Tuesday, January 29, 2013

ME TOO FLOWER

Good morning...wah rasa penat...sebab tido lewat lagi malam tadi. Marathon satu hari menonton Me Too, Flower
cr to owner
Kenapa boleh menonton drama ini? Hmm... sebab nak tengok Yoon Si Yoon. 
cr to owner .. Yoon Si Yoon
Cerita ini pernah ditayangkan di MBC tetapi rating agak rendah. I don't why....Ada 15 episod semuanya. Tajuknya nampak sempoi jer...Me Too Flower...tapi ceritanya memang rasa membuatkan kita geram terutama watak Madam Park. Cerita ni juga membuat CikHan gelak, menangis, geram....macam-macam la..Secara keseluruhan CikHan suka cerita ini. Mengisahkan antara cinta dan simpati. Yoon Si Yoon memegang watak Jae Hui ..dan heroinnya Le Ji Ah memegang watak polis wanita, Cha Bong Sun. Jae Hui ni mengidapi masalah yang berkaitan dengan psikologi kerana desakan hidup dan ditambah pula kesalahannya yang menyebabkan majikannya, Madam Park kehilangan suami. Atas sebab itu, Jae Hui menyalahkan dirinya dan sentiasa berasa tanggungjawab menjaga Madam Park dan anaknya, An I. Jae Hui juga tidak suka dengan keadaan huru-hara, sesak dan keadaan hiruk-piruk. Hatinya tidak pernah terbuka untuk bercinta (kerana rasa tanggungjawabnya) sehingga dia bertemu dengan Cha Bong Sun. Sejak itu sikapnya mula berubah. Ok...you all boleh menonton di Dramacrazy.net. Highly recommended.

Lagi satu nih...suka la tengok Yoon Si Yoon berlakon dalam drama ni. Memang amazing. Kalau time cute..memang cute. Dalam cerita ni, kita boleh lihat aksi dia marah, sedih, rasa bersalah. Lagi satu watak Madam Park...memang boleh rasa kebencian mendalam. Hari ni masih terasa lagi. Ok la...gtg..fuh nasib baik hari ini cuti...
 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...