Tuesday, May 13, 2014

BAD NEIGHBOURS

Bad neighbour...kalau tengok poster nampak macam Zac Effron yang macam jahat. Jirannya...sebuah famili terdiri dari sepasang suami isteri dan anak perempuan berusia 6 bulan. Lepas CikHan menonton filem ni...ha ha sebenarnya dua-dua tak nak mengalah. Ceritanya direct sahaja...tetapi memang patut la diklasifikasi untuk 18 tahun ke atas...perkataan f#$&, d÷$# ..dan adegan-adegan yang #&$^$ memang tak terkira la. Tetapi yang bestnya..strategi nak melawan sesama jiran la. Dan yang CikHan tak lupa adegan Mac nak melompat tetapi terkena kipas ..rasa satu panggung menjerit ouchh... so kesimpulannya...biasa je citer ni dan tak boring untuk ditonton.

THE OTHER WOMAN

Siapa sangka girlfriend suami menjadi kawan baik kepada si isteri. Memang pada mulanya rasa tidak puas hati berlaku. Si girlfriend ingatkan boyfriendnya lelaki bujang. Si isteri pula terlalu mempercayai suaminya yang sebenarnya memang ada perancangan untuk mengaut kekayaan dan menjadikan isterinya kambing hitam. Pertemuan girlfriend dan isteri akhirnya berjaya menghidu niat jahat si suami. Dan pada masa yang sama si suami ada girlfriend yang jauh lebih muda, seksi daripada kedua-duanya. Maka bermulalah episod terbina ikatan persahabatan dan rancangan untuk mengenakan si suami. Pendapat CikHan, The Other Woman ada cerita yang menarik dengan plot yang ringkas dan mudah difahami di samping dialog yang kekadang membuat anda tetiba ketawa. Memang best. So, filem ni last week CikHan tonton...dan hari ni nak menonton BAD NEIGHBOUR. Dengar cerita ni box office di US...ok...bye.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...