Sunday, April 28, 2013

BERJIMBA DI SHAH ALAM

Selamat pagi...hari ini CikHan nak berjimba di Shah Alam. Sejak semalam lepak rumah Miss L..so cadangnya nak berfoya-foya di Shah Alam...so wait and see...

P/s tetiba rindu dengan Yunho and Changmin

Sunday, April 21, 2013

MINI PAPER SHREDDER

Tadi dok jejalan kat Kajang...Metro Inn kot..jumpa la mini shredder...apa lagi beli la...harga pun kira ok la...walaupun manual. Nak beli yang besar mahal sangat...nak guna pun bukan selalu..so beli ni kira sesuai la...senang nak shred bil-bil..resit kad..tak yah bak koyak kecil2 lagi. .

Thursday, April 18, 2013

SHARING IS CARING

Credit to owner of this picture..so I just want to sharing the info..

HIDANGAN KFC TERBARU....DAH RASA KE

Hi semua....terkezut..CikHan. ..KFC ada hidangan ala Korea. Hmm jangan ler menyampah..sekarang ni semua Korea...lagu Korea..drama Korea...fesyen Korea...semua lah Korea...now KFC pun ada Korea. Ini bukan ler bermakna CikHan tak bangga dengan MALAYSIA..tapi CikHan kagum dengan semangat they all untuk maju. Bak kata sekarang ni ramai ler nak melancong ke sana..wahal nak berkomunikasi kat sana agak susah sebab rata-rata guna bahasa ibunda mereka...see..kita pun boleh jadi macam mereka..yang penting berusaha. ..tak mudah mengalah...sentiasa meningkatkan standard...ok la...jangan lupa menikmati hidangan KFC yang terbaru...kredit foto to KFC....take care.

Tuesday, April 16, 2013

SS5

Hi...good morning..alhamdulillah...sekali lagi kita dapat memulakan hari baru pada hari ini. CikHan ni on the way tengah bersiap-siap nak pergi kerja. Tapi nak post sesuatu dulu..ngeh2. Selepas kekecewaan tak dapat pergi Catch Me Tour...ha ha ni tengah pasang angan-angan nak pergi SS5. Dengar citer bulan Oktober ni..so Malaysia Elf...simpan $$$ dari sekarang...bye...nak pergi kerja da....

Sunday, April 14, 2013

HIDUP MESTI DITERUSKAN

Selamat pagi dan happy weekend semua. Yes..today is Sunday and tomorrow is Monday. Jangan lak rasa kecewa sebab esok dha kerja. Kalau tak kerja mana nak dapat duit. Kalau duit tak de tak dapat la nak beli apa yang kita hendak.
So apa aktiviti hari ini...CikHan sedang berada di kampung ni. Semalam selepas kerja terus balik kampung...haa..menghantar Crazie Nutz...so sesapa yang sekitar Raub kalau nak beli boleh la sms kat nombor 0196752944...ok. Ni lak pepagi ni bersedia nak balik ke KL semula...ok la...agak-agaknya apa sarapan mak CikHan buat...ok la...take care semua...dan hayati perkataan dalam gambar tu ye...credit to owner of picture...

Thursday, April 11, 2013

CHOCOLATE FOR RAINY DAY

Huh..dah nak masuk hari ketiga...hujan petang bersama thunderstorm. Petang semalam..angin agak kuat. Sebatang pokok kat area rumah CikHan tercabut dengan akar sekali. Bukan pokok kecil daaa...kira sepeluk la ukurlilit batang pokok.
Sesedang menunggu hujan reda ni..CikHan sedang menikmati Crazie Nutz bersama coklat yang diberi oleh bos. Bos baru balik dari oversea...
Wah..bestkan. CikHan tengah bingung ni..jadi ke tak CikHan nak ke Korea bulan May ni. Macam-macam hal lak..isu perang antara Utara dan Selatan...syarikat tour pun tak de beri maklum balas lagi...Ya Allah..minta la semua dalam keadaan selamat, aman dan tenteram. Apasal la nak perang-perang...tak boleh ke kita tinggal dengan aman...
Ok..lah..nak sambung mengunyah Crazie Nutz sambil menonton citer Korea katr tv ni... Bye..

Wednesday, April 10, 2013

SELAMAT PAGI...UPDATES FROM MOBILE

Hi...good morning...just try to updates from mobile and guess what...
Do you remember that man in the picture...the man who brought me into KWorld...the first Korean actor that I always thinks about...yeah...he already finished his army military service...now busy with CV and fans meeting everywhere...now he has a new hair style...ok..need to prepare myself to go work...anyway credit to owner of picture..bye and take care..

Tuesday, April 9, 2013

APA ITU CRAZIE NUTZ



Apa itu Crazie Nutz? Haa...ni CikHan nak bagitau...sejenis makanan yang diperbuat daripada pelbagai kekacang...ada almond (badam), sunflower seeds, biji labu, biji bijian hitam dan sebagainya. Boleh dimakan bila-bila masa saja...sambil membaca...sambil menonton tv (he he drama korea...kpop video >_<) ..sambil berchat...sambil berbual dengan keluarga...ermm nak diberikan sebagai hadiah pun boleh...ok untuk tempahan boleh SMS ke 0196752944.

CRAZIE NUTS...LOVE AT FIRST BITE

Photo: Sudah sampai...

Tadaaaa... memang CikHan jatuh cinta bila kali pertama makan Crazie Nuts. Best giler...ha ha..sesapa yang berminat boleh ler SMS ke 019-6752944. Harga satu balang RM28 (350g)...so kalau kena post ..so harga pos +RM7.00 untuk 2 kg pertama. Kalau beli lebih daripada 10 balang...leh la CikHan bagi harga special. So sesapa yang berada di Hulu Langat atau Bandar Raub...bolehlah sms ajer dan hantar by hand...

Monday, April 8, 2013

ANUGERAH BINTANG POPULAR

Well...last night sempat juga la menjenguk ABPBH..tetapi ia tidak berjaya menjadikan CikHan menjadi penonton setia. Pembukaan macam hambar ..sound system yang tak berapa best dan ditambahkan lagi dengan suara-suara audience yang menjerit nama artis jelas kedengaran...arghh potong mood. Kemudian kemunculan artis terutama artis wanita dengan fesyen pakaian yang pelik semata-mata untuk memenuhi tema pada malam itu...something related to geometry. Kehadiran artis senior yang menyanyi lagu-lagu Search...menyebabkan hati CikHan terusik dan sekalung tahniah kepada mereka...dan tahniah juga la kepada pemenang-pemenang berikut:

Bintang Paling Popular – Shaheizy Sam
Pelakon Filem Lelaki Popular – Shaheizy Sam
Pelakon Filem Wanita Popular – Yana Samsudin
Penyanyi Lelaki Popular – Hafiz
Penyanyi Wanita Popular – Shila Amzah
Pelakon TV Lelaki Popular – Aaron Aziz
Pelakon TV Wanita Popular – Nabila Huda
Artis Duo/Berkumpulan Popular – Black/Malique
Artis Komedi Lelaki Popular – Zizan Razak
Artis Komedi Wanita Popular – Didie Alias
Artis Baru Lelaki Popular – Aiman Hakim Redza
Artis Baru Wanita Popular – Wawa Zainal
Pengacara TV Lelaki Popular – Datuk Aznil Nawawi
Pengacara TV Wanita Popular – Fara Fauzana
Penyampai Radio Lelaki Popular – Faizal Ismail
Penyampai Radio Wanita Popular – Fara Fauzana
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Search

So ..tahun ni harap dijadikan pengajaran. Buatlah majlis yang beridentitikan Malaysia. Macam mana KPOP menakluk dunia...kita juga mampu jika kita berusaha menjadikannya menarik...jangan asyik salahkan orang lain kerana mereka berjaya...salahkan diri kita kenapa kita tidak berjaya seperti mereka...so jangan putus asa untuk menerbitkan rancangan yang bermutu dan memenuhi kehendak penonton...selamat malam semua.

HAPPY OR UNHAPPY...IT IS YOUR CHOICE

ARE U STRESS?

INCOME TAX

cr to STAR
Bulan April dah menjelma...jangan lupa bagi yang dah layak untuk membayar cukai pendapatan. 30 April adalah tarikh akhir dan bila dah dekat dateline...selalunya E-Filing menjadi sangat-sangat sesak...so bertindak awal...CikHan sudah...anda bila lagi...

SHARING IS CARING

Photo: ====> ♥ Positive P's Page ♥ <====

CIKHAN DAY OUT

Ok ..semalam CikHan Day Out...saje je nak bagi gempak. Yeah...semalam ke PWTC sebab mengunjungi pameran Perfect Living...ermm memang Perfect dan begitu juga harganya... CikHan cuma mampu tengok je ler...

Walkway baru dari stesen LRT ke PWTC

Para pengunjung sedang beratur mendaftar ..dapat free door gift

Bestnyer kalau bath tub macam ni

Nice...sudut untuk membaca

Pandangan dari atas

Ada pentas...

Akuarium...katanya low maintenance hanya 6 bulan sekali bersihkan

Erk...kereta ni CikHan tak suka sebab dua pintu
Lepas penat cuci mata...singgah sebentar di SR...having lunch...dan cuaca lak panas...so honey lemonade menjadi pilihan..

Yummy

Ingatkan nak lah menjelajah di The Mall a.k.a dikenali sebagai Sunway Putra Mall...tetapi banyak kedai dah tutup termasuk Parkson. Rupanya kerja-kerja pengubahsuaian akan bermula Mei ini hingga 2014...

Notis makluman kerja pengubahsuaian

Rupanya ada kapsul masa di The Mall ni...2087 baru buka...
Tak tahu pula CikHan akan kapsul masa yang ditanam di The Mall nih...hu hu 2087 kalau tak silap baru dibuka. I really hope this capsule still exist until the right time to open it. Lepas tuh dah malas nak pergi mana-mana CikHan dan member menjelajahlah The Mall ni sebelum ia diubahsuai...kira tempat ni nostalgia juga la bagi kita orang sebab masa belajar dulu...masa zaman bas mini...selalu la jejalan kat sini...so enjoy the picture...dalam hati rasa menyesal tak bawa DLSR...

Macam ala-ala kat Melaka lak

Yeah..model enjoy the view

Macam zaman dulu-dulu

Enjoy the moments

Will this view exist after renovation

From top view

Ha ha...nih tak de dalam Mall...nih landasan ERL...

Monday, April 1, 2013

WELCOME APRIL

Dah masuk bulan April.  Masa begitu pantas berlalu. Post terakhir CikHan pada bulan Mac ialah awal bulan.. begitu busy giler...so kesian para pengunjung...no updates. So hari ni CikHan cuti separuh hari. Sambungan cuti since last Jumaat. Sabtu..first time my Hijau driving to Perak. Batu Gajah lagi...menghadiri majlis perkahwinan sepupu... anak sulung Mak Ngah Chik (my mother's youngest sister).

Okla..last month banyak perayaan berkaitan dengan bumi...22 Mac -World Water Day ...and Earth Hour on 23 Mac. Pada 23 Mac ..adalah aktiviti Walk For Nature kat Stadium Shah Alam...CikHan join walaupun panas terik membahang :) sambil tuh dok lalu Stadium Malawati ...apa lagi sengih jer la...ye la..on 18 May 2013 kan TVXQ Catch Me Tour Concert kat Stadium Malawati ...ok la..parking pun luas...memang sesuai.. Lepas tu ada jualan kat Karnival...nampak pavlova....RM4.00 per piece. Sedapnya. Since CikHan tak bawa DLSR ..so semua photo diambil dengan Note...so enjoy....

Siap sedia...1...2...3...Go

Stadium Malawati

Stadium Shah Alam

He he tanda arah Stadium Malawati

Refleksologi

Jum inai tangan

I see pavlova

Jum decorate cup cake

I likes green

Car's boot sale

Gerai game pun ada

Clown comes to stadium

Codet - maskot majalah kanak-kanak

Yummy..pavlova

Eh ..siapa tuh..

Aqasha,,,rupanyer

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...