Sunday, October 30, 2016
PANDA MAKAN DUIT
Tuesday, October 18, 2016
HARI DINANTI TIBA
Monday, October 17, 2016
KUIH-MUIH
Wednesday, October 12, 2016
KUEH TEOW GORENG LEMAK MANIS
Bahan-bahan
Kueh teow
Bawang merah dan bawang putih (dikisar)
Cili kering yang dikisar
Sedikit halia (cincang halus)
Udang kering dan ikan bilis
Tomato
Sayur sawi
Lobak merah
Cili sos
Sos tiram
Telur dan sedikit air
Kicap lemak manis
Kaedahnya:
1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang merah dan halia
2. Masukkan cili kering yang dikisar apabila dah naik bau
3. Tumis sehingga sebati.
4. Masukkan udang kering dan ikan bilis. Biarkan seketika
5. Asingkan ketepi kuali dan pecahkan telur. Kacau.
6. Gaul kesemua bahan di dalam kuali dan masukkan sedikit air.
7. Masukkan sos tiram dan sos cili.
8. Tambahkan sayur sawi, lobak dan tomato.
9. Kacau hingga bergaul mesra.
10. Tambahkan kueh teow dan kicap lemak manis.
11. Gaul hingga kueh teow masak dan kering. Rasa la sama ada cukup rasanya. Saya tak guna garam sebab sos tiram dah bagi rasa masin.
WELCOME TO IKN
Kemudian nama aku dipanggil untuk proses pengambilan darah, tekanan darah dan timbang berat. Huh...drastik betul berat aku turun dari 80kg kepada 65 kg dalam masa 6 bulan. Selera makan memang tak de. Kemudian aku dipanggil masuk mengadap doktor. Doktor tanya macam2 soalan. Rasa rimas pun ada sebab darah aku masih keluar. Akhirnya doktor panggil aku masuk untuk ambil sampel. Paps smear. Aduh sakitnya. Segan ada. Darah pulak keluar. Doktor cakap jangan bimbang. Pesakit macam aku ni memang berdarah katanya. Aku nak tergelak pun ada. Seluruh badan diperiksa untuk kesan sebarang bengkak di mana2. Kemudian dia ambil sampel dari rahim. Hu hu sakitnya tak tau nak cakap. Lepas selesai, doktor suruh aku masuk wad pada hari Jumaat untuk minor operation pada Isnin. Berdebar -debar pun ada. Tapi aku tawakal dan berserah pada Allah. Risau macam-macam sebab siapa nak jaga Meow bila aku masuk hospital. Tapi itu la..Allah lebih Maha Mengetahui dan perancangan Allah adalah yang terbaik.
Tuesday, October 11, 2016
DISYAKI KANSER
Friday, July 15, 2016
JUMPA DOKTOR RAZ SEMULA
25 Mei 2016..Doktor Raz datang melawat. Segan rasanya. Dah asyik miss follow up check up. Doktor Raz tetap layan macam biasa. So daripada keputusan ujian darah, Doktor Raz maklumkan pemindahan darah perlu..dan akhirnya CikHan nekad untuk ikut saranan doktor untuk buang rahim. Doktor Raz kata dia akan buat CTSCAN dan pembedahan dibuat pada 2 hb Jun. Pembuangan rahim ni dah lama Doktor Raz sarankan memandang CikHan asyik masuk Hospital. Tapi biasalah takut dengan operation...akhirnya akur juga. Dah penat pantang makan itu ini...makan ubat herba itu ini...tapi masih berlaku. Pucat..letih memang jadi teman. Susah nak fokus ditambah lagi nak menghadapi karenah orang ... PENAT. 😕
Wednesday, July 13, 2016
MASUK HOSPITAL LAGI
Sampai di KPJ sempat parking kereta. Dulu pernah sekali pergi emergency KPJ...akhirnya Pak Guard yang tolong parking kereta. Gagahkan diri berjalan ke Emergency. Nurse bawakan wheelchair dan terus masuk ke katil. Ambil darah dan hemoglobin CikHan dah jatuh ke 5.4. Doktor kata masuk wad dan esok Doktor Raz akan buat rawatan. Buat masa tu..doktor bekalkan oksigen untuk pastikan tidak pitam dan sebagainya. Pendaftaran masuk pun berlaku di katil kecemasan...😊
Thursday, June 30, 2016
HEAVY BLEEDING
REDHA
SETAHUN SUDAH BERLALU
Wednesday, January 14, 2015
CEPAT MASA BERLALU
Tuesday, May 13, 2014
BAD NEIGHBOURS
THE OTHER WOMAN
Sunday, April 27, 2014
SUNDAY DISCOVERY
Friday, April 25, 2014
MASTER'S SUN
Sunday, April 20, 2014
SO JI SUB - GREAT ACTOR
Sunday, March 9, 2014
DOA UNTUK MH370
Monday, March 3, 2014
MY FAVOURITE - DAGING GORENG SAWI
![]() |
| Yummy |
- 300g Daging lembu (Kalau boleh beli daging tempatan sebab manisnya itu memberi keenakan)
- 1-2 ulas bawang putih (erkk ulas rasanya...ulas yang kecil-kecil tuh)
- 3 ulas bawang merah
- 1 inci halia
- Seikat sawi (ataupun Bok Choy ..sawi pendek)
- Garam secukup rasa
- Air secukupnya (ikut lah..kalau nak banyak kuah..banyaklah air yang diperlukan)
- Potong daging, basuh dan toskan.
- Kupas bawang putih, bawang merah dan halia. Tumbuk hingga lumat atau pun cincang pun boleh.
- Potong sawi.
- Panaskan minyak dalam kuali...cukup untuk menumis.
- Tumis bawang putih, bawang merah dan halia sehingga naik bau.
- Masukkan daging dan gorengkan sekejap.
- Tambahkan air secukupnya. Bergantung kepada keperluan masing-masing.
- Biarkan sehingga mendidih dan daging telah lembut.
- Masukkan sawi dan garam secukup rasa.
- Kacau dan jangan lama sangat. Kalau CikHan suka sawi masih ranggup lagi.
Sunday, February 23, 2014
MAKARONI GORENG
Tetiba hari ni CikHan teringin nak makan makanan masakan sendiri. Ye la selalu sangat makan masakan kedai. Dah boring lak. Ingatkan nak makan nasi berlaukkan daging kentang bersambal...tapi dok pi hypermarket tadi tak dapat lak cari daging tempatan. Daging import ni CikHan tak berapa gemar..tak manis macam daging tempatan. Minta maaf la..sebab dari kecil dibesarkan dengan daging tempatan.
So bila balik rumah..tengok je la kat dapur yang ada..sos bolognaise ada lagi..macaroni ada...daging cincang ada....dan lobak merah pun ada...tetiba dapat idea wat makaroni goreng. Ok la..nih sambung tengok tv Running Man kat TV2...astro decoder wat hal...ok..bye



