Bola, bola, bola..huh..semua orang sudah mula terasa kehangatan Piala Dunia yang akan berlangsung tidak lama lagi. Kali ini di Afrika Selatan. Semua sudah bersiap sedia dengan pasukan pilihan. Aku? Dulu aku suka juga menonton siaran langsung bola. Itu semua zaman sekolah. Kalau arena tempatan, sudah tentu pasukan Pahang menjadi pilihan. Peringkat antarabangsa...hmm masa Piala Dunia...aku pilih England dan Germany. Ini semua adalah kenangan aku dan bola sepak.
Tuesday, June 1, 2010
Friday, May 28, 2010
AKU & STRESS
Semua orang pernah stress...orang gila jer yang mengaku dia tak pernah stress..huh...ye ke? Aku pun tak tahu. Banyak punca yang menyebabkan kita stress. Stress ini ada yang baik dan ada yang buruk. Stress yang baik... hmm contohnya stress sebab nak kena hantar laporan sebelum dateline...huh masa tu semua idea melimpah ruah sampai tak terkejar jari jemari menari di atas keyboard. Stress yang tak elok..huh lagi la banyak puncanya. Masalah kerja, masalah keluarga, masalah duit, masalah itu ini..hmm sampai 1000 tahun pun tidak habis nak cerita pasal stress.
Tak kira anda stress sebab apa pun janji anda tahu macam mana nak kendalikan stress anda. Jangan bendung stress anda sampai ke tahap yang anda mungkin tidak kenal lagi sapa anda. Banyak cara tetapi selalunya kalau aku stress...inilah cara aku:
- Aku akan cari kawan yang boleh dipercayai ... luar dan dalam. Ini penting sebab kalau kawan kita katogeri mulut tempayan..huh lagi stress dibuatnya. Aku akan bercerita la pada kawan aku masalah aku bla..bla..bla... Kekadang bukan hendak penyelesaian...cuma hanya bercerita sahaja tentang masalah. Inilah kaum Hawa yang suka bercerita masalah dengan kawan-kawannya...need somebody to listen.
- Aku akan baca surah Yassin...ini adalah cara yang aku praktikkan juga sambil berdoa.
- Aku main boling... rasa lega setiap kali baling bola boling dan STRIKE.
- Aku bersenam...tak kira la aerobik ke ... menari-nari ke (dalam umah jerr).
- Aku pi SPA...huh cari ni mahal sikit... tapi aku memang rasa feel so good....
Monday, May 24, 2010
AKU DI I-CITY
Macam yang telah aku ceritakan..Sabtu lalu aku dan Sab sempat menjenggah di I-City. Pagi tadi baru dapat gambar sebab guna kamera Sab. Memang indah sungguh..rasa nak pergi lagi,... hmm..
MONDAY OH MONDAY
Monday Blues...ha ha..hari Isnin selalunya orang malas nak pergi kerja sebab dah cuti Sabtu dan Ahad..kecuali aku. Aku bekerja 6 hari seminggu...tapi aku tak kisah sangat sebab tempat kerja dan rumah tidak jauh. Tapi, kalau rumah aku jauh dari tempat kerja..hmm mungkin aku juga dilanda Monday Blues. Hari Jumaat..ramai orang suka sebab Sabtu dan Ahad dah nak cuti...(hanya boleh digunapakai untuk negeri yang cuti umun pada Sabtu dan Ahad jerr).
Hari ini, aku pergi kerja macam biasa. Tapi yang peliknya aku awal sedikit daripada biasa. Selalu 7.30 pagi baru keluar rumah. Tapi hari ini 7.10 pagi dah dok tekan alarm kereta yang baru dibaikpulih semalam. Pagi lagi, hati dah berbunga-bunga dan tidak sabar untuk ambil gambar I-City daripada Sab. Wah memang best gilerrzzz...nampak macam fotogenik gak aku..ha ha ...fotogenik kah aku??? Ha ha...siapa lagi nak puji....
Sunday, May 23, 2010
SINAR FM KINI NO. 1
Sekalung tahniah kepada stesen radio kegemaran aku..SINAR FM telah ditabalkan No. 1. Sebut pasal SINAR FM, aku paling suka mendengar SINAR PAGI. Tak kering gusi mendengar Krill, KE dan SY. Paling best apabila trio ini baca SMS. Ada sahaja jawapannya. Aku harap trio ini tidak berpecah la... keep it up!! Tahniah sekali lagi SINAR FM.
Subscribe to:
Posts (Atom)