Saturday, January 26, 2013

KING OF BAKING, KIM TAK GOO

Helloooo world...sorry blog tak updates sejak minggu lepas..sibuk sikit. Tambahan pula...tidur lewat jer 3 hari ini sebab CikHan sibuk melayan drama Korea. Kali ini nak cerita pasal King of Baking atau juga dikenali Bread, Love & Dreams. 

cr to owner
Cerita ini sedang ditayang di KBS World (Astro, 391) setiap Isnin hingga Khamis jam 11.30 malam. Juga ditayangkan setiap Sabtu dan Ahad (replay) jam 10.30 malam. CikHan memang jatuh cinta dengan cerita ini. Memula macam biasa jer tetapi lepas tuh setiap episod mesti keluar air mata...paling teruk antara ep 8 ke atas...memang tahap sampai bengkak mata. Rasanya, citer ini cerita yang kedua CikHan menangis teruk selepas cerita Secret Garden dan rasanya cerita ini lagi hebat. Kisahnya mengenai kanak-kanak bernama Kim Tak Goo meneruskan kehidupan di jalanan dalam usaha mencari ibunya yang hilang. Dalam perjalanan mencari ibunya sehingga dia dewasa yang hidup tak de arah tujuan akhirnya menjadi pembuat roti terhandal. Sikapnya juga bertukar daripada pemarah dan suka bergaduh kepada yang lebih tenang dan bersikap positif walaupun pelbagai dugaan pahit yang terpaksa ditempuhi. Dia juga tidak malu...untuk menjadi dirinya sendiri. CikHan memang highly recommended lah cerita ni....ada 30 episod...tuh yang marathon dalam 3 hari tido lewat... Lakonan Yoon Si Yoon dan Joo Won memang superb...bermain emosi...dan juga pelakon lain...ok la..nih baru nak menonton Queen of Ambition ep 4... take care..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...