Tuesday, February 22, 2011

SELAMAT HARI LAHIR KEPADA .....


GAMBAR PATUNG BEAR UNTUK HADIAH HARI JADI

Selamat Hari Lahir Mr. N ...wah..ucapan hari jadi melalui blog. Aku pun tak pasti dia masih berminat nak baca blog aku yang tak seberapa ini. Siapa Mr. N? Ade ler...kisah lama. Mungkin jodoh kami tiada atau boleh sambung balik? Entah lah..apa-apa pun semoga Mr. N sentiasa dimurahkan rezeki dan panjang umur. Dan, terima kasih kerana pernah bertahkta di dalam hati ini.....

Saturday, February 19, 2011

I LOVE KFC FISH DONUT

Semalam..aku dah kengkawan telah pergi ke KFC ketika waktu lunch. Mula macam dah tak tau nak beli apa. Tetapi terpandang Combo Fish Donut... hmm lebih kurang snack plate tetapi roti ditukarkan dengan fish donut. Tapi biasa lerr .. cuma tiga ketul jer.,. makan satu...sedap..makan dua sedap...makan tiga pun sedap. Sampai balik rumah pun teringatkan fish donut...


Petang tadi..lepas balik kerja...aku terus ke pergi KFC sekali lagi....beli fish donut ala-carte...perghh...best...

Thursday, February 17, 2011

JOM TENGOK WAYANG

Tahun 2011 menyaksikan aku telahpun menonton dua citer wayang .. Hantu Kak Limah Balik Rumah dan terbaru Sini Ada Hantu. Citer HKLBR memang sepanjang movie aku gelak sakan walaupun aku tengok sorang dan ditemani oleh penonton yang lain. Sampai sekarang ada ler trademark yang melekat dalam perbualan seharian ... contohnya .. cuber citer, cer cerita... english education ... 

Sini Ada Hantu pun menarik juga tapi awal permulaan agak lembab sikit. Kisah bermula dengan perbualan dua orang pemandu Pasti Sampai..tentang cerita hantu yang mereka dengar daripada kawan punya mak punya jiran dua belah rumah...kelas gitew. Antara yang aku suka citer Hantu Asrama .. paling best masa bebudak tuh tengah dok citer pasal hantu jepun kat tandas. Kemudian aku suka masa babak si Ah Meng yang disangkakan mati oleh Baki. Aku pun suspen gak...sebab masa van lalu tuh...Ah Meng suspen jerk...pas tu kasut bawah van. Tapi masa berlari mencari van ...ada lak kasutnye...hmm may be dia simpan spare dalam van kotttt.

Tuesday, February 15, 2011

SUATU HARI DI PAGI SELASA

Selamat Menyambut Maulidur Rasul..dan hari ini cuti umum. Aku bangun pagi macam biasa. Bersiap-siap..untuk beli sarapan pagi. Pasal bab makan kat area rumah aku ini bukan masalah...cuma jauh dan dekat jer. Aku ambil pergi ke kawasan Nanding. Beli nasi lemak. Tengok mak cik jual nasi lemak sedang sibuk melayan pelanggan yang lain, aku melayan diri sendiri membungkus kuih. Sedang dok khusyuk ... tetiba seorang pak cik juga membeli nasi lemak. Dari sudut perbualan dengan mak cik nasi lemak...nampak gayanya macam pelanggan tetap. Tiba-tiba:

Pakcik: Semalam saya beli nasi lemak bagi duit berapa ringgit?
Makcik NS: Hmm tak ingat lah... (Dalam hati aku turut mengiyakan apa yang mak cik ni cakap...mana ler dia ingat..pelanggan pun ramai)
Pakcik: Saya bagi RM50 tapi duit baki tak balik

Aku curi pandang wajah Makcik NS. Nampak juga ler raut wajah tak puas hati tapi dia tetap senyum dan siap ambil pesanan lagi untuk pakcik tuh. Aku dalam hati dok berkata...orang gile mana yang tak tunggu duit baki dipulangkan. RM50 pulak tuh... Kemudian mak cik tuh dok kira-kira duit nasi lemak pak cik tuh semalam dan hari ini...dan dia pulangkan baki. Agaknya dia malas nak bergaduh....tapi kalau pakcik tuh betul tak pe la...tapi tabik spring kat mak cik tuh...agaknya dia berpegang CUSTOMER ALWAYS RIGHT ..

Tuesday, February 1, 2011

RONDA-RONDA KUALA LUMPUR

Lusa, tulat ... dan seterusnya .. cuti sempena Tahun Baru Cina. Aku pun cuti walaupun Sabtu aku sepatutnya kerja..aku ambil cuti gak. Sabtu beb...kerja separuh hari jer. Sempena cuti kali ini yang memang umphh...sebab panjang tuh... adik aku dan isteri tercintanya nak balik kampung neneknya di Terengganu. Bebaik memandu kereta dik...dengan sana sini banjir... dan emak aku akan tinggal dengan aku sehingga Ahad ler.. Hmm tuh tengah dok fikir nak bawa bonda tercinta ni meronda di KL. Mana yer...aku perlukan lokasi yang tak perlu nak jalan banyak-banyak ..

Aku terfikir nak bawa mak aku melawat hidupan laut di Aquaria KLCC. Harga untuk dewasa RM35 .. hmm untuk warga emas RM25. Lokasi kedua ..Zoo Negara., Alamanda, wuiss banyak juge..harap mak aku larat. OK..la..aku nak fikir lagi la...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...