Thursday, May 30, 2013

SOUTH KOREA TRIP - HANBOK & WALKING TO STRAWBERRY FARM

Hello...I'm back...so lets continue our journey. Selepas habis kelas kimchi, kami diberi peluang untuk mencuba hanbok, pakaian tradisional Korea. Macam-macam warna. Berangan macam maharaja di zaman ala Joseon giteww. Lepas tuh ambil ler gambar ramai-ramai...

Sibuk memilih hanbok

Keluarga dinasti mana ntah

Hensem

Antara barang yang dipamerkan
Selepas dah berpenat mengambil gambar dengan hanbok, kami dibawa melawat ke Strawberry Farm. Sambil berjalan kaki nak ke Strawberry Farm, CikHan sempat ler mengambil gambar dengan mempraktikkan apa yang dah dipelajari semasa kursus fotografi...tetapi banyak kena praktis lagi da...

Yes..flower

Another flower

Mountain

Comel betul anjing kat Korea..macam serigala

Jalan lagi..boleh kurus dibuatnya

Another flower..
So..apa yang berlaku di Strawberry Farm? So tunggu post akan datang. Take care..

Tuesday, May 28, 2013

SOUTH KOREA TRIP - KIMCHI CLASS

Salam 1Malaysia semua. Ok kita sambung semula ye. Lepas makan tengah hari, CikHan and group dibawa ke tempat membuat kimchi. Ms Yumi beritahu kami kimchi ni sejenis sayur yang dijeruk dan dibuat sempena untuk menghadapi musim sejuk yang mana susah untuk mendapat sayur yang segar. Kimchi memang side dish yang utama di Korea Selatan. Sayurnya pelbagai tetapi paling popular sayur kobis. Tak ingat lak namanya. Bahan-bahan rencahnya macam-macam jenis la..antaranya serbuk cili, bawang putih, radish yang dipotong, sos khas dan macam-macam lagi. 

Sayur dibasuh terlebih dahulu dan dipotong. Kemudian direndam dengan air garam. Lepas tuh dicuci dan barulah digaul dengan bahan-bahan rencah yang lain. Akhir sekali diperam di dalam bekas. Dulu guna tempayan. Tetapi sekarang ada peti ais khas untuk kimchi. 

Ahjuma memberi penerangan dalam bahasa Korea
Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kimchi



Ok..1..2..3...jom belajar buat kimchi
Rupa bentuk kimchi yang CikHan buat - ahjuma kata good
Ginseng milk - sedap...
Antara resepi yang dibuat daripada kimchi
Ok...senang jer nak buat kimchi ni tetapi selalunya dibuat dalam kuantiti yang banyak. Kimchi boleh disimpan berbulan-bulan...dan lagi lama lagi sedap katanya. Tu la sekali-sekala ke negara orang dan belajar budaya mereka best gak...ok lepas kimchi...kita orang semua dibawa mencuba hanbok...so tunggu....CikHan nak menonton citer Ms Kim... The Queen of The Office...

Sunday, May 26, 2013

SOUTH KOREA TRIP - LETS THE TRIP BEGIN

Rombongan yang CikHan sertai ini hanya seramai 22 orang termasuk Tour Leader. So dalam bas tak lah sempit sangat dan masing-masing boleh la duduk 2 seat sorang. Kebetulan pula hari yang kami sampai adalah hari perayaan kelahiran Buddha..so kira cuti umum bagi Korea Selatan. Bersambung pula cuti Sabtu dan Ahad. Makanya, perjalanan yang sepatutnya sejam setengah telah menjadi hampir empat jam. Sempat ler tidur dalam bas. Sampai jer..terus makan tengah hari. Korean dishes..selalu tengok dalam rancangan variety 2 Days 1 Night jer..nasi (ala-ala rasa macam pulut), sup tauhu + seafood, beberapa side dishes yang CikHan pun tak tau nama termasuk kimchi, dan grilled mackerel. Paling best CikHan suka grilled mackerel. Sedap. Dan air lak..hanya air kosong jer...memang healthy dishes la..

Greetings from Icheon-Si

Salah satu side dishes

Health food..banyak sayur

Sedang menunggu nasi..nasi dimasak dalam bekas macam lesung batu. Kedai ni siap ada wifi lagi

Banyakkan side dishes ..

Grilled Mackerel

Sup tauhu ..

Kimchi tetap ada
Lepas makan, kami dibawa ke destinasi seterusnya...so tunggu..

Friday, May 24, 2013

SOUTH KOREA TRIP - SAFELY ARRIVED AT INCHEON AIRPORT

Alhamdulillah...CikHan and rombongan selamat tiba di Incheon Airport. Dengan muka yang tak mandi..he he nasib baik bawa wet tissue..lap-lap muka sikit. CikHan dengan Incheon Airport adalah lapangan terbang terbaik di dunia bagi dua tahun berturut-turut. 


Sambil berjalan ke arah kaunter imigresen, sempat lah mengambil gambar yang menarik perhatian CikHan. Antaranya 

Tempat minum air awam

Tandas memang tip top..bersih. Cuma kena bawa botol air kosong.

Pemandangan kapal terbang yang sedang siap mengambil penumpang
Masa untuk pemeriksaan imigresen..barisan untuk Passport Foreigner memang panjang. Tetapi officer di sana terus meminta kami masuk sahaja kaunter untuk Korean Passport so tak de la nak berdiri lama. Lepas tu pergi naik tren ke tempat bagasi...semuanya beratur. Pintu tren masuk hanya dibuka apabila semua orang di dalam tren telah keluar. Sampai jer tempat bagasi..there you are..my luggage already waiting for me.

Masing-masing sedang mengambil beg

Macam beg CikHan jer
Oleh kerana tak de apa nak declare...kami terus jer keluar mencari our tourist guide, Ms Yumi. Ms Yumi welcomed us and informed that we have to wait for bus at outside. Bila keluar rasa refreshing sesangat..ye le cuaca tak panas..dan ada angin bertiup..sejuk dan nyaman.

Keluar dari Incheon Airport

Hmm tak tau apa tuh..
So dalam 10 minit..bas pun sampai. Maka bermula la perjalanan lawatan kami..ok la..nanti sambung semula..bye.

SOUTH KOREA TRIP - DEPARTURE


Alhamdulillah...trip CikHan ke Korea Selatan berjalan lancar. Memang best. Dan tetiba CikHan teringat kata-kata kenalan chat CikHan 12 tahun yang lalu... pergi jer ikut tour group..senang dan selamat. So, ini adalah kali pertama CikHan ke luar negara mengikut tour group di bawah seliaan Poto Travel. Thanks Miss L kerana kenalkan Poto dengan CikHan. 

CikHan bertolak pada 16 Mei jam 11.30 malam. So, CikHan parking kereta kat rumah Miss L. Daripada rumah Miss L, we all naik Air Port Taxi. Miss L dah arrange teksi. Yang kelakarnya ..boleh tersilap teksi lak. Dah siap masuk beg dalam bonet dan tetiba driver teksi dapat call daripada customer sebenar. Dah kena keluar balik. Dalam 10 minit, baru lah teksi kita orang sampai.

Sampai KLIA dalam jam 5.30 petang. Awal giler..sebab kita orang kena berkumpul dalam 8.30 malam dengan tour leader. So sambil mengwifikan diri dan mengupdate status, we all lepak la kat Secret Recipe. CikHan order Honey Lemonade sejuk dan kek chocolate  indulgence sementara Miss L minum hot honey lemon. Masa tuh kepala CikHan dah pening. Panas agaknya.

Dalam 8.30 malam, rombongan Poto Travel berkumpul. Bagi passport dan semuanya mereka uruskan. Apa yang CikHan tau..kami dok melepak sambil menunggu flight MH66 yang dijadualkan pada 11.30 malam. Tapi malam tu flight kita orang delayed sikit so dalam jam 12.00 tengah malam baru bertolak. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 6 jam lebih dan hmm kematu gak ler dok duduk lama. Nasib baik ler MAS ada lagu favourite CikHan...Suju, TVXQ, BTOB jadi peneman tidur. Memang terbaeekkk. Sebelum tido, kami disajikan sandwhich ...dan dua jam sebelum sampai Incheon Airport..we have a breakfast. CikHan pilih nasi lemak. Alhamdulillah kenyang. Ok la...nanti kita sambung lagi. Sekarang ni ada problem tak leh nak upload gambar dari laptop terus ke blogger. Entah apa masalahnya tak tau la..terpaksa upload ke Picassa dulu...dah la space pun tak banyak... ok..take care.

Thursday, May 16, 2013

JOURNEY TO FIND SEOUL

Hari yang dinanti telah tiba. Jap.lagi dah mak naik flight ke Korea. So nantikan update -update yang menarik yer...

Monday, May 13, 2013

5 DAYS TO GO

Yes...five more days for TVXQ Catch Me Tour Concert in Malaysia. Yes Cassie...are you ready? I wish I could attend but sadly because I already planned my trip to South Korea. So my dear friends who are going to this concert..enjoy yourself...

Credit to MY-TVXQ


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...