Thursday, May 31, 2012
BOSS VS LEADER
Sharing is caring... dapat email daripada seorang teman..tentang perbezaan KETUA dan PEMIMPIN.
So..fikir-fikirkan lah...semoga anda juga menjadi Bos yang bersifat pemimpin...
Tuesday, May 29, 2012
DAH MENONTON MAN IN BLACK 3?
Kredit to Wikipedia |
Man In Black...yes CikHan memang tak lepas peluang menonton Man In Black...daripada MIB 1 dan terbaru MIB 3. MIB 1 menceritakan K menemuduga J sebagai agen MIB dan bertugas bersama-sama sebagai rakan yang akhirnya melihat K bersara. MIB 2 pula, K dipanggil semula...memang susah sebab ingatan K telah dipadam dan perlu dikembalikan semula dalam membongkarkan misteri Light of Zartha. Kali ini pula, J kembali ke zaman K masih muda. Ahad lepas berkesempatan untuk menonton MIB 3 di GSC. Menghiburkan..terutama alat-alat MIB pada zaman K muda....pelakon yang pegang waktu K muda pun memang macam K yang veteran la...dan CikHan menitiskan air mata apabila babak sebelum J kembali ke masa hadapan...touching gitew...dan kita akan tahu kenapa K ambil J. Rasanya tak elok lah CikHan tak ceritakan apa babak tuh..so pi la menonton MIB 3..dan you will surprise :)
Monday, May 28, 2012
BUKAN SN ..TETAPI SGN
Adoi...tak larat lak nak letak semula gambar-gambar dalam blog yang hilang. Penat nak cari. So, minta maaflah..kalau anda membaca blog yang gambarnya gelap ajer..nih gara-gara baru guna SGN..Samsung Galaxy Note...sabor jer lah...ok la..nanti mungkin gambar-gambar tersebut akan dimasukkan sebagai entry baru..ok..CikHan nak sambung menonton Secret Garden di 8TV..hmm dan Snow Queen..CikHan dah beli..tak sabor nak menonton Hyun Bin...
WHAT HAPPEN????
Alamak..takkan CikHan delete gambar yang dalam SN...gambar blog CikHan hilang...oh tidak..gambar Hyun Bin, gambar...alamak banyak tu nak letak balik...oh tidak...letih lah macam ni. Ingatkan gambar tu termemang download dalam Gallery SN...SN tu apa? Hmm nantilah citer..ni tengah nak cari gambar nih balik...
Saturday, May 26, 2012
[TV Show HD 720p] 120519 - Hong Kyung Min - I love you and remember - Im...
Hmm ..ntah macam mana tetiba tersuka lak rancangan Immortal Song 2 di saluran KBS2...best giler performance dia orang. Selebriti Korea menyanyi lagu lama.. tu la dah puas cari dalam Internet ..lagu yang Hong Kyung Min nyanyi masa CikHan menonton petang tadi...tak de lak.. so dapat yang ini ajer...nanti kalau dapat CikHan share...best. Sape Hong Kyung Min...haaa..ni baru CikHan kenal...dah lama gak jadi penyanyi..tapi CikHan suka ler sore dia...ala rock2 gitew...ok la.. CikHan nak sambung usaha mencari...ermm Hyun Bin? Masih tetap di hati...lupa nak habaq...dah beli satu lagi DVD lakonan Hyun Bin .. I' am Happy... ok..ta ta..
Tuesday, May 22, 2012
HYUN BIN LAGI?????
Kredit to Wikipedia |
Semalam CikHan berjaya meluang masa dok menonton Millionaire's First Love...kat channel mana? Ermm nih CikHan beli DVD ..hari Jumaat lalu kat Speedy Video Giant Shah Alam....dan citer nih masih lagi mampu membuat CikHan menangis..dan rasa nak menonton sekali lagi..bukan setakat nak tengok wajah ensem Hyun Bin jer tau...citer dia pun ok..touching ..sedey...
Walau apa pun...misi CikHan nak mengumpul cerita lakonan Hyun Bin is in progress...di samping beberapa cerita Korea yang CikHan rasa nak menonton...he he...oh tidak..CikHan dah jadi peminat KDrama pula...
Kalau lah dibuka semula lembaran sejarah..CikHan ni memang minat cerita drama-drama ala-ala Chinese look ni...masa sekolah dulu, CikHan memang penonton setia drama-drama Hong Kong jam 6 petang. Sampai tak nak pergi tuisyen...sanggup berhenti tuisyen. Masa tu la kan zaman era Leslie Cheung, Leon Lai, Anita Mui...ramai lagi la...kenal muka tetapi nama tak tau... citer paling best ialah Breaking Point. Lepas tu mula beralih drama Jepun lak..termasuk lah animasi. He he sebab kegilaan ini juga lah CikHan tak mau pergi sekolah asrama penuh walaupun SRP cemerlang. Mak CikHan membebel jer..tapi arwah Ayah CikHan memang rileks..tak de nak paksa anak dia pi asrama penuh. Biasa la mak bapak mana tak nak yang terbaik untuk anaknya kan...
Tapi .. abis SPM..CikHan terpaksa say bye bye kat my TV..kali ini tak leh nak menolak dah...demi masa depan..kena juga la kan melanjutkan pelajaran ke Asasi Sains..kalau tak ..nak jadi apa lak.. so sejak itu CikHan dah tak ikuti sangat drama HK dan Jepun. TV asrama memang ada tetapi kan kena tengok ramai-ramai...masa tu la zaman X-Files tengah glamer...Anyway lepas kerja ...dah boleh beli TV ..pun masih tidak dapat menyambung gak..masa lak jadi masalah. Kerja banyak...anyway thanks to technology...now boleh menonton di online...tetapi macam tak puas...skrin kecik ...tuh yang mana-mana citer best..CikHan beli ajer DVD...senang kan... mmmm tak sabar nak tunggu drama lakonan Hyun Bin seterusnya ...miss him.
Saturday, May 19, 2012
HYUN BIN FEVER
Nama : Hyun Bin
Nama sebenar : Kim Tae-Pyoung
Tarikh lahir : September 25, 1982
Lulusan : Chung-Ang University
Filem:
Come Rain Come Shine (2011)
Late Autumn (2011)
I Am Happy (2008)
A Millionaire's First Love (2006)
Spin Kick (2004)
Daddy Long Legs (2004)
Drama
Secret Garden (2010)
Friend, Our Legend (2009)
Worlds Within (2008)
The Snow Queen (2006/07)
My Name is Kim Sam Soon (2005)
Ireland (2004)
Non-Stop (2003)
Bodyguard (2003)
Friday, May 11, 2012
SECRET GARDEN FEVER
From all around the world, there are 230 countries, and among those
people I can speak 5 languages. But still, I can’t find the exact word
to define our relationship.” – Joo Won
Nampaknya demam Secret Garden CikHan masih lagi berterusan. Entah bila agaknya...lebih-lebih lagi sekarang Secret Garden sedang ditayangkan di 8TV. Banyak dialog-dialog yang terpahat..adegan yang masih terbayang...dan lagu yang setiap hari berkumandang di telinga ini...puitis la pulak... Sebenarnya banyak nak diceritakan...tapi masa tak da..sebab dihabiskan menonton Secret Garden dan mencari info tentang Secret Garden dan Hyun Bin. ..nih lagi bersemangat nak pi Korea nih...
Sunday, May 6, 2012
SECRET GARDEN DI 8TV
Ha..happy nyer...Secret Garden akan ditayangkan di 8TV ..bermula 10 Mei 2012 dan tayangan pada 8.30malam...tak caya ..klik la link ni .. SG ..tapi tak pasti la dalam Korea or Mandarin.. tapi harap dalam bahasa Korea sebab nak dengar suara Hyun Bin ..best. Bukan apa..kalau dalam bahasa Mandarin kurang dia punya aura...CikHan pun harap Astro Prima leh la tayang semula Secret Garden..masa tayang biar ler sesuai...nih ada ke jam 1.30pm..orang tengah kerja tau...ok la itu jer CikHan nak bagitau....see u next time
Subscribe to:
Posts (Atom)