Pergi melancong sorang-sorang? Huh... aku rasa macam nak buat jerk. Sambil bawak kamera DSLR aku yang dah berhabuk di dalam laci. Tetapi berani ke aku? Tuh yang jadi masalah. Selalunya, setiap apa benda yang kita buat mesti ada pertama kalinya. Yang pertama kali itu lah yang memerlukan keberanian untuk melakukannya. Apabila telah berjaya memecah tembok pertama kali...yang akan datang pasti mudah untuk kita melakukannya. Aku masih lagi mencari keberanian itu untuk melancong sorang-sorang.... beranikah aku? Tunggu dan lihat...
Saturday, January 8, 2011
Friday, January 7, 2011
LAVENDER MORNING YANG HILANG
Tentu korang pening memikirkan ape bendanye Lavender Morning... atau hanya aku sahaja yang berfikir sorang-sorang. Oh...tak mungkin aku berfikir apakah bendanya Lavender Morning sebab aku tahu apa itu Lavender Morning. Tadaaaaaa....
Lavender Morning adalah tajuk buku cerita hasil nukilan Jude Deveraux yang aku beli di MPH Mid Valley beberapa bulan lalu. Aku baca ...dan baca...dan akhirnya berhenti sebab buku itu telah hilang daripada pandangan mata yang comel ini. Puas aku cari..bawah katil, dalam laci, rak buku tapi tak jumpa. Akhirnya beberapa hari yang lalu aku jumpe balik...rupenyer bawah sofa daaa...hmm nampak sangat aku dah berbulan-bulan tak menyapu di bawah sofa...wah lepas ni boleh sambung balik...dan kena recall balik kisah-kisah yang aku dah baca dulu...selamat membacaaa.....
Thursday, January 6, 2011
RUTIN PAGI KU TELAH BERTUKAR
Minggu ini dah masuk hampir sebulan aku telah menukar rutin pagiku. Kalau dulu, selalunya aku akan mula bangun 6.30 pagi. Gosok gigi, berwuduk dan solat subuh. Kemudian, aku akan mengemas tempat si Meow. Bagi Meow makan. Kemudian, aku baru mandi dan bersiap untuk pergi kerja. Aku keluar rumah dalam 7.20 pagi dan paling lewat pun dalam 7.30 pagi. Aku akan singgah membeli sarapan di kedai dan akan tiba di pejabat dalam 7.40 pagi (buat masa ini pejabat aku memang dekat giler dengan rumah). Sampai pejabat, aku akan sarapan dulu dan tepat jam 8.00 pagi aku akan mula kerja.
Tetapi sekarang sudah lain. Kini aku kena bangun paling lewat 6.00 pagi. Kemas tempat Meow. Kemudian, mandi dan solat subuh. Jam 6.35 pagi aku harus keluar dan menghantar adik aku ke bus stop. Singgah breakfast di kedai. Masuk pejabat dalam 7.10 pagi. Huh ..awal giler. Tetapi sekarang dah musim sekolah lebih baik sampai awal sebab kalau lewat, jalan sudah mulai sesak.
Mula-mula masa rutin berubah memang susah. Terasa penat dan tak larat nak buka mata. Tapi sekarang jam biologi aku sudah mula selesa. Aku rasa segar dan kadang-kadang aku bangun tido lebih awal tetapi rasa segar. Itu lah setiap perubahan mesti ada pertama kali dan susah pada mulanya. Tetapi apabila sudah biasa, tiada lagi masalah. Lagipun dari sudut positif, aku anggap ia satu latihan jika ditakdirkan aku kerja di tempat yang agak jauh dari rumah...
Tuesday, January 4, 2011
JANGAN HISAP ROKOK DEPAN AKU
Aku memang bengang kalau orang hisap rokok depan aku. Dah la merokok depan aku yang comel ini...asap lak siap hembus-hembus. Kalau ada faktor angin luaran...asap tu aku boleh terhidu. Semalam, aku dengar berita kalau tak silap Sepanyol telah menguatkuasakan merokok di tempat awam. Negara kita pun ada gak..tetapi macam kurang jerr kuatkuasa tuh...atau mungkin boleh diperluaskan lagi kawasan larangan merokok.
INFO SIHAT ada menyatakan asap rokok boleh memberikan kesan yang tidak baik...aku tak kisah sangat pasal kesihatan perokok..sebab mereka memilih untuk membakar diri...yang aku kesian adalah kesihatan orang-orang bukan perokok yang macam aku. Kesian lah kami. Kami nih tak mampu nak beli insuran kesihatan.
Kesan daripada menyedut asap rokok yang sememangnya tak best itu, mangsa (orang yang terhidu asap rokok) boleh mengalami sakit kepala, pening-pening, sakit kerongkong dan batuk. Ini bagi aku kesan kecil. Kesan besarnya pula pasti ada kalau dah hari-hari terdedah terutama keluarga si perokok dan teman-temannya. Kandungan asap rokok yang dihembus keluar mengandungi tar, nikotin, karbon monoksida dan bahan kimia yang lain. Tar boleh membawa kepada barah terutama pada sistem yang berkaitan dengan pernafasan. Nikotin boleh membawa kepada penyakit jantung dan mengganggu saraf. Karbon monoksida boleh menyebabkan kekurangan oksigen dalam darah dan ini menyebabkan otak kurang menerima oksigen dan akhirnya kita akan layu.
Wahai perokok..kami sebagai orang yang berada di sekeliling anda, kami ada hak untuk bernafas dalam udara yang segar, bersih dan bebas daripada asap rokok. Fikirkan lah sebelum merokok...
Monday, January 3, 2011
SELAMAT TAHUN BARU
SELAMAT TAHUN BARU...dah masuk tahun 2011. Wah...sungguh cepat masa berlalu. Tahniah juga untuk adik aku dan isterinya .. SELAMAT ULANG TAHUN PERTAMA. Bercerita tentang tahun baru...apa azam kita untuk tahun ni. Apa? Azam tahun ni tak nak berazam dah? Huh mana boleh...walaupun kekadang azam kita tak tercapai dihujung tahun..sekurang-kurangnya kita ada azam. Ada impian. Ada hala tuju. Maka..apa azam anda pada tahun ini. Aku? Huh.. aku punya azam:
- Nak menulis entri blog pada 2011 sekurang-kurangnya 200 entries.
- Nak masuk kursus fotografi.
- Nak kurangkan berat badan (hmmm..tiap-tiap tahun azam ni mesti ada...)
- Nak simpan sekurang-kurangnya RM100 sebulan
- Nak kemas bilik yang dah jadi stor kat rumah
- Nak luangkan masa sekurang-kurangnya 45 minit seminggu untuk senaman
- Nak jimatkan penggunaan air dan elektrik ( ha ha..azam hijau)
- Nak jadi seorang yang peramah dan pandai berkata-kata
Subscribe to:
Posts (Atom)


