Wednesday, December 12, 2012

2012 ASIA SUPER SHOWCASE

Yes .. 11.12.12 tiba juga akhirnya. (^_^). So, semalam jam 1000 pagi dah sampai di KWC. Walaupun pemegang tiket VIP tetapi tetap datang awal sebab nak rasa kemeriahan (ada fans yang memang overnight kat sana) dan juga sebab nak elakkan tersangkut dalam traffic dan susah nak cari parking space. Masa turun ke Ground Floor, perghh..tu dia...rupanya dah ramai yang bersesak berbaris untuk tiket free standing. Lepas tu biasa lah..dengar bunyi jeritan-jeritan. Ha ha..paling best tengok muka orang yang lalu-lalang kat sana. Pasti diaorang hairan...apsal la bebudak ni (>_<).

Dah ramai yang bersesak-sesak beratur wahal belum jam 12pm

Masih ada yang beratur ambil cenderahati, beli tiket
Sebab masih awal lagi, CikHan pun jalan-jalan KL dulu. Kereta tinggal kat KWC. Ambil LRT ke KLCC. Saje jalan-jalan. (^_^). Tetiba masa sampai kat centre court ternampak orang pakai baju Marctensia dan dalam group. Hmm ..rupanya ada Kpop Idol sedang membeli-belah. Tapi bukan Suju M. Muka tak nampak jelas...pandang dari jauh...ambil gambar pun curi-curi (>_<) macam paparazi lak... tetapi yang paling best ada dua orang budak Chinese girls..memang tekun ikut dari belakang..lama-lama paparazi tak bertauliah bertambah bilangan...tapi CikHan tak ikut la sampai akhir...sebab masa tuh dah waktu lunch. Lapar.. Lagipun, ambil 2-3 gambar dan nak tweet pun tak boleh. Tak tau kenapa... 

Sedang membeli-belah
Ramai bodyguard

Bias siapa?

Bilangan paparazi tak bertauliah bertambah

Next destination, KL Sentral. Kenapa? Saje jer...sebab sini ada satu tempat makan yang memang CikHan suka...tapi frust sebab penuh...so terpaksa la makan di Chicken Rice Shop...dah ler tuh tunggu order punya la lama. Nak main game Anipang pun tak boleh...sebab status bateri Mr Galaxy Note tak mengizinkan. 

Lepas solat Zohor, baru kembali semula ke KWC dan lepak kat Main Entrance. Kesian kat Kedai Fashion Cafe...sebab ramai yang lepak kat meja makan di luar tapi lepak kosong la...no order. Tapi nice la dia orang..tak halau kita orang (^_^). Dah bosan duduk..round-round KWC...window shopping. Disebabkan nak elak kelaparan, apa lagi ..cari kedai makan. Sebab semasa konsert No Food / Drinks Allowed. Tengok dalam directory, ada medan selera halal di Tingkat 3A..tapi tak jumpa-jumpa...akhirnya end up makan di kedai Kopi Satu, LG Floor. Kali ni order Kopi O Ais dan Cantonese Yee Mee.

Cari Surau tak jumpa-jumpa. Lastly pergi tanya Kaunter Pertanyaan. "Surau kat Tingkat 16 tapi hari ini kena blok. Cik boleh guna surau di luar. Ikut terus...belok kanan ke arah lift..nampak loading bay...haa kat situ ada surau". Nasib baik jumpa...Solat Asar lepak sampai Maghrib...baru masuk hall. Sebelum masuk, beg kena check. Payung pun tak boleh bawa...hmm terpaksalah meninggalkan payung. "Lepas konsert nanti u boleh ambil kat LG Floor". Lepas tu baru la boleh naik lift sampai Tingkat 15. Seat CikHan belah bahagian Kanan, Row no. 7. Tu dia..masuk..perghh dah ramai. Tapi Seat VIP ..kerusi banquet...aras sama lak setiap row...kalau orang depan berdiri tentu tak nampak. Lepas tu, ada sesuatu lak yang menghalang pandangan...dan tetiba ada orang komplen kat penganjur...pasal menara lampu dan speaker yang menghalang pandangan. CikHan mula-mula bengang gak...ye la...bayar dah ler mahal...view lak tak berapa nak bagus..dalam hati berkata-kata mesti ramai yang berdiri masa konsert nih. Masa sedang menunggu konsert bermula, ada beberapa fans yang kena diberi rawatan. Rasanya sebab terlalu lama berdiri dan entah makan pun tidak. So lepas ni, memang tiket VIP jer la kena beli...

Pandangan dari Seat VIP Row 7

Ada ibubapa yang hadir temankan anak-anak

Sapphire blue
Konsert start pun dalam 8.30pm...walaupun dalam poster tulis jam 8.00 malam. Maybe dia orang nak hormat azan Isyak...sebab ada surau kawasan perumahan sekitar KWC. BTOB memulakan persembahan. So, sesetengah penonton VIP dah mula ke depan...tinggal seat masing-masing. Handbag pun tinggal...perghh nasib baik la tak de yang mengambil kesempatan. Budak-budak Marctensia pun sama...ada sorang penonton VIP minta dia orang ke tepi..ye la...kita orang bayarkan... Masa tu hall agak panas sikit la...kesian BTOB...first time datang Malaysia...pakai baju berlapis-lapis..menari lagi...panas lorr..CikHan rasa BTOB paling banyak nyanyi lagu...masa BTOB ada 3 lucky fans naik stage...bestnya dia orang...face to face...







Kemudian, EXO-M lak menyusul. Tak banyak gambar dapat ambil...sebab kena save bateri untuk SUJU-M. Dah ler tu Mr Nikon CoolPix tak bawak. Mr DLSR memang tak boleh nak bawa... NO DLSR ALLOWED..tapi ada 2-3 fans boleh lak guna DLSR...iskhh...macam mana boleh lepas..tapi lepas tu baru la Mr Security Guard sibuk la panggil...









Finally SUJU-M .. my favourite. Wow rambut Eunhyuk nampak grey... Paling banyak cakap Zhoumi dan Henry...Zhoumi fasih Mandarin .. Henry pun sama dan fasih English. Lain-lain pun cakap gak..tapi bahasa Korea...but language is not barrier.. Bestnya Eunhyuk ..always said Terima Kasih. Lepas tu, MC suruh Suju-M teka nama buah. Henry pernah makan mangis. Masa buah nangka dan langsat, dia orang macam blur-blur... dan Ryeowook dapat teka durian dengan betul... CikHan memang dah tau yang Siwon tak datang..sebab dia masih ada pengambaran drama King of Dramas..tapi memang suspen ler..masa MC umumkan Siwon..rupa-rupanya video...


































































Seat VIP ada kiri dan kanan. Then, I choose right...tapi memang berbaloi la..Eunhyuk memang selalu pergi side right...tapi susah betul nak ambil gambar dia...dapat ambil pun kabur jer...dah tu dapat gambar belakang jer...(arghh patutnya guna mode multiple shoot..nape ler semalam tak terfikir)..pergh..berderau masa dapat pandang mata dia...















SUJU-M pun tak banyak menyanyi lagu... masa persembahan last, SUJU-M berjalan sekitar pentas..tunduk hormat pada fans...memang kelass...sama dengan my other favourite, TVXQ. Henry siap ambil bendera Malaysia dan kibarkan... arghhh...masa MC umum konsert habis...macam tak percaya. Ramai fans stay lagi dalam hall.. rasanya memang berbaloi la...






Mungkin ada yang kata kenapa nak habiskan $$$ ... well pesanan CikHan...setiap orang ada minat/hobi masing-masing kan..dan masing-masing sanggup habiskan $$$ untuk apa yang dia minat...(^_^) perghh ni post paling panjang nih...anyway...lepas ni GDA...hmm mungkin CikHan tak pergi..because I am waiting dan save $$$ untuk SS5 dan TVXQ World Tour. Jadi tak jadi belakang kira...yang penting bila konsert tu jadi, at least $$$ dah ada... Payung? Ermm..lepas konsert habis, semua penonton berasak-asak keluar...menunggu lift. So, CikHan ambil pilihan turun tangga...so sampai tingkat 9 terus ambil kereta...so payung ...bye...bye... Kepada pemilik baru payung CikHan yang Xklusif (memang tak de jual di mana-mana) ..jaga lah ia baik-baik (>_<).

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...