Monday, January 10, 2011

TOLONG INGATKAN AKU JUARA

Ha ha..terlopong semua..termasuk aku. Lagu TOLONG INGATKAN AKU ciptaan Ana Raffali dipilih sebagai JUARA LAGU untuk AJL ke 25. Masa pengacara memberi klu ketika memaklumkan juara, aku dah bajet macam Yuna tetapi itu lah rezeki orang. 

Persembahan Ana Raffali pada malam AJL25 memang out. Macam kelam kabut. Aku lebih suka dia menyanyi dengan gitarnyer itu sahaja. Tak perlu sangkar-sangkar. Persembahan terbaik pula jatuh kepada Faizal Tahir. Ok la. Vokal pula jatuh pada Hafiz. Memang suara Hafiz best. Black pun ok gak. 

Apa-apa pun tahniah kepada Ana Raffali. Lepas ini pasti orang ramai akan memperkatakan TOLONG INGATKAN AKU. Atau mungkin ramai yang akan baju kurung...I like. Tak yah le mataku nak tengok benda yang terdedah-dedah...

Sunday, January 9, 2011

AJL 25

Wohh..iklan time...meh aku sambung balik. Persembahan MTUH..macam setiap tahun sama jer..tapi suara Black ..best gitew. Hafiz punyer persembahan...sempoi, ringkas. Suara memang best dan gimiknye kira ok la. Ana Rafali...gadis baju kurung dan gitar. Aku lebih suka dia nyanyi sambil main gitar jerk..tak yah lah ada lakonan-lakonan itu semua kerana ia membuat aku tidak faham.

ANUGERAH JUARA LAGU 25

Malam ni sure ramai dok terbaring terduduk menonton Anugerah Juara Lagu. Persembahan dimula imbasan dengan juara-juara lama. Pertandingan dengan Yuna. Fuh..terpegun dengan fesyen Yuna. Menarik dan oren. Sesuai dengan latarbelakang ketika persembahannya. Bak kata FBI, kalau tahun lepas bawa piano kecik...hari ini dia bawa piano besar. Memang berbakat. Pandai main muzik, cipta lagu dan menulis lirik. Suara dia pun sedap didengar dan ada feeling.

Persembahan kedua pula oleh Tomok. Permulaan persembahan...memang aku terpegun dengan gerak tari dan nyanyian yang muziknya terhenti-henti. Lama-lama apabila aku tengok...macam MJ ...macam FT dan macam Adam Lambert pun ada. Seterusnya API dengan lagu PELITA. Intro best dengan pancaran lampu yang memukau. Pelik gak mula-mula bila tengok muka Noh Hujan dan tangan LAN TYPEWRITER. Rupa-rupanya hanya solekan sebab nak padankan dengan persembahan. Suara LAN tetap POWER. Gimik akhir persembahan pun best gak..tetiba hilang.

Persembahan seterusnya pula Shahir. Kagum dengan suaranya tanpa muzik. Tetapi kenapa mesti pakai pakaian ada mantel kat belakang....arghhh.. Rasanya tak perlu kot... Oklah..aku nak menonton persembahan lain pulak..nanti aku komen lain..

NASI LEMAK SEKSI

Hmm pernah tak korang tengok nasi lemak seksi. Macam mana rupenyer nasi lemak yang dikatakan seksi itu? Sebenarnya nasi lemak tidak lak seksi. Cuma ayat tajuk itu datang ketika aku sedang minum petang bersama kawan-kawan di kedai mamak. Pembungkusnya gambar model...itu lah datangnyer seksi itu...
TAK LER SESEKSI MANER...

BARU BELAJAR GUNA PHOTOSCAPE

Penat juga nak cari software yang boleh mengedit gambar. Ye la..tengok orang punya blog yang ada gambar digabung, ada tulis-tulis, ada yang latabelakang digelapkan..aku pun nak la juga. Jealous gitew! Semasa dok cari kursus-kursus fotografi yang bakal aku hadiri pada tahun ini (he he azam aku untuk tahun 2011), terjumpa dalam forum Cari yang ada forumer bertanyakan software apa yang sesuai untuk edit gambar...banyak juge la cadangan yang mamat forumer ni dapat...tetiba aku ternampak perkataan PhotoScape. Hmm..jatuh hati gitew...so aku pun menggunakan khidmat en Google .. dapatler keputusan kat mana aku nak dapat Photoscape. Rupanyer kat Cnet pun ada...hmm free software...so cube ler menggunakan aplikasi ini...hmm ini hasilnye..kualiti gambar hasil aku edit ni masih tahap beginner..baru nak blajor ...

AKU INGIN TERBANG

TUNGGAL - THE LAST KITTEN OF MEI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...