Monday, April 8, 2013

ANUGERAH BINTANG POPULAR

Well...last night sempat juga la menjenguk ABPBH..tetapi ia tidak berjaya menjadikan CikHan menjadi penonton setia. Pembukaan macam hambar ..sound system yang tak berapa best dan ditambahkan lagi dengan suara-suara audience yang menjerit nama artis jelas kedengaran...arghh potong mood. Kemudian kemunculan artis terutama artis wanita dengan fesyen pakaian yang pelik semata-mata untuk memenuhi tema pada malam itu...something related to geometry. Kehadiran artis senior yang menyanyi lagu-lagu Search...menyebabkan hati CikHan terusik dan sekalung tahniah kepada mereka...dan tahniah juga la kepada pemenang-pemenang berikut:

Bintang Paling Popular – Shaheizy Sam
Pelakon Filem Lelaki Popular – Shaheizy Sam
Pelakon Filem Wanita Popular – Yana Samsudin
Penyanyi Lelaki Popular – Hafiz
Penyanyi Wanita Popular – Shila Amzah
Pelakon TV Lelaki Popular – Aaron Aziz
Pelakon TV Wanita Popular – Nabila Huda
Artis Duo/Berkumpulan Popular – Black/Malique
Artis Komedi Lelaki Popular – Zizan Razak
Artis Komedi Wanita Popular – Didie Alias
Artis Baru Lelaki Popular – Aiman Hakim Redza
Artis Baru Wanita Popular – Wawa Zainal
Pengacara TV Lelaki Popular – Datuk Aznil Nawawi
Pengacara TV Wanita Popular – Fara Fauzana
Penyampai Radio Lelaki Popular – Faizal Ismail
Penyampai Radio Wanita Popular – Fara Fauzana
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Search

So ..tahun ni harap dijadikan pengajaran. Buatlah majlis yang beridentitikan Malaysia. Macam mana KPOP menakluk dunia...kita juga mampu jika kita berusaha menjadikannya menarik...jangan asyik salahkan orang lain kerana mereka berjaya...salahkan diri kita kenapa kita tidak berjaya seperti mereka...so jangan putus asa untuk menerbitkan rancangan yang bermutu dan memenuhi kehendak penonton...selamat malam semua.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...