Wednesday, August 24, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Wah tentu semua sedang senyum ..panjang ke telinga. Sebab tak lama lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Cuti panjang pulak tuh...seminggu. Yang pasti KL pasti sunyi. Jalan raya lenggang ..boleh bergolek-golek lah kepada sapa yang berani. Tetapi bermula Jumaat hingga Isnin pastinya jalan raya utara selatan timur barat pasti sesak sebab semua nak balik kampung. Anda bila agaknya bertolak? Saya pun tengah dok fikir ni nak keluar pukul berapa jika balik pada Ahad pagi. Kenapa tak balik Jumaat atau Sabtu? Huh...jangan lupa masih ada spesies yang kena kerja pada hari Sabtu termasuk saya. Ingat nak balik petang sabtu tapi bila fikir balik...ohh tidak sanggup untuk menempuhi kesesakan dengan kereta manual saya yang comel itu. Silap-silap sampai pagi Ahad. Lagipun I kan balik sorang so kena berhati-hati la..

So sempena Hari Raya tahun ini, apa yang anda beli untuk anda dan keluarga anda? Saya masih tercari-cari baju kurung yang sesuai...tudung yang sesuai. Lagipun harga baju kurung pun agak mahal so tunggu dah dekat nak raya...mesti harga potong habis derr. Kuih? Hmm..tahun ini saya malas nak beli kuih atau buat kuih. Sebab, emak saya memang terer bab-bab membeli kuih. Untuk elak pembaziran kuih selepas raya..baik saya jangan beli apa-apa. 

So,,selamat memandu kepada yang memandu dan ingat diri ingat keluarga. Biarlah hari raya ini kita dapat meraikannya dengan penuh rasa kesyukuran dan gembira. Amin

Wednesday, August 17, 2011

30 MORE TO GO

Fuh...so slow to achieve my target..my ideal weight. Almost more than one month, I only managed to loss 3 kg..even during fasting month. I need to reviews again my food intake. May be too many sweet food..but how can I resist a very yummy food. When go to Pasar Ramadhan..you can see it everywhere... Some more no more exercise during this month. Everybody was tired..no more ping pong which I used to play after work. So, need to review exercise plan also. Hmm can walking during search for food and shopping count as exercise? Hmmm..

Sunday, August 14, 2011

HONDA CITY PUTIH

Hari ini hari Ahad dan tak sampai sebulan lagi Hari Raya Aidilfitri menjelang, aku menghantar kereta ke pusat servis. Selalunya sebelum 8.30 pagi aku dah sampai tetapi hari ini lambat sikit. Jam 9.00 pagi. Kereta dah banyak dan semuanya major service...arghhh maknanya lambat ler.... Dari nak buat minor service akhirnya aku pilih nak buat lube service. Next visit, baru minor service. Tu la...hari raya jer bengkel kereta mesti penuhnya...akhirnya, tokey bengkel kata...ok i buat kereta you dulu...lube service kejap jer... Then before 10.30 pagi kereta dah siap. Alhamdulillah...

Lepas tu terus memandu ke Cheras Selatan. Biasa ler beli barang sebab hari ini macam teringin nak masak tomyam. Masa dok balik tuh yang ternampak Honda City berwarna putih..perghh cunn...hati pulak mula la congak-congak...iskhh...harus ku beli?

Saturday, August 13, 2011

AKU HAIRAN

Salam Ramadhan...hari ini dah nak masuk hari ke 14 kita berpuasa. Kejap je kan...pejam celik dah 13 hari. Dah ada yang tinggal ke ? Alhamdulillah, setakat ini puasa aku masih penuh lagi. Mana yang tinggal..kalau anda wanita faham-faham sahaja la. Walaupun anda tidak berpuasa tetapi kena hormat orang yang sedang berpuasa. Jangan suka-suka makan dan minum di depan orang yang berpuasa. Dan jangan pula berbangga sibuk bertanya nak makan apa untuk lunch. 

Teringat masa zaman muda-muda dulu...ala zaman sekolah. Masa baru mencapai akil baligh, mak sentiasa berpesan...nak makan ketika uzur di bulan Ramadhan boleh...tetapi makan sembunyi la..jangan depan orang. Hormati orang yang berpuasa. Dan sampai sekarang aku masih pegang pesanan mak aku. Aku menjadi hairan apabila ada wanita tanpa segan silu makan di pejabat secara terang-terangan...aduhai... So, jika anda tidak berpuasa,,sila la hormat orang yang sedang berpuasa :)

Monday, August 1, 2011

SELAMAT BERPUASA

Pejam celik pejam celik..Ramadhan kunjung tiba. Alhamdulillah, sekali lagi kita diberi peluang untuk menikmati keberkatan bulan Ramdhan yang mulia ini. Ye la...ganjaran pahala di bulan ini memang tak sama dengan bulan-bulan lain. Apa-apa pun selamat berpuasa untuk anda semua. Ingat..bukan puasa menahan lapar dan dahaga sahaja...mata, mulut, telinga dan seluruh anggota kita kena puasa tau...jangan ponteng...

Sahur apa pagi tadi? Pagi tadi saya sahur di rumah mak. Biasala panaskan lauk malam tadi. Jangan membazir tapi yang specialnya, ada telur goreng mata kerbau. Nasi panas ..campur kicap..selera beb ..tambah lagi ada sambal buah bacang..terangkat. Tapi tak leh ler nak tambah...ingat-ingat...saya kan tengah berdiet. Dah ler semalam bertambah nasi...oh tidak.

Petang ini tak tau ler nak buka apa. Buah bacang pun tertinggal kat kampung. Ni kena pi pasar tani ke pasar malam ni. Hmm buah bacang ni masaknya seiring dengan buah durian. Cakap pasal durian...perghh semalam dok melantak durian kampung. Best wa cakap lu...tau-tau..kalori lagi he he..so nampaknya petang ni kena berbuka ala kadar jer...kurangkan kalori ...

Sempat berblog ? Of course..kita cuti la awak..kita tak de ler nak update blog bila tengah keja...kang kena tangkap ngan bos..naya jer...ok la..izinkan hamba pergi dulu...nak tido. Ngantuk giler pandu kereta tadi....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...