Monday, June 11, 2012

FENOMENA KDRAMA & KPOP

Semalam terbaca artikel dalam Harian Metro .. tentang kalau dah suka KPop dan KDrama. Memang...memang sanggup bersekang mata...macam CikHan terkena tempias Secret Garden .. 20 episod dalam tiga hari...perghh..memang ler sanggup bersekang mata kerana ingin tahu apa yang berlaku seterusnya. Sekarang ni dah masuk 6 kali menonton SeGa....pelikkan?

Seingat CikHan ..masa CikHan muda remaja .. orang tak tahu apa itu Kpop...apa itu KDrama..tetapi sekarang muzik dan drama Korea mulai menguasa dunia termasuk Malaysia. Rasanya ramai peminat drama dan muzik Korea di Malaysia ini..dan dah beberapa kumpulan / penyanyi Korea telah mengadakan persembahan di negara ini termasuk kumpulan BigBang yang dengarnya akan mengadakan persembahan di sini. Terlalu ramai sampai menimbul kerisauan di kalangan penggiat seni tanah air. Tetapi tu la...kekadang kita kena kaji bagaimana mereka ini boleh menguasai dunia dalam bidang hiburan...dan mungkin kita boleh belajar yang positif untuk mengetengahkan seni Malaysia ke mata dunia. Siapa nak kaji ??? hmmmm ... tapi apa yang CikHan suka gaya dan penampilan mereka yang kemas, kalau menari lincah dan ada gaya, kalau drama .. penghayatan pelakonnya menghayati watak..sampai boleh buat orang menangis kalau ceritanya sedih..walaupun cuma menonton video muzik, lokasi penggambaran..cantik...sampai ramai ler yang nak pergi Korea ...tu la kan melalui drama pun kita boleh mempromosi pelancongan negara...so kita kena lah buat drama kita dipasarkan ke luar negara...bahasa bukan satu masalah...cuma kita kena kuatkan semangat dan berfikiran positif... fikirkan BOLEH dan MALAYSIA BOLEH!!!!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...