Sunday, October 30, 2016

PANDA MAKAN DUIT


Pagi tadi ternampak duit syiling 20 sen terjatuh dari tangan anak saudara berusia 2 tahun. Cepat-cepat dia ambil dan sorok. Cuba minta...tapi dia geleng kepala..tetiba nampak beg duit syiling panda. Terus pujuk...adik meh simpan duit dalam beg panda. Cepat-cepat dia berlari dan bagi. Apalagi..buat magik kononnya masukkan duit dan tutup. Kemudian hulur kepada dia. Dia pun ambil dan buka sambil pandang muka...tak de pun duit.  Panda dah makan lah dik...ok..mak long nak bersiap...nak balik KL. Sian adik..mesti terpinga-pinga.

Tuesday, October 18, 2016

HARI DINANTI TIBA




15 Jun 2016. Tarikh aku masuk bilik OT. Bukan overtime tau...Operation Theater. Sehari sebelum masuk bilik OT, aku diberi ubat untuk cuci usus. Lepas minum ubat tu...aku ke tandas beberapa kali. Memang cuci usus betul. Makan pun benda-benda yang cepat hadam. Pisau cukur pun diberi untuk mencukur apa yang patut. Lepas jam 12 malam dah tak boleh makan apa-apa. Malam tu diberi lagi ubat tidur. Aku ingat aku terus tidur lena sampai pagi esoknya. Rupanya tengah malam pun aku terbangun. Ubat itu lebih kepada penenang. Paras gula, tekanan darah, suhu badan memang kena ambil kira. 

Esok paginya, aku dibekalkan ubat bontot untuk buang segala apa yang tertinggal. Dua biji lak tuh. Bangun dan mandi. Pakai baju OT. Lain2 tak perlu pakai. Lepas tu baring lah tunggu giliran. Beristigfar dan selawat sebagai peneman. Aku rasa macam tenang. Malas nak fikir apa sangat. Masa masuk ke wad, doktor telah maklumkan bagaimana, pro dan kontra akibat pembedahan termasuk doktor bius. Dietician pun hadir untuk cerita pasal makanan. Kalau terkenang semula...nak tergelak pun ada.

Aku adalah pesakit kedua yang akan dibedah pada hari itu. Pukul 11 pagi aku dibawa oleh cik misi yang comel2 turun ke bilik bedah. Sampai di sana aku diletakkan di suatu sudut sambil tekanan darah dan nadi dipantau. Doktor bius datang untuk tanya pilihan aku untuk ubat penahan sakit sama ada epidural atau morfin. Aku pun pilih Epidural dan aku yakin Allah telah membantu aku dalam membuat keputusan yang terbaik untuk ku. Masuk je dewan bedah, aku disuruh duduk untuk memasukan epidural di belakang. Tahan je la...Lepas tu aku disuruh baring dan aku diberi ubat bius. Dua kali jer aku berselawat...sedar-sedar nama aku dipanggil. Tekak aku masa tu kering sangat. Alhamdulillah..pembedahan berjalan lancar. Thanks to Dr Jamil and team. Aku dibawa ke unit pemerhatian tingkat 6 untuk pantauan rapi. Sakit? Huh memang sakit tapi masih boleh bertahan. Kaki aku dipakaikan stokin sebab untuk lancarkan perjalanan darah. Oh ya..sebelum aku masuk wad, aku telah mengupah jururawat peribadi untuk 24 jam selama 7 hari. Terpaksa ambil juga sebab perlu ada orang jaga untuk bangun dan sediakan apa yang patut. Aku tidak mahu menyusahkan mak. Tambahan bulan puasa lagi la. Famili aku pun aku suruh datang sehari selepas aku dibedah. So, terima kasih kepada jururawat peribadi..mereka lah yang sentiasa memaklumkan keadaan ku kepada keluarga ketika aku di bilik bedah. Ok lah..nanti sambung semula... nak makan keledek jap.

Monday, October 17, 2016

KUIH-MUIH

Khamis 13/10/16 - Hari aku berjumpa dengan ex-coursemate semasa di UM dulu. Well...gadis-gadis melayu Kejuruteraan Kimia Batch 1995/99. Kami cuma ada 4 orang je daripada 30 orang. Ni la rakan2 study ..rakan2 tengok wayang..rakan2 hu ha hu ha. Tapi kali ini cuma kami bertiga je dapat berjumpa. Yang seorang lagi sibuk. Selepas aku abis rawatan radioterapi, aku terus ke KLsentral naik ERL dari Putrajaya. Aku guna TnG ...so kos sebenar aku tak perasan la pulak. Temujanji jam 2.00 petang. Aku sampai sebelum 12 tengah hari. So aku pun merayap la dulu ke NU Sentral...cari tempat makan. Tekak aku nak rasa makanan ringan dan local food. Sekali ternampak la Nyonya Colors. Wah...cantik2 nya kuih but the harga fuhh..quite pricey. Of course la..what do you expect ..Nu Sentral @ KLSentral. Sewa dah berapa kan...


Kuih-kuih memang nampak menyelerakan. Di susun dengan susunan memang menggoda. Lebih2 orang tengah lapar macam aku. Sekeping kuih berharga  dari RM1.00++. Masuk GST rasanya.  Aku pun browse the menu. Ada macam2 selain kuih-muih. Nasi lemak, mee goreng..etc. Harga dlm RM10-20. Aku mencari roti bakar je. Malas nak makan berat2 since nanti pun ada lunch date. Tapi teringin nak makan kuih....aku pun pilih buah melaka. Ok..total price kena bayar RM9.65 termasuk secawan kopi O :) . Ok la..jika diambil kira suasana kedai dan servis.

Aku makan buah melaka. Berapa ulas aku pun tak pasti. Lepas tu roti bakar dan last sekali kopi O. Buah melaka memang sedap. Roti bakar pun ranggup. Apa yang aku fikir...konsep Nyonya Colors ni memang bagus. Memperkenalkan kuih-muih tempatan di kala era kedai makan yang sibuk dok buat western food like churros la...pie la..pasta la..what ever cheese la.. Aku dengar kat KLCC pun ada Nyonya Color ni... Betul ke? Sambil dok makan, aku terbayangkan kuih-kuih tempatan yang jual gerai2 biasa...itu pun kita dah bising kalau satu ketul rega 40 sen...🤔.

Wednesday, October 12, 2016

KUEH TEOW GORENG LEMAK MANIS

Post kali ini kita tukar sikit. Cerita pasal resepi. Baru je masak tadi. Untuk dinner malam ini. Main campak-campak je..dan ringkas and simple gitu.

Bahan-bahan
Kueh teow
Bawang merah dan bawang putih (dikisar)
Cili kering yang dikisar
Sedikit halia (cincang halus)
Udang kering dan ikan bilis
Tomato
Sayur sawi
Lobak merah
Cili sos
Sos tiram
Telur dan sedikit air
Kicap lemak manis

Kaedahnya:
1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang merah dan halia
2. Masukkan cili kering yang dikisar apabila dah naik bau
3. Tumis sehingga sebati.
4. Masukkan udang kering dan ikan bilis. Biarkan seketika
5. Asingkan ketepi kuali dan pecahkan telur. Kacau.
6. Gaul kesemua bahan di dalam kuali dan masukkan sedikit air.
7. Masukkan sos tiram dan sos cili.
8. Tambahkan sayur sawi, lobak dan tomato.
9. Kacau hingga bergaul mesra.
10. Tambahkan kueh teow dan kicap lemak manis.
11. Gaul hingga kueh teow masak dan kering. Rasa la sama ada cukup rasanya. Saya tak guna garam sebab sos tiram dah bagi rasa masin.

Lagi satu, kuantiti bahan tu agak2 la untuk beberapa orang makan. Saya tak sukat sangat. Ok selamat mencuba.

WELCOME TO IKN



Aku tinggal di KPJ sehingga hari Ahad. Enam hari di KPJ. Hari Selasa berikutnya baru appointment dengan IKN. Aku masih trauma nak balik sebab takut kejadian tumpah darah berlaku lagi. Walaupun dah 4 beg darah masuk, Hb aku masih rendah dan bawah 10. Aku keluar wad hari Isnin. Aku hanya berdoa agar aku diberi kekuatan untuk meneruskan aktiviti harian.

31 Mei 2016. Hari pertama aku mendaftar di IKN. Masa tu agak kabur...mana nak pergi...macam mana nak daftar. Ikut appointment doktor Raz bagi jam 9.00 pagi. Sampai IKN sebelum jam 9.00 pagi tetapi parking dah hampir penuh. Aku pun berjalan cari pintu masuk. Masuk ke bahagian Radioterapi dan Onkologi bertanya apa yang perlu dibuat sambil tunjuk surat doktor. Aku disuruh naik ke tingkat 3 ..ke klinik Multidiscipline. Sampai sana, nurse minta aku daftar di Daftar Pesakit Luar. Fuh masa tu aku rasa macam susah sangat. Dah daftar dengan bayaran RM5, aku diberi nombor pendaftaran 0089. Aku kembali ke klinik Multidiscipline dan memberikan buku JINGGA. Duduk sambil menunggu giliran untuk dipanggil masuk. Kebetulan di sebelah aku, ada seorang aunty jadi rakan berborak. Masalahnya sama seperti aku. Pendarahan yg banyak. Ada tumor dan dia dah melakukan pembedahan buang sistem peranakan di sebuah hospital di Ipoh. Dia banyak bagi galakan dan motivasi supaya aku ambil langkah yang sama dan tiada apa yang perlu dirisaukan. Aku berasa lega.

Kemudian nama aku dipanggil untuk proses pengambilan darah, tekanan darah dan timbang berat. Huh...drastik betul berat aku turun dari 80kg kepada 65 kg dalam masa 6 bulan. Selera makan memang tak de. Kemudian aku dipanggil masuk mengadap doktor. Doktor tanya macam2 soalan. Rasa rimas pun ada sebab darah aku masih keluar. Akhirnya doktor panggil aku masuk untuk ambil sampel. Paps smear. Aduh sakitnya. Segan ada. Darah pulak keluar. Doktor cakap jangan bimbang. Pesakit macam aku ni memang berdarah katanya. Aku nak tergelak pun ada. Seluruh badan diperiksa untuk kesan sebarang bengkak di mana2. Kemudian dia ambil sampel dari rahim. Hu hu sakitnya tak tau nak cakap. Lepas selesai, doktor suruh aku masuk wad pada hari Jumaat untuk minor operation pada Isnin. Berdebar -debar pun ada. Tapi aku tawakal dan berserah pada Allah. Risau macam-macam sebab siapa nak jaga Meow bila aku masuk hospital. Tapi itu la..Allah lebih  Maha Mengetahui dan perancangan Allah adalah yang terbaik.

Tuesday, October 11, 2016

DISYAKI KANSER




26 Mei 2016 - Masa di bilik CTScan aku nampak Dr B macam berkerut sesuatu. Dia suruh aku ke bilik Ultrasound Scan..dua kali dia scan termasuk alat yg baru. Masa tu aku hanya dengar ada blood vessel. Kemudian dah selesai..Dr B maklumkan nanti Dr Raz maklumkan. Petang itu Dr Raz masuk melawat macam biasa. Nampak macam ada sesuatu yg kurang menyenangkan untuk disampaikan. Dr Raz maklumkan dia terpaksa batalkan pembedahan aku kerana disyaki ada kanser. Dia sarankan aku ke IKN. Dia akan tulis surat rujukan pihak sana. Masa tu aku tak tau nak rasa macam mana. Sedih? Tak de air mata. Terasa tenang. Aku minta Dr Raz buat sahaja pembedahan itu sebab aku tidak mahu lagi menanggung kehilangan darah. Kali ini masuk ke wad dah 4 beg darah aku masuk. Dr Raz maklumkan dia tidak boleh teruskan pembedahan kerana prosedur pembedahan melibatkan kanser adalah berbeza. I will sent you to a better hand. Itu la kata2nya yang masih tergiang-giang sampai sekarang. Her decision was right. A lot thanks to her.

Aku petang itu terus call my bff, Ina. Sepanjang aku sakit dan menghadapi emergency, dia la yang selalu bantu aku. Aku menangis. Ina menenangkan aku. Malam itu dia datang..siap bawa makanan lagi. Thanks to her husband also...sebab benarkan Ina menolong aku selalu. Ina menasihatkan aku untuk memaklumkan kepada keluarga aku. Sebab selama ini aku memang banyak berahsia kemasukan ke hospital. Tak nak menyusahkan. But I was wrong. Kita perlu bagi beritahu keluarga sebab sokongan mereka adalah penting dalam menghadapi cabaran ini. Terima kasih mak, adik dan adik ipar kerana menjaga aku sewaktu pembedahan dan terima kasih pada Haikal dan Humairah...jadi tukang penceria waktu mak long berehat selepas pembedahan.

Friday, July 15, 2016

JUMPA DOKTOR RAZ SEMULA

25 Mei 2016..Doktor Raz datang melawat. Segan rasanya. Dah asyik miss follow up check up. Doktor Raz tetap layan macam biasa. So daripada keputusan ujian darah, Doktor Raz maklumkan pemindahan darah perlu..dan akhirnya CikHan nekad untuk ikut saranan doktor untuk buang rahim. Doktor Raz kata dia akan buat CTSCAN dan pembedahan dibuat pada 2 hb Jun. Pembuangan rahim ni dah lama Doktor Raz sarankan memandang CikHan asyik masuk Hospital. Tapi biasalah takut dengan operation...akhirnya akur juga. Dah penat pantang makan itu ini...makan ubat herba itu ini...tapi masih berlaku. Pucat..letih memang jadi teman. Susah nak fokus ditambah lagi nak menghadapi karenah orang ... PENAT. 😕

Wednesday, July 13, 2016

MASUK HOSPITAL LAGI

24 Mei 2016...dalam jam 1230 am..CikHan gagahkan diri untuk pandu ke KPJ Kajang. Yes..kena serangan lagi. Darah tetiba keluar bersama-sama ketulan darah. Jantung dan nadi berdenyut laju.

Sampai di KPJ sempat parking kereta. Dulu pernah sekali pergi emergency KPJ...akhirnya Pak Guard yang tolong parking kereta. Gagahkan diri berjalan ke Emergency. Nurse bawakan wheelchair dan terus masuk ke katil. Ambil darah dan hemoglobin CikHan dah jatuh ke 5.4. Doktor kata masuk wad dan esok Doktor Raz akan buat rawatan. Buat masa tu..doktor bekalkan oksigen untuk pastikan tidak pitam dan sebagainya. Pendaftaran masuk pun berlaku di katil kecemasan...😊

Thursday, June 30, 2016

HEAVY BLEEDING

CikHan nak bercerita...bagaimana CikHan perlu menjalani major operation. Bermula tahun 2009, CikHan buat pertama kalinya mengalami heavy menstrual bleeding sewaktu datang bulan. Sebelum ni...haid CikHan tak teratur...pernah setahun tak datang tapi CikHan buat tak tau jer. Sehingga satu hari...darah keluar banyak sangat. Pergi klinik...doktor bagi ubat tambah darah ...but darah tetap keluar banyak sehingga hari ke empat ...CikHan pucat dan tak mampu nak bangun. Call member hantar tetapi masa member hantar ke hospital..CikHan dah nak pitam. Masuk hospital...hemoglobin darah merah dah 6. Normal 10-13. Akhirnya kena buat pemindahan darah. 4 beg darah. Itu pengalaman pertama masuk darah. Dah sihat ..keluar hospital...kena selalu follow up. Doktor bagi bekalan henti darah, tambah darah ..a.k.a iron dan Norculut. Alhamdulillah...sihat kembali. Dan masa tu hasil daripada scan...tiada apa2. So suspect hormon tak seimbang. So CikHan hidup dengan bahagia tetapi bila period terasa trauma gak. Tapi lepas tu period jadi tak menentu tapi masih tak jumpa doktor. Biasalah CikHan jenis takut hospital. Nasihat CikHan...kaum wanita di luar sana jika corak kedatangan period tak teratur..jumpa la doktor dengan segera.

REDHA

Assalamualaikum...sebenarnya hari ini adalah hari ke 12 selepas operation major. Yes...operation major. Tak tau la adakah sebab salah CikHan yang dulu tidak mahu jalani pembedahan...atau sememangnya perancangan Allah itu adalah yang terbaik. CikHan redha jer dengan ujian Allah ini sebab itulah yang terbaik. Allah memberi peringatan pada CikHan agar sentiasa berada di dalam jalan yang diredhai Nya...juga memberi kesempatan untuk berehat seketika daripada kerja yang semakin entah apa2...harap bila kembali bekerja...suasana kerja telah tenteram. Hikmahnya lagi...mungkin ini lah masa untuk assistant CikHan belajar semasa ketiadaan CikHan. Dan juga memberikan kelapangan CikHan untuk bersama keluarga. Alhamdulillah...

SETAHUN SUDAH BERLALU

Assalamualaikum....wah setahun sudah berlalu...lama tak mengemaskini blog ni. Kalau ibarat rumah...sure berhabuk banyak. So macam2 peristiwa dan pengalaman CikHan tempuh...nanti akan CikHan ceritakan...ok la...buat masa ni ...bior CikHan kemas mengemas apa yang patut.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...