Tuesday, January 15, 2013

KESIHATAN ADALAH HARTA SAYA

Ok..dua tiga hari ini CikHan rasa macam lemah jer..mengantuk pun ada...dan tadi tetiba terasa nak pergi urut. Selalunya Thai Odyssey tetapi memandangkan nak cepat...so pergi ke Giant Cheras. Di Giant ni pun ada tempat urut. Pernah pergi tetapi selalu kecewa sebab ramai yang tengah berurut masa tuh...salah sendiri...gatal tak nak buat appointment. Tempat urut yang dimaksudkan Kaki Jamu...yepp...Linda Onn punya. Dan tadi, ada tukang urut lah...perempuan...sambil berurut dok berborak la...dia berasal dari Indonesia dan dah lama stay kat Malaysia. Tadi dia bagi tips la...suruh CikHan minum air banyak selepas bangun tido...kurangkan makan nasi (he he ye la..CikHan kan ermmm comel),,,tapi apa yang CikHan suka bila dia cerita ...dia tak punya apa-apa. Duit yang dicari dihantar kepada anaknya yang masih belajar. Apa yang ada cuma KESIHATAN. Kesihatan adalah harta saya. Memang betul pun apa yang dia cakap. Duit banyak mana pun tapi kalau dah sakit tak guna juga. So, tetiba CikHan bersemangat kembali nak meneruskan Loss Weight Journey yang dah lama terhenti. Dan dah ambil nombor contact...nak buat appointment lagi dengan kakak tuh lepas ni...sebab memang best la dia urut dan harga untuk urut kaki pun berpatutan...

Lepas tuh, CikHan merayau di Giant dan terjumpa benda ni


Nih tengah try..ambil perasa otak-otak...macam mana? ermm rasa la sendiri....

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...