Sunday, December 9, 2012

HAPPY SUNDAY

Walaupun hari ini hari Ahad...tetapi CikHan tetap sedar dari tidur jam 6 pagi..tanpa bantuan jam loceng atau alarm. So, seperti yang dirancangkan hari ini CikHan pergi ke Kenanga Wholesale Centre (KWC). Sebelum ni memang pernah pergi tetapi naik LRT. Kali ini, CikHan belajar memandu ke sana dengan bantuan En Navigator yang terdapat dalam Mr Galaxy Note. Tetapi terlajak juga simpang nak masuk...so terpaksa ler berpatah balik..dan akhirnya jumpa..tapi nasib baik la..sebab kereta tak terlalu banyak. Hari Ahad dan masih pagi. Sampai sana dalam jam 1045 pagi..masih awal so berlegar-legar la kat dalam KWC. Masa sedang mencari parking, banyak gak bas-bas rombongan yang tersidai kat sekitar situ...ada rombongan kot. So CikHan terpaksa ler mencari parking kat tingkat 9. Tinggi dowhhh...dan parking masih lagi free.

Dari tingkat 9, turun ke tingkat 7..wow memang rambang mata memandang. Dah ler tengah nak mencari beg sandang ni...tapi tadi memang tak de niat nak membeli-belah pun...tunggu hari Selasa. Penat juga jalan tadi...dengan sapa? Biasa ler..sorang-sorang diri...banyak gak baju yang comel-comel...perghh nasib baik la CikHan ni bukan jenis yang suka menghabiskan $$$ untuk beli pakaian. Lagi 5 minit sebelum 12 dah turun ke Ground Floor pergi ambil tiket. Amoi tuh tengah nak siap-siapkan meja...tapi ok la...lepas dah ambil tiket and barang terus blah.. So apa yang CikHan dapat..mmm poster konsert, kalendar, kipas, fail...itu jer..

Ni jer lar yang dapat
dan juga tiket ler...huh.. Masa nak balik pun sesat gak...drive jer dengan konfiden sampai ke Pandan Perdana...pusing balik...last-last sampai gak ke Cheras Selatan. Masuk Aeon..ingatkan nak beli bahan buat Durian Crepe tapi ramai lak orang...akhirnya beli durian jer la... Lepas tu beli lunch terus balik..huh nasib baik sampai rumah sebelum hujan....lebat dengan kilat petir lagi.

Sampai rumah, mula la menempek gambar-gambar TVXQ yang dapat semasa beli Catch Me dan Special Edition dalam foto album. Lepas tu tempek lah postcard TVXQ World Tour ...giler kan..tu la kalau dah minat tak leh nak cakap apa...

Signature Yunho & Changmin (Special Edition Catch Me Album)
Postcard TVXQ World Tour (tak pergi konsert..nih kirim kat fanclub)

Ok la itu jer update untuk ketika ini...sebab nak sambung menonton Qualification of Men ..dan kejap lagi 2 Days 1 Nght sambil makan durian .. >__<

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...