Sunday, December 29, 2013

ERKK...NEW BOYFRIEND

Happy Sunday uols...so dah lama tak update. Tenggelam timbul...dah nak masuk tahun baru. Macam biasa...azam lah perkataan popular bila menjelang setiap tahun baru ni. So hari ni CikHan tak mau bercerita pasal tahun baru...tapi cerita pakwe baru...suspen. Bukan pakwe CikHan pun... Tadaaaa..perkenalkan Jung Joon Young...yes..another Korean singer. Gambarnya..hmmm macam mana nak tempek gambar guna smart phone ni...tak pe la..nanti skrol jer kat bawah.

Sape Jung Joon Young ni..ok dia ni dulu salah sorang peserta rancangan reality di Korea..apa lak namo nyer..Kstar...Superstar..ala pemenangnya Roy Kim...tapi CikHan suka sore JJY ni..rock gitew... Spotless Mind...one of my favourite...so cari je dalam You Tube. Dia nyanyi lagu omputeh pun best..

Lagi satu masa rancangan Happy Together...cara dia cakap nampak honest dan bersahaja. FUNNY. Dan paling best dia jadi maknae dalam 2Days1Night setiap hari Ahad...KBS World...okla..tu jer untuk kali ni...take care

Tuesday, December 10, 2013

SUPERSHOW 5

Finally...CikHan berkesempatan menonton SS5 di Stadium Putra pada 23 November lalu.. dah nak basi pun citer ni kan..tapi tak per la..janji CikHan amat seronok...best giler..but at the same time miss kat Lee Teuk dan Yesung.. Ok la..ni adalah gambar tak berapa nak clear ..sebab kamera tak leh nak bawa masuk..tapi pelik gak ada yang lepas...macam mana ek...
































Sunday, September 29, 2013

SS5...THEY COMING TO KL

Ramainyer.....adoi....

Sunday, August 18, 2013

HAPPY WEEKEND

Fuhh...fuh...berhabuk blog CikHan. Al maklum lah dah lama sangat tak buka. Sibuk. Ingatkan lepas Raya ni leh la bersantai-santai tapi tak de maknenya. CikHan sedang bertungkus lumus menyiapkan task-task yang dah dekat giler date line nya. Tension beb. Walaupun kerja jadi tukang semak tapi macam kita lak yang buatnya sebab terpaksa ubah sana-sini nak capai standard yang diharapkan. Ok la...nak sambung balik..take care.

Friday, August 9, 2013

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Selamat hari raya. So macam mana puasa tahun ni? Cukup tak? Ok la dikesempatan ini...CikHan nak minta maaf...dan akhir kata...SELAT HARI RAYA...

Monday, July 22, 2013

SELAMAT BERPUASA

Hai semua...amboi lamanya CikHan berehat daripada mencoret kisah perjalanan ke Korea Selatan. Baru jer citer trip hari pertama...Minta maaflah kebelakangan ni CikHan sibuk dengan kerja. Tak sempat nak mengemaskini blog ni. Malam lak sibuk dok layan drama Korea... Don't Look Back dan Fugitive of Joseon..tuh belum lagi sibuk dok baca artikel pasal jejaka baru yang dikenal..best tengok dia lari kejar mengejar dalam Running Man... Jung Woo Sung. Ok la ni...pun masuk kejap jer...nak wish SELAMAT BERPUASA. Nanti bila senang...dan lapang, CikHan sambung balik citer trip ke Korea Selatan...take care semua...muahhhssss

Thursday, June 6, 2013

SOUTH KOREA TRIP - END OF DAY 1 TRIP

Perjalanan hari pertama diakhiri dengan melawat Yeongja Premium Outlet (YPO). CikHan diberitahu oleh salah seorang rakan tour yang YPO nih macam JPO. Outlet yang menjual barang berjenama. CikHan hanya mampu mencuci mata jer...

Welcome to YPO

Hmm susah nak cari kereta import sini...90% buatan Korea (my estimation la)

Suasana dalam YPO

Reebok

Decoration salah satu kedai di YPO

Akhir sekali sebelum ke hotel untuk bermalam, kami dibawa ke sebuah restoran untuk dinner. Kali ini ada sotong besar sebagai lauk utama. 

Big family
Perjalanan ke hotel agak lama juga..so masing-masing dah letih dan tidur. Hotel yang kami menginap malam tu berdekatan dengan Pulau Nami. Ok lah...nanti post akan datang, CikHan akan tunjuk gambar hotel...take care..

Monday, June 3, 2013

SOUTH KOREA TRIP - JOURNEY CONTINUES

Hi again..so sambung semula. Selepas menghabiskan masa di Strawberry Farm, kami dibawa menuju ke Korean Ceramic Foundation. Aktiviti just free and easy. Sebabnya dah penat berjalan dan juga menempuh kesesakan jalan raya. Sedang menghayati bentuk-bentuk menarik, tetiba ada sorang awek Korea minta CikHan ambil gambar dia dan kekawannya. Ada dua kawannya berpakaian seragam Military. Rasanya mereka cuti rehat kot untuk bersiar-siar dengan awek. Dia tak tau berbahasa Inggeris dan CikHan lak tak pandai berbahasa Korea...tetapi uniknya...masing-masing faham apa yang hendak disampaikan walaupun menggunakan bahasa isyarat sahaja. Lepas CikHan ambil gambar dia orang, budak lelaki berpakaian Military menawarkan diri untuk mengambil gambar CikHan dan Miss L...baiknya. 

Sebab dah penat sangat...Miss L dok melepak jer..tetapi CikHan merayau...mengambil gambar... dan banyak arca-arca yang pelik...seni betul..

Miss L dengan gayanya

Try ambil gambar dari pandangan bawah

Baca lah ye

Kanak-kanak riang

Tanglung

Arca

Another arca

Gambar pelakon dulu-dulu

Rupa tempat ceramic dibakar suatu ketika dulu


Bunga...yes di Ceramic Foundation

Spring

So beautiful

Lepas tuh kami dibawa ke YPO...Yeong Ja Premium Outlet. Ada kakak dalam travel group kata macam kat JPO jer. So apa yang ada kat sana..nanti CikHan sambung lagi..ok

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...