Tuesday, October 18, 2016

HARI DINANTI TIBA




15 Jun 2016. Tarikh aku masuk bilik OT. Bukan overtime tau...Operation Theater. Sehari sebelum masuk bilik OT, aku diberi ubat untuk cuci usus. Lepas minum ubat tu...aku ke tandas beberapa kali. Memang cuci usus betul. Makan pun benda-benda yang cepat hadam. Pisau cukur pun diberi untuk mencukur apa yang patut. Lepas jam 12 malam dah tak boleh makan apa-apa. Malam tu diberi lagi ubat tidur. Aku ingat aku terus tidur lena sampai pagi esoknya. Rupanya tengah malam pun aku terbangun. Ubat itu lebih kepada penenang. Paras gula, tekanan darah, suhu badan memang kena ambil kira. 

Esok paginya, aku dibekalkan ubat bontot untuk buang segala apa yang tertinggal. Dua biji lak tuh. Bangun dan mandi. Pakai baju OT. Lain2 tak perlu pakai. Lepas tu baring lah tunggu giliran. Beristigfar dan selawat sebagai peneman. Aku rasa macam tenang. Malas nak fikir apa sangat. Masa masuk ke wad, doktor telah maklumkan bagaimana, pro dan kontra akibat pembedahan termasuk doktor bius. Dietician pun hadir untuk cerita pasal makanan. Kalau terkenang semula...nak tergelak pun ada.

Aku adalah pesakit kedua yang akan dibedah pada hari itu. Pukul 11 pagi aku dibawa oleh cik misi yang comel2 turun ke bilik bedah. Sampai di sana aku diletakkan di suatu sudut sambil tekanan darah dan nadi dipantau. Doktor bius datang untuk tanya pilihan aku untuk ubat penahan sakit sama ada epidural atau morfin. Aku pun pilih Epidural dan aku yakin Allah telah membantu aku dalam membuat keputusan yang terbaik untuk ku. Masuk je dewan bedah, aku disuruh duduk untuk memasukan epidural di belakang. Tahan je la...Lepas tu aku disuruh baring dan aku diberi ubat bius. Dua kali jer aku berselawat...sedar-sedar nama aku dipanggil. Tekak aku masa tu kering sangat. Alhamdulillah..pembedahan berjalan lancar. Thanks to Dr Jamil and team. Aku dibawa ke unit pemerhatian tingkat 6 untuk pantauan rapi. Sakit? Huh memang sakit tapi masih boleh bertahan. Kaki aku dipakaikan stokin sebab untuk lancarkan perjalanan darah. Oh ya..sebelum aku masuk wad, aku telah mengupah jururawat peribadi untuk 24 jam selama 7 hari. Terpaksa ambil juga sebab perlu ada orang jaga untuk bangun dan sediakan apa yang patut. Aku tidak mahu menyusahkan mak. Tambahan bulan puasa lagi la. Famili aku pun aku suruh datang sehari selepas aku dibedah. So, terima kasih kepada jururawat peribadi..mereka lah yang sentiasa memaklumkan keadaan ku kepada keluarga ketika aku di bilik bedah. Ok lah..nanti sambung semula... nak makan keledek jap.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...