Friday, January 18, 2013

JOURNEY TO FIND SEOUL

Ha ha..yes...pakej melancong ke South Korea pada Mei ini telah ditempah. Just now, baru sahaja balik buat passport. He he new application...sebelum ni tak penah ke mana-mana pun...Rupanya tak susah mana pun buat passport nih..yang penting dokumen yang diperlukan telah disediakan. Awal pagi lagi dah bertolak sebab nak sampai dalam 7.30 pagi. CikHan pergi ke Pejabat Imigresen Kajang...tuh pun sampai dalam 7.40 pagi dah no. 17. Mula beratur nak ambil nombor...kalau dokumen tak lengkap...nombor giliran tidak akan diberi. Lepas tuh dok tunggu giliran... Bila nombor anda dipanggil...pergilah ke kaunter yang dipaparkan. Tak yah borang...bagi IC, salinan IC dan gambar 2 keping...tup-tup suh kita cop jari kanan kiri...dan tunggu la giliran nak membayar... RM100 untuk 2 tahun..itu pilihan CikHan..lepas bayar tunggu lak 1 jam..ambil passport...tapi tadi tak sampai sejam pun dah siap...senang...tahniah la...Jabatan Imigresen sebab cepat dan mudah prosesnya. Semasa dok menunggu ambil passport , orang dah semakin ramai. Tapi dari perbualan dengan sekuriti, dia kata semalam lagi ramai...fuhhh tak dapat bayangkan. Sabtu dan Ahad memang lagi ramai...pergh...paling baik ambil cuti hari bekerja dan datang awal...macam CikHan tadi sebelum 9.30 pagi dah boleh balik ..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...