dah ler nak melayan karenah-karenah orang-orang yang suka memetik jer...bukan petik buah...petik nak itu ini...semua nak kena suap..adoi...nasib baiklah CikHan masih bertahan....sabar-sabar

Monday, June 4, 2012

MY DINNER TONITE

Tadi macam kenyang ..sebab dah makan roti telur + ABC. Tapi baru jap tadi...rasa lapar lak. Nak masak resepi boombastik...tapi malas. So, akhirnya..termasaklah Telur Dadar Bersulam Bawang Lada...ha ha...kira oklah alas perut ..untuk malam ni...

Kurang cahaya...

Sunday, June 3, 2012

SPAGHETTI AGLIO OLIO

Spaghetti Aglio Olio .. kali pertama CikHan makan ketika di Secret Recipe..sebab masa tuh dah bosan nak makan spaghetti bolognaise..carbonara pun dah rasa. Tak sangka lak..sedap dowh...ha ha apa lagi pantang ke Secret Recipe .. mesti order...tapi tak semua outlet yang ada. Dan yang terbaru, try makan kat Pizza Hut...siap ada cendawan lagi..best.. Lepas tuh biasa ler teringin nak cuba...dan cari resepi di FREE RECIPES. Rupanya resepinyer senang ajer..tetapi biasa lah CikHan tambah udang ...dan hasilnya..tadaaaa

Saje je ambil gambar pelbagai sudut...classique

DREAM IN MY HEART ..ANOTHER SONG FROM HYUN BIN

CERIANYA IKLAN INI

Ceria iklan ini LOTTE DUTY FREE..yang pasti ada Hyun Bin...tuh yang macam best..hensem dowhh...

SNOW WHITE & HUNTSMAN ..

Kredit to Wikipedia

Jika anda ingat cerita ini macam cerita Snow White yang selalu kita baca atau pun dengar...memang lain. Walaupun lain tetapi masih mengekalkan adegan yang sinonim dengan cerita Snow White seperti ibu tiri dengan cermin ajaibnya, Snow White tidak sedarkan diri kerana sebiji epal, 7 orang kerdil, Prince Charming ..tapi bukan ciuman Prince yang menyedarkan Snow White tetapi Huntsman. Rasanya inilah kali pertama CikHan menonton Charlize Theron memegang watak kejam...dan yang pasti dia kelihatan cantik dan anggun. Pemilihan Kristen Stewart sebagai Snow White memang tepat. Snow White dalam cerita ini bukan sahaja perlu kelihatan cantik tetapi lasak. Dan yang mencuri hati CikHan, Eric the Huntsman. Mula-mula tengok Eric nih masa kena tumbuk dan kena rendam..mak aii..tak de selera..tetapi personalitinya, kelakuannya semasa menjaga Snow White dalam perjalanan ke Istana Duke Hammond .. jatuh cinta pula..dan memang CikHan berharap sangat Snow White memilih Huntsman sebagai King of her heart..berbanding William, sepupu beliau semasa kecil. William pun hensem tetapi ada sesuatu yang menarik tentang Huntsman.. dan CikHan baru tahu...Eric the Huntsman dilakonkan oleh Chris Hemsworth, yang pernah memegang watak Thor...haa...patut lah macam pernah tengok. 

Selepas ayah Snow White kena bunuh dengan isteri barunya, semua alam menjadi hitam..so tiada la warna-warni...CikHan dalam hati..alamak..tetapi rupanya silap...selepas berjumpa dengan orang kerdil..wah..macam alam fantasi la...nice..ending? Hmmm...rasanya dah boleh agak kan..tetapi yang jadi tanda tanya adakah Snow White dan Huntsman bercinta???? Ha..tu kena tengok la...


Saturday, June 2, 2012

I'M HAPPY ... HYUN BIN

Kredit to Hancinema



Sempena cuti hari ini...dan malas tahap gaban untuk berjalan-jalan, CikHan menghabiskan masa untuk menonton TV ajer la..Kemudian layan DVD ehem...lakonan Hyun Bin yang beli minggu lepas.. I'Am Happy. Bukan love story cuma kisah pesakit mental yang tertekan akibat tekanan hidup...dan juga kisah jururawat yang bekerja di hospital sakit mental yang menjaga ayahnya yang sakit. Penuh kemurungan dan konflik diri..jalan cerita agak slow...tidak seperti Millionaire's First Love...memang susah nak menjiwai watak pesakit mental...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...