Hari ni salam takziah kepada penyokong GERMANY... terpaksa la melipat semua baju jersi. Tahniah bagi SPAIN dan NETHERLANDS. Perlawanan akhir pada 12 Julai ini pasti terasa hebat bagi penyokong kedua-dua pasukan. Dan sememangnya ramai mesti sudah marah dengan itu sotong. Paul the Octopus. Tentu Paul berbangga dan mengatakan RAMALANKU TEPAT BELAKA... he he dan ini pastinya ada tersimpan dendam kesumat, Tapi bagi kita orang Islam..ini hanyalah kebetulan. Janganlah berdendam dengan PAUL dan kaum-kaumnya...tetapi keenakan sambal SOTONG dengan nasi lemak memang tidak dapat dibandingkan.
Thursday, July 8, 2010
Monday, July 5, 2010
ARGENTINA DAN BRAZIL TEWAS
Hmmm..lepas ITALI kalah, aku macam dah malas je nak tengok bola..tapi apabila BRAZIL pun sudah melipat jersinya...aku bersemangat balik. Kenapa? Ha ha ha aku pun tak tahu kenapa...sehingga malam minggu lepas aku menghabiskan masa menonton perlawanan di antara ARGENTINA dan GERMANY. Belum pun 5 minit, GERMANY telah pun menjaringkan gol yang pertama sehingga separuh masa pertama tamat. Sambil meratah cekodok kari yang tak berapa sedap aku menyambung menonton untuk separuh masa yang berikutnya. Aku kagum melihat pertahanan GERMANY yang berjaya mengikat Messi. Tiba-tiba, aku terlelap. Aku tersedar apabila kucing aku dok mengiau...sedar-sedar GERMANY-3 dan ARGENTINA-0. Selepas tu..tiba-tiba GERMANY tambah lagi satu..hmm aku sokong GERMAN la... Jangan mare...
Monday, June 28, 2010
BOLING PUNYA PASAL
Boling punya pasal..kaki aku terasa sakit masa nak turun dan naik tangga. Tempias daripada bermain boling Sabtu lalu...tapi tak apa...sekurang-kurangnya kami berada pada tempat keempat bagi kategori wanita...not bad..sebab rasanya kali terakhir kami main boling hujung tahun lepas...
Tetapi, jumlah pin yang aku jatuhkan pada malam itu bukanlah yang terbaik. Sejak berboling pada Sabtu lepas, aku macam nak main boling semula...hmm ada masa ke????
ITALY TIDAK MARA
Hmm .. nampaknya World Cup 2010 ini tidak dapat dipertahankan lagi oleh pasukan Itali. Kecewa...teringat minggu lepas sebelum perlawanan Itali yang terakhir, aku sempat berborak dengan adik aku... dia kata..biasalah Itali macam ni...kalah mula-mula lepas tu bangkit..tapi malam itu..Itali kalah. Nampaknya aku kena jadi penyokong pasukan lain ..saja je nak menghangat suasana...amacam..Portugal ok tak?
Tuesday, June 1, 2010
BOLA, BOLA, BOLA
Bola, bola, bola..huh..semua orang sudah mula terasa kehangatan Piala Dunia yang akan berlangsung tidak lama lagi. Kali ini di Afrika Selatan. Semua sudah bersiap sedia dengan pasukan pilihan. Aku? Dulu aku suka juga menonton siaran langsung bola. Itu semua zaman sekolah. Kalau arena tempatan, sudah tentu pasukan Pahang menjadi pilihan. Peringkat antarabangsa...hmm masa Piala Dunia...aku pilih England dan Germany. Ini semua adalah kenangan aku dan bola sepak.
Subscribe to:
Posts (Atom)