Tuesday, January 29, 2013

ME TOO FLOWER

Good morning...wah rasa penat...sebab tido lewat lagi malam tadi. Marathon satu hari menonton Me Too, Flower
cr to owner
Kenapa boleh menonton drama ini? Hmm... sebab nak tengok Yoon Si Yoon. 
cr to owner .. Yoon Si Yoon
Cerita ini pernah ditayangkan di MBC tetapi rating agak rendah. I don't why....Ada 15 episod semuanya. Tajuknya nampak sempoi jer...Me Too Flower...tapi ceritanya memang rasa membuatkan kita geram terutama watak Madam Park. Cerita ni juga membuat CikHan gelak, menangis, geram....macam-macam la..Secara keseluruhan CikHan suka cerita ini. Mengisahkan antara cinta dan simpati. Yoon Si Yoon memegang watak Jae Hui ..dan heroinnya Le Ji Ah memegang watak polis wanita, Cha Bong Sun. Jae Hui ni mengidapi masalah yang berkaitan dengan psikologi kerana desakan hidup dan ditambah pula kesalahannya yang menyebabkan majikannya, Madam Park kehilangan suami. Atas sebab itu, Jae Hui menyalahkan dirinya dan sentiasa berasa tanggungjawab menjaga Madam Park dan anaknya, An I. Jae Hui juga tidak suka dengan keadaan huru-hara, sesak dan keadaan hiruk-piruk. Hatinya tidak pernah terbuka untuk bercinta (kerana rasa tanggungjawabnya) sehingga dia bertemu dengan Cha Bong Sun. Sejak itu sikapnya mula berubah. Ok...you all boleh menonton di Dramacrazy.net. Highly recommended.

Lagi satu nih...suka la tengok Yoon Si Yoon berlakon dalam drama ni. Memang amazing. Kalau time cute..memang cute. Dalam cerita ni, kita boleh lihat aksi dia marah, sedih, rasa bersalah. Lagi satu watak Madam Park...memang boleh rasa kebencian mendalam. Hari ni masih terasa lagi. Ok la...gtg..fuh nasib baik hari ini cuti...
 

Sunday, January 27, 2013

FLOWER BOY NEXT DOOR

Ok..sebenarnya dari semalam lagi tak sabar-sabar nak cerita pasal Flower Boy Next Door. Tapi sebab semalam khusyuk menonton daripada ep 1 sampai 6. 
cr to owner
Flower Boy Next Door sekarang sedang ditayangkan di Korea..so maknanya..every week selain menunggu Yawang ...CikHan menunggu juga Flower Boy. Macam mana boleh terlintas menonton FBND...sebabnya bermula daripada Yoon Si Yoon. Dalam Flower Boy Next Door nih, dia jadi Enrique..yang mempunyai karakter happy go lucky tetapi pada masa yang sama dia menyimpan rasa sedih dalam hati. Ye la..first love dia jatuh cinta dengan abang dia...dan dia nih pun sibuk lah nak jadi Cupid. Bersebelahan apartment abang dia, ada sorang girl tinggal. Girl ni namanya Dok Mi..kerja editor dan asyik kurungkan diri dalam rumah. Keluar pun bila ada yang penting jer...lagi satu rutin dia ..suka mengintai abang si Enrique nih...ha ha...aktiviti sekodengnya terganggu apabila Enrique datang dari Spain dan tinggal dengan abangnya dan Enrique terperasan yang Dok Mi dok mengintai...cute sangat-sangat bila Enrique pakai topi panda...
cr to owner
so sesapa yang nak menonton boleh la..menonton online di Drama Crazy atau Daily Motion...sebab nak tunggu tayang kat Malaysia nih entah bila kan...tak sabar nak menonton ep seterusnya..sebab Enrique dah macam terminat dengan Dok Mi...tapi dia tahu jiran Dok Mi, Ji Ruk pun suka Dok Mi...dan ... hmm kena sabarlah tunggu episod seterusnya.

Saturday, January 26, 2013

KING OF BAKING, KIM TAK GOO

Helloooo world...sorry blog tak updates sejak minggu lepas..sibuk sikit. Tambahan pula...tidur lewat jer 3 hari ini sebab CikHan sibuk melayan drama Korea. Kali ini nak cerita pasal King of Baking atau juga dikenali Bread, Love & Dreams. 

cr to owner
Cerita ini sedang ditayang di KBS World (Astro, 391) setiap Isnin hingga Khamis jam 11.30 malam. Juga ditayangkan setiap Sabtu dan Ahad (replay) jam 10.30 malam. CikHan memang jatuh cinta dengan cerita ini. Memula macam biasa jer tetapi lepas tuh setiap episod mesti keluar air mata...paling teruk antara ep 8 ke atas...memang tahap sampai bengkak mata. Rasanya, citer ini cerita yang kedua CikHan menangis teruk selepas cerita Secret Garden dan rasanya cerita ini lagi hebat. Kisahnya mengenai kanak-kanak bernama Kim Tak Goo meneruskan kehidupan di jalanan dalam usaha mencari ibunya yang hilang. Dalam perjalanan mencari ibunya sehingga dia dewasa yang hidup tak de arah tujuan akhirnya menjadi pembuat roti terhandal. Sikapnya juga bertukar daripada pemarah dan suka bergaduh kepada yang lebih tenang dan bersikap positif walaupun pelbagai dugaan pahit yang terpaksa ditempuhi. Dia juga tidak malu...untuk menjadi dirinya sendiri. CikHan memang highly recommended lah cerita ni....ada 30 episod...tuh yang marathon dalam 3 hari tido lewat... Lakonan Yoon Si Yoon dan Joo Won memang superb...bermain emosi...dan juga pelakon lain...ok la..nih baru nak menonton Queen of Ambition ep 4... take care..

Sunday, January 20, 2013

SANTAI HARI AHAD

Pagi tadi dengan penuh semangat CikHan pergi ke Lake Valley untuk sesi morning walk...dah lama tak exercise. Walaupun morning walk..tapi hari ni berjaya buat dua pusingan. Bersemangat sebab ditemani oleh KPOP Idols...TVXQ, SuJu, BTOB di samping FT Island, Boyfriend .. ha ha macam iye-iye jer tapi memang betul...lagu-lagu mereka... Sambil berjalan-jalan sempat ler ambil 2-3 foto suasana pagi..

Good Morning World
From the other side
Luas terbentang
Lake House

Lepas morning walk..time untuk sarapan...tempat yang sama tetapi owner dah bertukar. Patut jer nampak lain jer masakan. Lepas breakfast, balik rumah ..sesi mengemas...penat..jam 2.30pm baru abis. Lepas tu rancang nak pergi beli barang jap..tapi bila start kereta...bateri kereta lak rosak. Nasib baik ada bateri spare..ceh..konon nak tukar sendiri...mula-mula ambil gambar..takut terlupa posisi positf dan negatif 


Kemudian longgarkan skru pemegang negatif diikuti positif. Akhir sekali bukakan skru pemegang bateri dan angkat. Masukkan bateri baru...dan ketatkan pemegang terlebih dahulu...dan masukkan pemegang positif dan ketatkan skru diikuti pemegang negatif...tetiba alarm bunyi..tekan butang alarm tak berenti...last ambil phone call member minta tolong...ha ha... Lastly, masuk semula ke rumah..buka tv..order pizza...layan Qualification of Men dan 1 Night 2 Days...ok la..pizza dah sampai..lunch yang dah nak dinner...bye

Friday, January 18, 2013

JOURNEY TO FIND SEOUL

Ha ha..yes...pakej melancong ke South Korea pada Mei ini telah ditempah. Just now, baru sahaja balik buat passport. He he new application...sebelum ni tak penah ke mana-mana pun...Rupanya tak susah mana pun buat passport nih..yang penting dokumen yang diperlukan telah disediakan. Awal pagi lagi dah bertolak sebab nak sampai dalam 7.30 pagi. CikHan pergi ke Pejabat Imigresen Kajang...tuh pun sampai dalam 7.40 pagi dah no. 17. Mula beratur nak ambil nombor...kalau dokumen tak lengkap...nombor giliran tidak akan diberi. Lepas tuh dok tunggu giliran... Bila nombor anda dipanggil...pergilah ke kaunter yang dipaparkan. Tak yah borang...bagi IC, salinan IC dan gambar 2 keping...tup-tup suh kita cop jari kanan kiri...dan tunggu la giliran nak membayar... RM100 untuk 2 tahun..itu pilihan CikHan..lepas bayar tunggu lak 1 jam..ambil passport...tapi tadi tak sampai sejam pun dah siap...senang...tahniah la...Jabatan Imigresen sebab cepat dan mudah prosesnya. Semasa dok menunggu ambil passport , orang dah semakin ramai. Tapi dari perbualan dengan sekuriti, dia kata semalam lagi ramai...fuhhh tak dapat bayangkan. Sabtu dan Ahad memang lagi ramai...pergh...paling baik ambil cuti hari bekerja dan datang awal...macam CikHan tadi sebelum 9.30 pagi dah boleh balik ..

Tuesday, January 15, 2013

KESIHATAN ADALAH HARTA SAYA

Ok..dua tiga hari ini CikHan rasa macam lemah jer..mengantuk pun ada...dan tadi tetiba terasa nak pergi urut. Selalunya Thai Odyssey tetapi memandangkan nak cepat...so pergi ke Giant Cheras. Di Giant ni pun ada tempat urut. Pernah pergi tetapi selalu kecewa sebab ramai yang tengah berurut masa tuh...salah sendiri...gatal tak nak buat appointment. Tempat urut yang dimaksudkan Kaki Jamu...yepp...Linda Onn punya. Dan tadi, ada tukang urut lah...perempuan...sambil berurut dok berborak la...dia berasal dari Indonesia dan dah lama stay kat Malaysia. Tadi dia bagi tips la...suruh CikHan minum air banyak selepas bangun tido...kurangkan makan nasi (he he ye la..CikHan kan ermmm comel),,,tapi apa yang CikHan suka bila dia cerita ...dia tak punya apa-apa. Duit yang dicari dihantar kepada anaknya yang masih belajar. Apa yang ada cuma KESIHATAN. Kesihatan adalah harta saya. Memang betul pun apa yang dia cakap. Duit banyak mana pun tapi kalau dah sakit tak guna juga. So, tetiba CikHan bersemangat kembali nak meneruskan Loss Weight Journey yang dah lama terhenti. Dan dah ambil nombor contact...nak buat appointment lagi dengan kakak tuh lepas ni...sebab memang best la dia urut dan harga untuk urut kaki pun berpatutan...

Lepas tuh, CikHan merayau di Giant dan terjumpa benda ni


Nih tengah try..ambil perasa otak-otak...macam mana? ermm rasa la sendiri....

Sunday, January 13, 2013

GDA JUST AROUND THE CORNER

GDA ... apa itu GDA? Well...sesapa peminat KPOP mesti tau .. Golden Disk Award dan untuk tahun ini GDA diadakan di Malaysia selama dua hari iaitu pada 15 dan 16 Januari bertempat di Sepang International Circuit. 


Dan ketika ini dan hari seterusnya sedikit demi Kpop Idols datang ke Malaysia...dengar khabar BTOB dan SHINee dah sampai ke KLIA...esok malam pula SUPER JUNIOR dan beberapa orang lagi...arghh tension...sebab tak dapat pergi GDA. Kerja terlampau banyak...huh sekarang di twitter KPOPPERS semua sedang rancak bertweet pasal bias masing-masing..ok lah nak sambung bertweet semula...

QUEEN OF AMBITION

Ok..drama ini akan ditayangkan minggu depan...tapi di Korea la... Tayangan di Malaysia bermula 4 Februari (mengikut sumber FB Queen Ambition). Rasanya tayangan di Malaysia melalui saluran OneHD...ok nampaknya..ini yang membuatkan CikHan frust sikit..sebab CikHan tak melanggan Astro Beyond...dan memang berharap dapat menontonnya melalui online...

cr to owner
Mmm..perasan tak dalam poster tuh...yes...Yunho from TVXQ. Apa lagi...itu tarikan utama...dan tadi dah menonton trailer di You Tube...rasanya drama ini boleh mendapat rating yang tinggi. Dalam cerita ini Yunho memegang watak Baek Do Hoon. 

cr to owner
 Another my favourite CEO in the list selepas Kim Joo Won (Secret Garden). Ok..Malaysian Kdrama lovers..jangan lupa yer..

SEO YOUNG, MY DAUGHTER

Another Kdrama yang dah menjadikan CikHan penonton setia... Seo Young, My Daughter. Episod mula..CikHan dah termiss..banyak lubang la...kejap tengok kejap tak tapi sejak dua menjak ni...dah memang jadi penonton setia. Sesapa ada KBS World ..boleh lah menonton setiap Sabtu dan Ahad..jam 7 petang. 

File:Seo-Young, My Daughter-p1.jpg
cr to owner
Walaupun ter miss episod awal .. tetapi tau la serba sedikit aliran cerita. Memang best ..dan sangat-sangat recommended. Menurut Asianwiki, drama ini mendapat rating yang tinggi...ok la..see u next time.
p/s: rasanya macam nak pergi Berjaya Times Square hari ni...

Thursday, January 10, 2013

DURIAN CREPE ... KAUT KEUNTUNGAN??

Gempak jer tajuk post hari ini. Ok hari ini...CikHan membeli durian crepe daripada penjual ke-4...warna kuning mengancam...dan besar...and it cost me about RM10 per pax (ada lima ketul la..saiz kira agak boleh tahan)...TETAPI...frust teramat sangat...rasanya sama dengan durian crepe yang CikHan beli daripada penjual ke-3 lalu...banyak cream daripada durian....adoi..... harap kulit jer cantik dan nipis...setakat ini...durian crepe yang CikHan beli kali pertama adalah yang terbaik..isi durian banyak dan cream pun sedap walaupun kulitnya tebal....hmm now wonder la ada sesetengah kekawan CikHan tak suka...mungkin mereka terkena spesies durian crepe banyak cream...


Wednesday, January 9, 2013

S.M. The Performance & Zedd_SPECTRUM_2012 SBS 'The Color of K POP' Part2...

WOHOOOO...2013 ASIA SUPER SHOWCASE

export_01.png


Perghh Marctensia telah mengeluarkan status di Facebook..

We want to make it better
2013 Asia Super Showcase in Malaysia
- New Venue
- 3 New Groups of Artistes

Coming Soon......

dan masing-masing memberi pendapat a.k.a permintaan... ada yang nak Suju, TVXQ, BTOB, EXO... (^_^) dan tak kurang juga ada yang meminta Marctensia meningkatkan lagi tahap mutu perkhidmatan... Siapa kah 3 Group Artistes ni...adakah artis KPOP atau negara lain...deep down in my heart memanngggg sangat-sangat lah berharap TVXQ dan Super Junior yang datang.... (^_^)

Tuesday, January 8, 2013

SORRY...NO NEW POST...

Ok..sorry guys...dah lama tak mengemaskini blog ni. Dan I miss to wish HAPPY NEW YEAR ...so GOOD BYE 2012  and HELLO 2013. Ok...apa yang nak diceritakan...well actually banyak...tapi tak tau mana nak start dulu...
  • Les Miserables - Ya...CikHan dah menonton filem ini...dan sesapa yang belum menonton...sila menonton. Memang terbaek... CikHan menonton di GSC Midvalley. Sebab tak banyak cinema yang tayang filem ini. Masa tu hari Ahad...so CikHan ambil tayangan seawal jam 11 pagi. Ingatkan tak ramai sekali masa beli tiket...hanya tinggal beberapa je lagi. Filem Les Miserables ni lebih kepada musikal dan masa menonton, skrin pula jelas...pergh memang best. Memang layan la...
  • TVXQ Diary 2013 - Ok...diari yang ditunggu-tunggu dah sampai...arghh best-best. High quality and lots of TVXQ picture la...nanti bila senang-senang CikHan tempek gambar yer..
  • School 2013 - Ok ni drama terbaru yang sedang hangat ditayangkan di KBS World. Jang Nara ..pegang watak cikgu...Jang Nara ni dulu glamer dengan cerita Successful Story of a Bright Girl . Dan Lee Jong Suk jadi anak muridnya...kalau sape yang pernah menonton Secret Garden...mesti kenal sape Jong Suk. Lakonan Jong Suk dalam drama ni memang tak mengecewakan. Dan ada satu watak murid dipegang oleh Kim Won Bin... nanti details di lain post yerr

  • King of Dramas - rupanya drama nih hanya 18 episod jer...dan tadi CikHan menonton finale. Paling kelakar apabila ada scene Sung Ming Ah dan Kang Hyun Min (dilakonkan oleh Siwon) ..memang best la...
  • Queen of Ambition @ Yawang - drama ini akan mengambil slot King of Drama dalam siaran SBS nanti. Kenapa CikHan beria-ria nak menonton drama ni...ha ha sebab dalam drama ini ada Yunho TVXQ berlakon. Sinopsis pun dah baca...and lots story to tell....so akan dikongsikan dalam post yang lain.
Ok la..nampaknya itu adalah antara highlight yang berlaku sejak last post yang lalu. Dan minggu depan GDA bakal berlangsung...ok..CikHan tak pergi pun sebab save $$$ untuk travel dan juga konsert SS5 atau Catch Me tour...mana la tau kan ..kot-kot diadakan di Malaysia pada tahun ni...tak salah berangan kan... ok la..take care...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...