Selamat Hari Bapa...untuk semua yang bergelar bapa. Tentu ramai yang merancang untuk membawa bapa masing-masing meraikan hari ini. Ada yang belanja makan, ada yang masak masakan special...tapi aku? Hmm..hanya sedekah Al-Fatihah dan doa sahaja yang aku berikan. Ayahku sudah meninggal lebih kurang 11 tahun. Perginya seolah-olah dia telah menyempurnakan tugasnya. Mendidik aku dan adik aku menjadi orang yang berguna. Masa itu, aku baru sahaja mendapat kerja. Tidak sempat untuk aku menyempurnakan kesenangan untuknya. Walapun dia dah tiada, tetapi dia tetap tersemat dalam jiwa aku setiap hari dan sentiasa ingat kepada pesanannya seolah-olah dia masih di sisi ku. Al Fatihah...
Sunday, June 19, 2011
Sunday, June 12, 2011
SALAM PAGI AHAD
Hmm dah jam 8.00 pagi, Sepatutnya selepas Subuh tadi aku harus berjogging tapi apabila penyakit M menyerang..semua dah jadi lain. Hati memujuk..tak yah ler...nanti dok kemas rumah berpeluh gak...nanti pun nak pergi main boling kan..exercise gak tuh....hmm terus melepak di katil sambil dok melayari internet. Tak tetap pendirian langsung....
Sebenarnya banyak yang nak diceritakan tetapi pagi ni macam tiada idea. Gambar lak banyak diuploadkan tetapi malas. Aku ada minggu ini untuk berehat...minggu depan dah ada game boling...minggu lagi satu ..nak balik kampung dan minggu seterusnya...yeay..aku ke Langkawi. Walaupun hanya dua hari satu malam...tapi kira ok lah...nak tunggu pi sendiri entah bila... he he ..ok la..nak mulakan hari dengan mengemas rumah...kalau aku layan ni ...sampai tengah hari tak habis...bye
Sunday, June 5, 2011
WALK FOR MIND DI BUKIT TINGGI
Walk for mind...hmm maknanya bersiar-siar. Destinasinya tidak lah berapa jauh dari KL. Dah memang lama nak pergi ke sana...dan semalam baru ler berpeluang. Memang nak tido bermalam di sana tetapi biasa ler dah waktu puncak mana nak dapat. Semua penuh...sendiri salah la... So masuk jer dah kena bayar tiket. Lepas tuh aku dan kawan aku, Miss R menuju ke Colmar Tropicale. Sampai sana...apa lagi ambil gambar. Sesuai ler untuk keluarga yang nak bersiar-siar.
Rasa macam kat Perancis lak...ye ke? |
Landscape memang kelas |
Keindahan di sekita Colmar Tropicale |
Santai jom |
Sape lak ni??? |
Lepas tu, we all naik kenderaan ke Japanese Village dan Botanical Garden...Taman Arnab pun ada tetapi tak sempat nak pergi sebab tunggu kenderaan daripada Japanese Village ke Colmar Tropicale punye ler lama....setiap 30 minit katanya. Tetapi setiap kali datang jer orang dah berebut-rebut nak naik. Sian kat bebudak. So, nasihat aku naik jer ler kereta sendiri sebab parking memang ada ataupun datang jer la waktu bukan cuti public atau sekolah. Japanese Village akan ditutup pada 6.00 petang buat sementara ini. Maka, seeloknya jadikan Japanese Village destinasi pertama anda. Pergh...macam exercise beb..jalan berbukit masa nak sampai ke atas. Dan..janganlah pakai kasut tinggi..lebih-lebih lagi yang runcing..sakit kaki ..anda yang susah nanti.
Antara fauna di Japanese Village |
Jangan pakai kasut tinggi... |
Bunga lagi |
Bunga apa ni...seri pagi ke?? |
Dah lama tak nampak bunga ni...kat sini banyak |
Bunga ni pun tak tau ler apa namanye |
Adeh...penat gak mendaki..elok dijadikan riadah |
Botanical garden...tak larat nak turun dah |
Spa..hmm kena fikir dulu ye |
Tak sempat nak cuba kimono...ramai sangat |
Air terjun |
Lepas dari Japanese Village, kami lepak-lepak semula di Colmar Tropicale .. ada persembahan rupanya...hmm enjoy je la
Jinaknya angsa ni |
Lovely rose |
Angsa hitam lak |
Ambil ler gambar aku |
Patutler ramai yang tengok |
Pizza for lunch |
Tak sempat nak tengok silap mata |
Dewan ala-ala Eropah |
Karikatur pun ada |
Awek ni tekun ambil gambar..sorang-sorang lak tuh |
Subscribe to:
Posts (Atom)